Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Tuesday, May 3, 2011

Doa Istikharah..



‎"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib..

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."



(Hadith Riwayat al-Bukhari, no.1162)

6 Aktiviti Pembakar Kalori Terbaik





Pasti semua orang sudah mengetahui secara asasnya sebenarnya tidak ada formula rahsia untuk mengurangkan berat badan, Berat badan berkait dengan kalori. konsep asas pengurangan berat badan adalah cukup mudah iaitu setiap individu perlu lebih banyak membakar kalori di dalam badannya, kegagalan membakar kalori dalam badan pastinya akan menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan satu kerja sia-sia.

Untuk membkar kalori dalam badan, individu memerlukan aktiviti yang boleh meransang degupan jantung yang akan mengeluarkan peluh dan seterusnya membakar kalori yang ada di dalam badan. Artikel kali ini ingin berkongsi 6 aktiviti pembakar kalori yang terbukti paling efektif yang boleh dilakukan oleh setiap individu.


Tuesday, April 26, 2011

Panduan Elak Diri Daripada SIHIR



Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " (Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)  
   

Monday, April 18, 2011

KECEWA Dalam Bercinta



Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Wednesday, April 6, 2011

Ujian Itu Memperkuat Hati..



Oleh: Nur Farhamizah Askarali

Kita sering di uji, kan? Tak kiralah ujian tu besar atau kecil.. Pasti ada saja ujian yang menimpa.. Pedihnya hati akibat diuji itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.. Namun, siapalah kita hendak menyingkap tabir kekuasaan dan hikmah ALLAH kepada kita?

ALLAH memberi ujian untuk membuatkan hati kita bertambah kuat.. Supaya kita sentiasa ingat kepadaNya.. Jika tidak, kita akan terus terleka dengan angan-angan dunia kita sendiri..

Thursday, March 24, 2011

Aurat dan hubungan Mahram


Post kali ini membincangkan persoalan mengenai AURAT yang sering ditanyakan.. Dan saya telah berkongsi tajuk post ini dalam facebook.. Ini cuma perbincangan antara saya dan sahabat saya, Nor'Ain.. Cuma rasanya elok juga dimuatkan ke dalam blog.. Semoga ada manfaatnya.. Trima kasih juga kepada blog yang menjadi rujukan saya dalam post kali ini iaitu blog Ummu 'Abdillah..


PERSOALAN:

Apa kaitannya AURAT dengan MAHRAM?
Apa hubungan atau kaitannya menutup aurat (Surah an-Nur ayat 31) dan haram dikahwini (Surah an-Nisa' ayat 23)?
Apakah aurat dengan bapa saudara? Haram berkahwin dengan bapa saudara .. Namun apakah batasan aurat kita dengannya??
Boleh ke kahwin dengan sepupu? Bukan ke sepupu tu Wali?

Tuesday, March 22, 2011

Akhirnya dah ok.. Alhamdulillah..

Blog yang ku sayang...

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tak boleh nak post.. Akhirnya dah ok juga blog ni.. 
Rindu rasanya nak post something.. Semoga ia adalah sesuatu yang lebih bermakna dan bermanfaat buat semua. (^___^)v