Aku mencari-cari di manakah dirimu selama ini.
Namun, aku masih belum menemukanmu,
seseorang yang telah ditetapkan untuk menjadi teman hidupku didunia,
dan seterusnya ke akhirat nanti...
Aku tertanya-tanya dimanakah dirimu?
Bilakah kita akan bertemu?
Aku sendiri tidak tahu jawapannya.
Kerana bukan aku yang berkuasa atas dirimu,
tetapi kita punya Allah yang lebih berkuasa,
yang menentukan segalanya...
Soalan demi soalan mengetuk nuraniku..
Wahai diri, wahai bakal suamiku, siapakah dirimu pada pandangan Allah?
Ya... Jika aku menginginkan dirimu menjadi insan yang dicintai Allah,
maka aku dululah yang perlu merubah diriku.
Aku tertanya-tanya lagi.
Adakah aku akan sempat bertemu denganmu di dunia?
Ataukah Allah akan menjemputku kembali menemuinya,
sebelum aku sempat bertemu denganmu?
Wahai hatiku, wahai bakal suamiku..
Siapapun kita, kita harus sentiasa menyedarinya.
Aku bukanlah matlamat hidupmu di dunia,
dan kau juga bukanlah matlamat hidupku.
Tetapi aku dan dirimu nanti
akan bersama-sama sebaik mungkin sebagai hamba Allah
demi mencapai matlamat yang satu,
iaitu keredhaan Allah SWT
Wahai bakal peneman hidupku...
Perlu kau sedari,
hatiku bukan kepunyaanmu dan hatimu juga bukan milikku..
Hati kita hanya milik Allah yang hanya dipinjamkanNya kepada kita.
Oleh itu,
janganlah kau terlalu mengharapkan cinta dariku,
tetapi harapkanlah cinta dari Allah,
pasti aku jua kan mencintaimu...
Aku sedar,
Allah berkuasa membolak-balikkan hati setiap hambanya,
diberikan kepada sesiapa yang dia kehendaki..
Siapalah diriku untuk menentang Si pemilik hati
yang diriku sendiri ini cumalah pinjaman dan sementara??
Aku mengharapkan agar kau jadilah pemimpin diriku
untuk mendekatkan aku pada cinta Allah..
Berlaku adil dan amanahlah terhadapku
seandainya tiada lagi rasa suka dihatimu buatku.
Semoga dengan ini kita akan bersama-sama
mencapai cinta yang lebih hakiki dan abadi,
mengangkat diri menjadi hamba yang beriman
dan bertakwa di sisi Allah SWT....
- Farhah -