Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Wednesday, June 29, 2011

Mak Cik Asiah..



Hari ni, saya bukan nak bercerita tentang mak sedara saya ye.. Bukan juga mak atau mak sedara kepada kawan-kawan saya.. Tapi ni kisah saya bertemu dengan seorang mak cik...

Macam ni, pagi tadi.. Saya rasa sangat down.. Rasa sangat-sangat sedih... Sehingga telah meng'deactivate'kan Facebook.. Rasa macam nak duk sorang-sorang je.. Then, lepas subuh.. saya bersiap-siap g jogging.. Lepas balik dari berjogging, p relau.. Tengok2 pokok terung yang baru ditanam.. Check air semua.. Ok je.. Pastu balik bilik nak siap2 p lab...

Saturday, June 11, 2011

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” 
(H.R. al-Bukhari)

Thursday, June 2, 2011

Pengalaman Temuduga Biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM

Logo UiTM.. - UiTM di hatiku..

Ok, tiba-tiba rasa macam nak share pulak pengalaman pergi interview buat pertama kalinya.. Walaupun dah dekat dua bulan dah interview itu telah berlalu.. Huhu...

TEMUDUGA... memang betul-betul diduga la rasanya.. =p

Kisahnya begini.. Pada awal bulan 4 yang lepas.. Accuratenya, 6/4/2011.. Pukul 4.15 petang.. Mendapat satu panggilan telefon. Nombor yang tidak dikenali.

Sunday, May 29, 2011

Pasrah Segalanya


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Tuesday, May 3, 2011

Doa Istikharah..



‎"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib..

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."



(Hadith Riwayat al-Bukhari, no.1162)

6 Aktiviti Pembakar Kalori Terbaik





Pasti semua orang sudah mengetahui secara asasnya sebenarnya tidak ada formula rahsia untuk mengurangkan berat badan, Berat badan berkait dengan kalori. konsep asas pengurangan berat badan adalah cukup mudah iaitu setiap individu perlu lebih banyak membakar kalori di dalam badannya, kegagalan membakar kalori dalam badan pastinya akan menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan satu kerja sia-sia.

Untuk membkar kalori dalam badan, individu memerlukan aktiviti yang boleh meransang degupan jantung yang akan mengeluarkan peluh dan seterusnya membakar kalori yang ada di dalam badan. Artikel kali ini ingin berkongsi 6 aktiviti pembakar kalori yang terbukti paling efektif yang boleh dilakukan oleh setiap individu.


Tuesday, April 26, 2011

Panduan Elak Diri Daripada SIHIR



Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " (Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)