Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Sunday, July 17, 2011

Anak-Anak, Kitalah Yang Mencoraknya..


Alhamdulillah, semalam mula mengajar 'anak didikku' mata pelajaran Sains dan Matematik.. Namanya Faiz Salimi.. Baru darjah dua.. Hari ni pula saya ajar Bahasa Inggeris.. Bila difikirkan secara logik, mengajar kanak-kanak darjah dua tidaklah mencabar sepertimana mengajar pelajar-pelajar yang sudah dewasa dan matang pemikirannya.. Yang mampu berfikir dan mengeluarkan idea-idea sendiri.. Tambahan pula, Faiz ni seorang yang sangat pendiam dan sangat mendengar kata.. Apa yang disuruh, dibuatnya..

Alhamdulillah, tugas saya mengajarnya agak mudah.. Dia seorang yang sangat pintar.. Sekali ajar saja dah faham. Cuma saya memahami, kanak-kanak lelaki tidak seperti kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan selalunya lebih ramah dan dapat mendengar untuk masa yang lama. Tetapi kanak-kanak lelaki lebih sukakan sesuatu yang praktikal dan benda yang boleh disentuh.. Maknanya dengan mereka, kena banyak buat aktiviti atau 'amali'..

Tuesday, July 12, 2011

Antara Tauhid & Politik..


Oleh: Abdullah Abd Razak

Sememangnya politik atau siyasah ada disentuh dalam Islam tetapi segalanya dalam Islam itu bukanlah mengenai politik semata-mata. Politik atau daulah Islam itu bukan menjadi matlamat penting atau 'first priority' dalam Islam, tetapi yang seharusnya menjadi perkara utama adalah aqidah yang murni dalam mentauhidkan Allah S.W.T tanpa sebarang syirik kepada-Nya..

Lihatlah apakah intipati utama dalam dakwah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul.. Tujuan utamanya ialah TAUHID kepada Allah S.W.T, dan bukannya menegakkan daulah Islam atau berpolitik terlebih dahulu, kemudian baru hendak menegakkan tauhid.. Hal ini dinyatakan melalui firman Allah dalam surah an-Nahl: 36 dan surah al-Anbiya’: 25

Friday, July 1, 2011

Tidak akan Mengalah!! Bangunlah ~



Perjalanan hidup kian mencabar
Banyak yang diuji..
Lantas diri ini cuba bangun untuk melangkah..
Melangkah menuju redhaMu..

Namun, setiap kali melangkah aku terjatuh!
Aduh, sebegitu lemahkah diriku Ya ALLAH?
Inginku berlari ke arahMu
Namun bertatih pun sangat payah kurasakan..

Ya ALLAH, kuatkan hatiku
Kuatkan tekadku,
Kuatkan IMANku..
Jadikanlah aku SABAR dalam perjalananku menujuMu..

Walau berkali-kali ku rebah terjatuh, namun mengalah tidak sesekali!

Wednesday, June 29, 2011

Mak Cik Asiah..



Hari ni, saya bukan nak bercerita tentang mak sedara saya ye.. Bukan juga mak atau mak sedara kepada kawan-kawan saya.. Tapi ni kisah saya bertemu dengan seorang mak cik...

Macam ni, pagi tadi.. Saya rasa sangat down.. Rasa sangat-sangat sedih... Sehingga telah meng'deactivate'kan Facebook.. Rasa macam nak duk sorang-sorang je.. Then, lepas subuh.. saya bersiap-siap g jogging.. Lepas balik dari berjogging, p relau.. Tengok2 pokok terung yang baru ditanam.. Check air semua.. Ok je.. Pastu balik bilik nak siap2 p lab...

Saturday, June 11, 2011

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” 
(H.R. al-Bukhari)

Thursday, June 2, 2011

Pengalaman Temuduga Biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM

Logo UiTM.. - UiTM di hatiku..

Ok, tiba-tiba rasa macam nak share pulak pengalaman pergi interview buat pertama kalinya.. Walaupun dah dekat dua bulan dah interview itu telah berlalu.. Huhu...

TEMUDUGA... memang betul-betul diduga la rasanya.. =p

Kisahnya begini.. Pada awal bulan 4 yang lepas.. Accuratenya, 6/4/2011.. Pukul 4.15 petang.. Mendapat satu panggilan telefon. Nombor yang tidak dikenali.

Sunday, May 29, 2011

Pasrah Segalanya


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai