Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Tuesday, October 20, 2009

NIAT vs NAFSU...??




Pelik juga kan tajuk ni??
Entah kenapa, ringan pula tangan saya nak menulis.. Ia mengenai kisah seorang hamba Allah ni.. (Nama dirahsiakan ya..) Hamba Allah ini adalah seorang perempuan.. Jadi, disebabkan dia perempuan, saya faham apa yang dia rasakan sekarang..

Kisahnya macam ni..
Kawan saya ni telah dilamar oleh seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya.. Lamaran berlaku melalui orang tengah yang digunakan. Masalah kawan saya sekarang adalah lelaki tersebut ragu-ragu pula samada nak memperisterikan kawan saya ni atau tak.. 

Akhirnya, dia berkeputusan meneruskan hubungan tersebut setelah dia berjumpa dengan family kawan saya ni la.. Kawan saya pulak sebenarnya dah mula menyimpan perasaan pada lelaki tersebut dan dah mula ada perasaan sayang.. Tapi lelaki itu gayanya macam takde perasaan langsung terhadap kawan saya ni.. Si lelaki ni mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak pernah bercinta, tidak bercouple dan tidak pernah menulis sms cinta sebelum ni.. Dia  juga cakap, rasa suka itu boleh dipupuk perlahan-lahan..

Ok.. Fine.. Tapi, kawan saya ini takut untuk meneruskan pertunangannya dengan lelaki tersebut sebab dia terfikir bahawa bakal suaminya itu langsung tiada perasaan terhadapnya. Ditambah pula dengan 'cucukan' daripada kawan-kawan terdekat dan kawan-kawan yang mengetahui mengenai perkara itu, begitu menguji kepercayaan kawan saya ni terhadap bakal suaminya. Ada kawan-kawan yang mengatakan jika dia dah tak suka dan cuba pula memaksa diri untuk suka, macam mana nak kahwin nanti? Sebab lelaki tersebut boleh dikatakan seorang yang segak, sedangkan kawan saya ni boleh dikategorikan sebagai wanita yang takde la cantik (biasa-biasa je..).. Mana mungkin lelaki tersebut 'berselera' (paham-paham ler) terhadap kawan saya ni, katanya.. Kesian kat kawan saya ni kan? Kadang-kadang, kawan saya kata, betul jugak.. Tapi... Entah la.. 

Kawan saya yang sorang ni betul-betul confuse. Tak tahu mana satu yang dia harus percaya.. Apa yang harus dia buat? Patutkah dia meneruskan hubungan dengan orang yang langsung tiada perasaan terhadapnya? Yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda 'mengejarnya'? Yang mungkin 'tiada selera' dengannya? Perlukah??? Soalan ni yang ditanyakannya pada saya membuatkan saya terfikir... Lama saya termenung..  Saya faham betapa pedihnya perasaan dia.. Betapa sakitnya hati apabila diri kita terpaksa disukai oleh orang yang kita suka..

Akhirnya...  Saya menemukan jawapan.!
Saya tanya dia, apa matlamat pernikahan dia?

"Tentulah kerana Allah.. Mengikut sunnah rasulullah.."

"Jadi, adakah hang nak kahwin dia kerana Allah atau kerana nafsu?"
"Apa maksud hang Farhah? Aku tak faham.."

"Maksud  aku, niat hang nak kahwin kerana ALLAH betul ke?"
"Atau hang hanya turutkan perasaan semata-mata, ikutkan nafsu dan hati?"
"Sebab.... Jika niat kahwin ikhlas kerana ALLAH, di sinilah Allah akan uji.. Sama ada betul ke hang ikhlas kerana Allah.."

"Hang mementingkan keredhaan Allah atau mementingkan dia mencintai hang sebelum  hampa nikah? Sebab, sekiranya betul hang nak bina keluarga islam yang mengikut sunnah, niat perlu hanya kerana Allah, kerana mengharapkan cinta Allah melalui perkahwinan.."

"Memang cinta si suami penting sangat dalam sesebuah perkahwinan. Ia boleh dipupuk.. Jika hang menjadi seorang isteri yang baik, yang solehah, hang pasti akan dicintai oleh semua orang termasuklah suami hang juga.. Percayalah.. Hang pasti akan dapat cinta Allah dan cinta makhluk sekaligus.. Bila Allah mencintai seseorang hamba, makhluk yang lain pun akan turut mencintainya.. Janganlah risau tentang tu."

"Tapi.... Aku takut dia abaikan aku dan tinggalkan aku nanti..."
"Sebab apa perlu takut? Sabarlah.. Allah kan ada..."

Fiman Allah:

"..Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.." (Surah al-Kahfi, 18:28)

Friday, October 2, 2009

Mengikut SUNNAH yang sebenarnya


Sunnah Rasulullah adalah sumber kedua yang terpenting dalam memahami Islam setelah Al-Quran.. Memahami sunnah yang sebenarnya wajib bagi kita umat Islam. Apabila kita mempelajari dan memahami, henndaklah kita beramal dengannya. Hal ini bukanlah senang tetapi menuntut pengorbanan yang tinggi. Banyak halangan dan rintangan terpaksa kita tempuhi bagi memperjuangkan kebenaran pada akhir zaman ini. Yang betul dikata salah... Yang salah pula diterima secara membuta tuli dan dianggap sebagai sesuatu yang betul.. 

Firman Allah :

"..Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.." (Surah An-Nisa', 4: 59)

Kembali kepada sunnah yang sebenarnya dan membersihkannya daripada sebarang unsur bid'ah merupakan tanggungjawab berat yang perlu dipikul bagi menyelamatkan diri dan juga umat seluruhnya..

"Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk rasulullah, seburuk-buruk perkara adalah tambahan dalam agama, dan setiap tambahan dalam agama adalah bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu adalah sesat, dan setiap yang sesat, maka tempatnya dineraka.."

Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam melakukan sesuatu amalan, kerana ditakuti kita hanya taklid secara membuta tuli tanpa menyelidiki dan mengkajinya terlebih dahulu samada ia benar-benar menepati al-Quran dan Sunnah ataupun tidak. Walaupun ilmu di dada masih kurang, namun tiada salahnya untuk kita belajar memahaminya, bahkan ia adalah perkara yang sangat baik untuk menambah ilmu tentang islam.. Bukanlah semata-mata mempelajari ilmu akademik sahaja tanpa mempedulikan hal-hal lain sepertimana yang banyak berlaku pada masyarakat sekarang..

Semoga, kita dapat bersama-sama membangun dan menghidupkan semula sunnah rasulullah di zaman yang penuh dengan dugaan ini.. InsyaAllah..