NIAT vs NAFSU...??


Pelik juga kan tajuk ni??
Entah kenapa, ringan pula tangan saya ingin menulisnya.. Ia mengenai kisah seorang hamba Allah ni. Hamba Allah ini adalah seorang perempuan, kaum sejenis saya.. Jadi, saya lebih memahaminya..

Kisahnya begini..
Sahabat saya ni telah dilamar oleh seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Lamaran berlaku melalui orang tengah yang digunakan. Masalah kawan saya sekarang adalah lelaki tersebut ragu2 samada memperisterikan kawan saya ataupun tidak. Akhirnya, dia berkeputusan meneruskan hubungan tersebut stelah dia berjumpa dengan family kawan saya ni. Kawan saya pula sebenarnya sudah mula menyimpan perasaan pada lelaki tersebut dan sudah mula ada perasaan sayang.. Namun lelaki itu gayanya seperti tiada perasaan langsung terhadap kawan saya ni. Dia mengatakan bahawa dia tidak pernah bercinta, tidak bercouple dan tidak pernah menulis sms cinta. Dia kata, rasa suka itu boleh dipaksa..

Namun, kawan saya ini takut untuk meneruskan pertunangannya dengan lelaki tersebut kerana dia terfikir bahawa bakal suaminya itu langsung tiada perasaan terhadapnya. Ditambah pula dengan 'cucukan' daripada kawan2 terdekat dan kawan2 yang mengetahui mengenai perkara itu, begitu menguji kepercayaan kawan saya ni terhadap bakal suaminya. Ada kawan2 yang mengatakan jika dia dah tak suka dan cuba pula memaksa diri untuk suka, macam mana nak kahwin nanti? Sebab lelaki tersebut boleh dikatakan seorang yang segak, sedangkan kawan saya ni boleh dikategorikan sebagai wanita yang tak cantik.. Mana mungkin lelaki tersebut 'berselera' (paham2 ler) terhadap kawan saya ni, katanya.. Kesian kat kawan saya ni kan? Kadang2, kawan saya kata, betul jugak.. Tapi... Entah la..
Kawan saya yang sorang ni betul2 confuse. Tak tahu mana satu yang dia harus percaya..
Apa yang harus dia buat? Patutkah dia meneruskan hubungan dengan orang yang langsung tiada perasaan terhadapnya? Yang langsung tidak menunjukkan tanda2 'mengejarnya'? Yang mungkin 'tiada selera' dengannya? Perlukah??? Soalan ni yang ditanyakannya pada saya membuatkan saya terfikir... Lama saya termenung.. Saya faham betapa pedihnya perasaan dia. Betapa sakitnya hati apabila diri kita terpaksa disukai oleh orang yang kita suka..

Akhirnya... Saya menemukan jawapan.!
Saya tanya dia, apa matlamat pernikahan dia?
Tentulah kerana Allah.. Mengikut sunnah rasulullah..

Jadi, adakah awak nak kahwin dia kerana Allah atau kerana nafsu?
Apa maksud awak farhah?

Maksud saya, niat awak untuk kahwin kerana ALLAH betul ke?
Atau awak hanya turutkan perasaan semata2, ikutkan nafsu dan hati?
Sebab.... Jika awak niatkan kahwin ikhlas kerana ALLAH, di sinilah Allah akan uji awak.. Sama ada betul ke awak ikhlas kerana Allah..
Awak mementingkan keredhaan Allah atau awak mementingkan dia mencintai awak sebelum awak nikah?
Sebab, sekiranya betul awak ingin bina keluarga islam yang mengikut sunnah, niat perlu hanya kerana Allah, kerana mengharapkan cinta Allah melalui perkahwinan.
Memang cinta si suami penting sangat dalam sesebuah perkahwinan. Ia boleh dipupuk.. Jika awak menjadi seorang isteri yang baik, yang solehah, awak pasti akan dicintai oleh semua orang termasuklah suami awak juga.. Awak pasti akan dapat cinta Allah dan cinta makhluk sekaligus.
Bila Allah mencintai seseorang hamba, makhluk lain pun akan turut mencintainya.. Janganlah risau tentang tu.

Tapi.... Saya takut dia abaikan saya dan tinggalkan saya nanti..
Kenapa perlu takut? Sabarla.. Allah kan ada...
Fiman Allah:
"..Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.."
(Surah al-Kahfi, 18:28)

Posted in |

0 comments: