Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.
Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Menghayati Sifat Wudhu Rasulullah Dengan Hadis Yang Sahih


Pengertian Wudhu’

Menurut bahasa, kalimah wudhu’ apabila dibaca dengan (أَلْوُضُوْءُ) iaitu dengan didhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud perbuatan berwudhu’. Dan apabila difathahkan wawnya, maka (أَلْوَضُوْءُ) ia bermaksud air wudhu’.

Wudhu’ menurut syara ialah: Menggunakan air bersih (suci lagi mensucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syara.

Berwudhu’ untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah Azza wa-Jalla sebagaimana firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”. (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwudhu’ terlebih dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadis-hadis yang sahih:

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’.” (H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwudhu’)”. (H/R Muslim, 1/60)

“Tidak diterima solat seseorang antara kamu jika berhadas sehinggalah dia berwudhu’”. (H/R Bukhari, 1/206. Muslim, No. 225)

“Sesungguhnya aku diperintah agar berwudhu’ apabila aku ingin mendirikan solat”. (H/R Abu Daud, no. 3760. Disahihkan oleh al-Albani, Lihat: as-Sahihah)


Tuesday, May 3, 2011

Doa Istikharah..



‎"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib..

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."



(Hadith Riwayat al-Bukhari, no.1162)

Thursday, January 27, 2011

Cinta Kepada Allah & Ibadah


Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi


Ada apa antara cinta dengan ibadah?

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata:

“…Pokok semua amalan adalah kecintaan. Seorang manusia tidak akan melakukan amalan/perbuatan kecuali untuk apa yang dicintainya, boleh berupa keinginan untuk mendapatkan manfaat atau demi menolak madharat. Apabila dia melakukan sesuatu; maka boleh jadi hal itu terjadi kerana untuk mendapatkan sesuatu yang disenangi seperti makanan, atau kerana sebab luar yang mendorongnya seperti memakan ubat.

Adapun ibadah kepada Allah itu dibangun di atas kecintaan, bahkan ia merupakan hakikat/inti daripada ibadah. Sebab seandainya kamu melakukan sebentuk ibadah tanpa ada unsur cinta nescaya ibadahmu akan terasa hampa tak ada ruhnya sama sekali padanya…” (al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid [2/3] cet. Makt. al-’Ilmu)

Sunday, November 14, 2010

Puasa 'Arafah : 16 November 2010



Sumber: Blog Hukum-hakam
Ustaz Mohamad Abdul Kadir Sahak

Soalan:

Assalamu’alaikum Ust.

Kalau kita di Malaysia, bilakah disunatkan puasa arafah? Pada hari jemaah haji Wukuf di Arafah atau pada hari 9 zulhijjah di Malaysia. Terima kasih.


Jawapan:

Penentuan bilakah disunatkan puasa ‘Arafah, bagi negeri-negeri yang berbeza masa terbit anak bulannya (مطلع) menjadi perkara yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Oleh itu dalam persoalan seumpama ini umat Islam TIDAK BOLEH berkeras dengan saudaranya yang berbeza pendapat dengannya.


Monday, May 3, 2010

Doa Ketika Masuk dan Keluar Daripada Masjid



Dari Abu Humaid atau dari Abu Usaid dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jika salah seorang di antara kalian masuk masjid, maka hendaklah dia membaca, “ALLAAHUMMAFTAH LII ABWAABA RAHMATIKA (Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat-Mu).” Dan apabila keluar, hendaklah dia mengucapkan, “ALLAAHUMMA INNII AS`ALUKA MIN FADHLIKA (Ya Allah, aku meminta kurnia-Mu).” (HR. Muslim no. 713)

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Bahwasanya beliau apabila masuk ke masjid maka beliau membaca, “AUDZU BILLAHIL AZHIM WA BI WAJHIHIL KARIM WA SULTHANIHIL QADIM MINASY SYAITHANIR RAJIM (Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang Qadim (dahulu tidak ada awalnya), dari gangguan syaitan yang terkutuk).” Dia bertanya (Abdullah bin Amr), “Apakah itu saja?” Aku menjawab (Uqbah bin Muslim), “Ya!” Dia (Abdullah bin Amr) kemudian meneruskan, “Barangsiapa membaca itu, maka syaitan akan berkata kepadanya, “Dia terjaga dariku sehari ini penuh.” 

(HR. Abu Daud no. 466 dan sanadnya dinyatakan hasan oleh Ibnu Baz dalam At-Tuhfah hal. 30)

Penjelasan ringkas:

Rasulullah mensyariatkan beberapa zikir yang hendaknya dibaca oleh seorang muslim ketika dia akan masuk dan keluar daripada masjid. Pada zikir tersebut terkandung permintaan rahmat dan keutamaan dari Allah, serta zikir tersebut dapat menjaga orang yang solat daripada keburukan syaitan-syaitan, dengan izin Allah. Disunnahkan seseorang masuk masjid dengan menggunakan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.





Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul...???


Oleh : Fadlan Mohd Othman

Dalil Menyambut Maulid
Semasa saya menghadiri satu solat jenazah di Pertubuhan Kebajikan al-Khaadem malam tadi, sejurus selesai pelaksanaan solat, datang seorang lelaki bertanya tentang dalil menyambut maulid. Beliau mengatakan ada di kalangan para ustaz yang mengatakan sambutan maulid mempunyai dalil daripada hadith Nabi s.a.w. Dalil tersebut ialah hadith di mana Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasanya pada hari Isnin lalu Baginda menjawab,
“Pada hari itu aku dilahirkan…”
Tiba-tiba perbincangan kami terputus kerana perbualan dan sapaan daripada jemaah lain. Apabila pulang, teringat saya kepada persoalan itu.



Justeru, saya rasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini seperti berikut:
Pertama sekali, tentang dalil menyambut memang ada iaitu hadith berikut: Bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka baginda bersabda,
“Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.”
Kedua, berkenaan dengan pendalilan ataupun cara menggunakan dalil yang sahih itu.
Perkara ini ada dua sudut iaitu sudut betul dan sudut salah:

Adapun sudut betul:
Sekiranya kita ingin menyambut kelahiran Nabi s.a.w. adalah dengan amalan yang terdapat dalam hadith itu iaitulah berpuasa pada hari Isnin.

Berkenaan sudut salah:
Ialah apabila hadith itu digunakan untuk amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu. Antara amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu ialah perarakan dan pembacaan puisi yang tidak berdasarkan maklumat ilmiah bahkan terdapat di dalamnya kenyataan-kenyataan yang menyalahi asas-asas ilmiah bahkan menyalahi logik akal yang sihat.

Perhatian: Adapun ceramah yang diadakan khusus apabila datangnya bulan Rabi‘ul Awwal, apabila kita lihat dengan teliti, kita akan dapati ceramah-ceramah itu adalah pada asalnya ceramah yang bersifat rutin yang tetap akan dilaksanakan juga pada bulan-bulan lain. Cuma, ceramah-ceramah itu bersifat istimewa disebabkan keistimewaan sambutan Maulid di Negara ini. Justeru, apapun tanggapan pendakwah samada sambutan itu sesuai ataupun tidak, tetap para pendakwah harus mengisi pelawaan ceramah-ceramah itu dengan pengisian yang ilmiah.

Janganlah diisi ceramah-ceramah itu dengan huraian tentang Nur Muhammad yang hanya berasaskan hadith palsu!

Di samping itu, hendaklah para pendakwah menekankan perihal ikutan terhadap Rasulullah s.a.w. dan penolakan terhadap amalan-amalan baru dalam Islam yang menyalahi sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga mendapat manfaat..
Sumber:

Saturday, January 30, 2010

Penyucian Jiwa.. (Tazkiyah an Nafs)

 

Allah SWT berfirman: 
"...dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." (QS.Asy-Syams : 7-10). 

Aspek tazkiyatun nafs (penyucian jiwa), merupakan salah satu aspek yang harus mendapat perhatian dari seorang insan muslim yang mendambakan hadirnya ketenteraman jiwa dalam dirinya, jiwa yang redha kepada Allah dan Allah pun redha kepadanya, jiwa yang tenteram (annafsul muthma'innah) tersebut akan mengiringinya menghadap Allah SWT.. 

Sehingga masuklah ia ke dalam hamba-hamba Allah yang diredhai dan Allah menganugerahkan kepadanya syurgaNya yang luasnya seluas langit dan bumi. Islam memberikan perhatian yang bersifat yang besar terhadap permasalah tazkiyatun nafs ini sebagaimana termaktub dalam nas-nas yang terdapat dalam Al-Quran dan As Sunnah. 

Nas-nas tersebut akan membimbing pribadi-pribadi muslim yang cinta kepada Allah menuju kepada timbulnya ketenteraman jiwa, yang akan menumbuh dan menyuburkan iman, yang akan menghindarkan dirinya dari kehampaan jiwa, kegersangan iman dan keputusasaan akan rahmat Allah. Penyucian jiwa juga merupakan salah satu tujuan penting daripada diutusnya para Rasul oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam ayat-ayatNya berikut ini:

"...sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kamu kepada Alkitab dan Al Hikmah." (QS.Al-Baqarah : 151). 

Allah SWT telah menjelaskan dan memberikan petunjuk dalam ayat-ayatNya mengenai jenis-jenis nafs (jiwa) sekaligus menunjukkan peringkat-peringkatnya, sehingga kita dapat berjalan menuju penyucian jiwa itu dengan melalui peringkat-peringkat nafs tersebut. Jenis dan peringkat jiwa/nafs tersebut adalah sebagai berikut: 


1. An-Nafsul Ammarah bis-Su'. 

Allah SWT berfirman: 
"....kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan." (QS.Yusuf : 53). 

An-Nafsul Ammarah bis-Su' adalah jiwa (nafs) yang selalu menyuruh kepada kejahatan, jiwanya menjauhi pertentangan terhadap kemaksiatan, tunduk dan taat kepada kehendak hawa nafsu dan godaan-godaan syaitan. 


2. An-Nafsul Lawwamah. 

Allah SWT berfirman: 
"Dan aku bersumpah dengan jiwa yang sangat menyesali (dirinya sendiri)." 
(QS.Al-Qiyamah : 2). 

An-Nafsul Lawwamah adalah jiwa (nafs) yang menyesali dirinya. Kerananya nafs itu mencerca pemiliknya ketika dia menyedari dirinya masih melakukan kelalaian dalam pengabdiannya kepada Allah. 


3. An-Nafsul Muthma'innah. 

Allah SWT berfirman: 
"Hai jiwa yang tenteram, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." (QS.Al-Fajr : 27-30). 

An-Nafsul-Muthma'innah adalah jiwa (nafs) yang tenteram/tenang, jiwa yang suci, penuh ketundukan, kepatuhan, dan ketaatan hanya kepada Allah semata, hawa nafsu sudah tidak bisa mengusik/mengajaknya lagi kepada kemaksiatan. Titik tolak proses menuju penyucian jiwa adalah berawal dari membenci dan memerangi terhadap berbagai hawa nafsu yang akan membinasakan diri (mujahadatun-nafs). .


Rukun-Rukun (Utama) bagi Mujahadatun-Nafs.. 

Allah SWT berfirman: 
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (QS.Al-Ankabut : 69). 

Ayat tersebut merupakan suatu petunjuk bahwa jalan menuju penyucian jiwa dalam rangka mencapai redha Allah membutuhkan kesungguhan dan pengorbanan serta keikhlasan, dan atas usaha tersebut Allah akan menunjukkan jalannya. 

Adapun rukun-rukun Mujahadatun Nafs yang terdapat dalam nash Al-Quran dan As Sunnah antara lain adalah: 


1. Uzlah (mengasingkan diri). 

Uzlah di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri dari keramaian manusia, menyendiri di suatu tempat yang sepi atau memutuskan hubungan dengan keduniawian, kerana hal-hal tersebut bertentangan dengan tatacara kehidupan yang diatur oleh Islam, sedang Islam menyuruh untuk bergaul dengan baik, berkumpul dengan sehat, beramah-tamah atau bersahabat dengan mereka yang suka kepada kebaikan. 

"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang banyak dan sabar atas tindakan-tindakan mereka, lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan mereka dan tidak sabar atas tindakan-tindakannya yang menyakitkan." (HR.Ahmad). 

Uzlah di sini maksudnya adalah beruzlah dari kekufuran, kemunafikan, kefasikan, beruzlah dari orang kafir, dari orang munafik, dari orang fasik serta beruzlah dari tempat-tempat yang penuh dengan caci maki terhadap ayat-ayat Allah dan Sunnah Rasul. Allah SWT berfirman: 

"Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dia, ketika mereka berkata kepada kaum mereka. Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari kekafiranmu, dan telah nyata antara kami dan kamu bermusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah." (QS.Mutahanah : 4). 

"Dan apabila melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan itu), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zhalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)." (QS.Al-An'am : 68). 

Jadi semua bentuk uzlah itu dilakukan terhadap kesesatan dan orang-orang yang sesat. Inilah kaidah umum bagi seorang muslim dalam persoalan uzlah dan pergaulan (khalthah). Dengan demikian kita mengetahui kapan uzlah itu mutlak wajib dalam untuk dilaksanakan. 


2. Ash Shumtu (berdiam diri). 

Allah SWT berfirman: 

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barang siapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi pahala yang besar. (QS.An-Nisa : 114). 

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah bertutur kata yang baik atau diam." (HR. Bukhari). 

Lisan adalah pantulan dari diri kita. Memelihara lisan sesuai dengan ajaran Allah merupakan salah satu perkara terpenting bagi manusia. Bagaimana manusia memelihara lisan dari dosa dan banyak bercakap, menggunakannya untuk perkara-perkara yang baik semuanya itu memerlukan pengekangan diri atau hawa nafsu. Membiasakan diri untuk diam merupakan awal dari pembiasaan menimbang kata-kata sebelum dilontarkan. 

Sesungguhnya berlebih-lebihan dalam pembicaraan merupakan salah satu faktor dari tertutupnya hati . Diam yang merupakan awal dari pengekangan lisan, namun pembicaraan itu wajib dilontarkan dalam rangka amar ma'ruf nahi munkar. 


3. Al-ju' (lapar) 

Rasulullah SAW bersabda: 
"Kalian wajib susah, kerana sesungguhnya susah itu merupakan kunci hati." Mereka bertanya, "Bagaimana susah itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Tundukkan hawa nafsu kalian dengan lapar dan jadikan ia dahaga!" (HR.Thabrani dengan sanad yang hasan).

Dari hadits ini kita melihat bagaimana lapar memungkinkan untuk menjadi ubat bagi jiwa dalam salah satu keadaan dan salah satu penyakitnya. 

Dalam hadits yang lain Rasulullah SAW bersabda: 
"Wahai pemuda, jika diantara kamu telah ada yang mampu untuk menikah, menikahlah! Sebab itu sangat baik untuk memelihara penglihatan dan kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa sebab puasa itu menjaga nafsu syahwat." (HR. Bukhari). 

Dari hadits ini diketahui bagaimana lapar menjadi ubat bagi jiwa dalam beberapa kondisi. Dengan kedua hadits tersebut, kita mengetahui bahwa lapar menjadi ubat bagi sebagian keadaan jiwa. Makan sampai merasa kenyang adalah boleh dengan catatan seseorang tersebut tidak mengikuti semua kehendak hawa nafsunya, yang tidak boleh adalah makan kenyang terus-menerus, kerana hal itu akan mematikan hati. Oleh kerana itu Rasulullah SAW dalam sebuah haditsnya mengatakan: 

"Makanan bagi manusia sekedar menegakkan tulang punggungnya. Kalau tidak, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga lagi untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas. (HR.Tirmidzi). 


4. As-Saharu (berjaga malam) 

Allah SWT berfirman: 
"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (QS.Al-Muzzammil : 6). 

Melakukan ibadah pada malam hari sangat berat bagi semua orang, kerana itulah Allah memberikan keutamaan dibanding dengan waktu-waktu yang lain. Ibadah pada malam hari memberi pengaruh terhadap kejernihan jiwa yang tidak didapati pada saat-saat yang lain. Demikian uraian yang berkaitan dengan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa), mujahadatun nafs, dengan harapan semoga Allah membimbing kita dalam melaksanakan penyucian jiwa ini. 

Allah SWT berfirman yang maksudnya: 
"Dan adapun orang-orang yang takut kebenaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsu, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (QS.An-Nazi'at : 41).