Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Sunday, April 25, 2010

Jadilah Kekasih Yang Mendengar

Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.
Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.
Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.


Saturday, April 24, 2010

Subhanallah.. Ada Sungai Dalam Laut...!




Ditulis oleh Sajadah Sukses di/pada Minggu, Maret 7, 2010

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut


"Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai yerang kepada mereka, bahawa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahawa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu." 
(QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Subhanallah! :

(QS Fushshilat : 53) = (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Friday, April 23, 2010

Apabila Suami Jadi Bisu..


Penulis Asal : Abu Saif (Saifulislam.com)


“Yang itu mesti husband and wife,” saya mengusik Ummu Saif.

“Mana abang tahu?” isteri saya berhenti menjamah sup cendawan tengah hari itu. Melihat ke arah pasangan di sudut restoran.

“Seorang baca surat khabar, seorang baca majalah. Apa faedahnya keluar bersama jika hanya mahu membaca bersama, kecuali semata-mata kerana mereka masih suami isteri?” saya cuba berteori.

Kami bukanlah sengaja mahu menyibuk tentang urusan orang lain. Tetapi melihat pasangan suami isteri yang sepi, sunyi, tiada suara dan tiada bicara, amat menghiris rasa.

Malah mengheret ingatan kepada beberapa ketika dalam rumahtangga kami sendiri tatkala sindrom sepi dan diam ini melanda. Melakukan muhasabah ke atas diri sendiri, berkongsi kisah dengan kenalan dan membaca coretan di sana sini tentang tabiat para suami mendiamkan diri, 

atau lebih tepat, membatukan diri… membawa saya kepada beberapa titik renungan untuk difikirkan bersama.

“Abang, Ani tanya abang ni. Kenapa abang selalu balik lambat?” tanya seorang isteri kepada si suami.

Sepi.

Tangannya ligat mencabut tali leher, peluh di dahi dikeringkan sahaja dengan satu kesatan di lengan. Namun mulutnya terus terkunci. Tidak bersuara.

“Abang dengar ke Ani tanya ni?” tanya si isteri lagi.

“Kalau Ani ada buat salah, cakaplah bang. Macam mana Ani nak tahu apa masalah abang, kalau abang diam macam ini?” beliau semakin hilang sabar dengar kerenah si suami.

Lelaki yang dahulunya romantik, menghantar 30 sms sehari di era bulan madu mereka, dan sering mengucapkan perkataan sayang, kini membatu. Sepi. Tidak bersuara, tidak berbunyi.

Namun, seorang suami yang mendiamkan diri itu hakikatnya bukanlah tidak bercakap. Telinganya jauh sekali daripada pekak dan tidak mendengar soalan bertubi-tubi yang diajukan si isteri. Setiap soalan itu dijawab oleh sang suami dengan panjang lagi berjela. Namun semuanya dijawab tanpa suara. Hanya sebuah monolog di dalam hati. Apa yang terlontar hanyalah sebuah kesepian yang membunuh perasaan isteri.

Diam itu emas…

Tetapi emas yang ini tiada indahnya, malah beracun memusnahkan rumahtangga.

Saya juga seorang suami. Ada masanya mendiamkan diri itu sangat memberikan keselesaan. Bukan sahaja untuk diri, malah dirasakan diam itu adalah pilihan terbaik untuk reaksi kepada keadaan-keadaan tertentu. Tetapi saya cepat disedarkan oleh isteri bahawa diam itu menyulitkan penyelesaian. Ia misteri yang membinasakan.

Kali ini, dengan jiwa empati saya mengajak para isteri untuk meneliti rentetan-rentetan peristiwa yang menjadi punca para suami hilang bicara. Para isteri boleh bersikap defensif dan menafikan faktor-faktor ini, tetapi keengganan memprosesnyai, hanya akan menambahkan sakit hati mereka sebagai isteri, melihat suami terus diam sepi seribu bahasa.


AKUMULATIF

Jarang sekali suami tiba-tiba menjadi pendiam.

Bersuamikan seorang lelaki pendiam yang begitu semenjak di hari menyatakan persetujuan menerimanya sebagai suami, sang isteri tidak harus buat-buat terkejut. Diamnya mungkin petanda beliau masih lelaki yang sama seperti di hari pernikahan anda.

Tetapi kebimbangan kita adalah pada suami yang beransur-ansur menjadi pendiam. Kesan jangka panjang yang bersifat akumulatif. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, satu-satu lama-lama jadi bisu. Justeru, sebagaimana seorang suami yang bercakap beransur-ansur menjadi pendiam, maka usaha untuk mengembalikan percakapannya juga wajar dibuat secara berhemah, bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak tumpah bertebaran


KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN

Sebuah perkahwinan, bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN. Mustahil untuk kita bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina tanpa ada rasa percaya di antara suami dan isteri berkaitan ketelusan, kejujuran dan keikhlasan masing-masing. Justeru, perbualan romantik dan indah antara suami dan isteri sentiasa seiringan dengan rasa percaya dan yakin di antara mereka berdua.

Apabila seorang suami semakin merosot kualiti komunikasinya, ada kemungkinan ia berpunca daripada merosotnya keyakinan beliau terhadap sang isteri. Ia bukanlah berkaitan dengan krisis orang ketiga atau hal-hal luaran yang mencabar rumahtangga tersebut. Sebaliknya, suami semakin terjejas keyakinannya terhadap kemampuan isteri berdepan dengan realiti.

“Mampu dan tahankah isteriku untuk mengetahui apa sebenarnya yang terbuku di hati ini?” mungkin soalan sebegini bermain di benak fikiran suami, tatkala beliau diam membatu di hadapan isteri yang masih menyoal tanpa henti.

Bukan beliau tidak pernah bersuara dan menyatakan pendirian, tetapi reaksi isteri yang memedihkan ketika itu menyebabkan suami hilang kepercayaan. Tanda tanya ini sering timbul disebabkan oleh perbuatan isteri yang berulang kali tanpa sedar, merosakkan kepercayaan suami bahawa dia benar-benar terbuka dan sabar untuk menguruskan ‘isu sebenar’. 

Cuba kenangkan kembali, pernahkah sang suami menegur anda atas beberapa perkara yang dirasakan tidak kena? Bagaimanakah reaksi anda ketika itu? Adakah anda menghargai teguran tersebut, memberikan tindak balas yang baik, atau anda menyambut teguran itu dengan memuncung sepanjang hari, mengangkat punggung melarikan diri, atau membalas teguran dengan jawapan alasan yang bertubi-tubi?

Suami yang tidak pelupa itu, berkemungkinan besar masih ingat akan kejadian-kejadian tersebut. Bahawa biar pun sang isteri meminta-minta luahan isi sebenar sang suami, hakikatnya si isteri bukanlah kuat benar untuk mendengar ‘kisah benar’ yang diminta. Justeru sifat ’sabar’ luar biasa kaum lelaki, ditelannya sahaja pandangan diri yang sering diperlekeh sebelum ini untuk dibawa ke kubur nanti. Dan kesan sampingannya, si suami semakin mengeras jadi batu.

“Lebih baik dia tidak tahu apa sebenarnya pandanganku tentang rumahtangga ini kerana aku boleh hidup dengannya. Sabarku boleh sampai ke mati. Tetapi aku mungkin tidak mampu lagi sabar andai dirinya membesar-besarkan masalah ini. Perasaanku tidak penting. Apa yang penting adalah keselamatan rumahtangga!” hati suami berkata-kata dengan panjang lebar, tanpa suara.

Oleh itu, seorang isteri yang mahu mengubah sifat pendiam suami perlu berusaha meyakinkan dirinya semula. Bahawa tatkala si isteri meminta suaminya berkata-kata, ia bukanlah permintaan ‘mengada-ngada’, sebaliknya si isteri memang bersedia untuk duduk bersemuka dan berbicara. Kembalikanlah kepercayaan suami dengan beberapa pendekatan berikut:


HAPUSKAN TEKANAN

Mengajak kepada perbincangan dalam suasana yang penuh tekanan bukanlah tindakan yang bijak. Malah suami mungkin bertindak bijak mendiamkan diri, tatkala isteri menembak peluru taburnya kepada suami ketika kaki baru sebelah melangkah masuk ke rumah sekembalinya dari pejabat.

Sabarkan diri. Beri masa kepada suami untuk bertenang. Malah lebih baik jika anda usahakan appointment dengan memberitahu suami bahawa anda ingin mengajaknya minum hot chocolate selepas anak-anak tidur, untuk berbual-bual tentang hal ehwal anda berdua.

Gurau senda juga amat berkesan untuk mencairkan kebekuan seorang suami. Bilakah kali terakhir anda mempamerkan sense of humor kepada suami? Atau dialog yang keluar dari mulut anda semuanya bersifat masalah, permintaan, arahan, tekanan, teguran dan segala macam benda yang serius lagi menambah tekanan.

Berguraulah dengan suami.

Jika tiada lawak baru, ungkit sahaja lawak-lawak lama yang pernah menyebabkan anda berdua ketawa terkekek-kekek suatu ketika dahulu. Jarang seorang lelaki immune terhadap lawak jenaka. Malah mungkin ketiadaan unsur inilah yang menjadi sebab utama mengapa suami ceria dan ketawa berdekah-dekah semasa minum petang dengan kawan-kawannya, tetapi sepi tanpa bicara tatkala duduk di sisi isteri yang dicintainya.


IKTIRAF KESILAPAN

Tidak rugi bagi seorang isteri untuk merendahkan diri mengiktiraf beberapa kesilapannya yang lalu. Menyatakan kekesalannya membentak teguran suami pada suatu ketika dahulu. Yakinkan suami bahawa anda bukan lagi isteri yang ‘cepat melatah’, melenting dan mengamuk semasa suami bersuara pada suatu ketika dahulu.

Sikap isteri yang membantah pandangan suami sedemikian rupa mungkin telah membina satu persepsi di minda suami bahawa isterinya adalah seorang wanita yang ego. Buktikan kesalahan persepsi itu, bahawa anda adalah isteri yang masih duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama suami di sisi.

Mungkin bukan salah anda, tetapi demi mencungkil suara suami yang bagai disumpah sang gelembai itu, rendahkanlah dirimu. Anda boleh terus defensif, namun harganya ialah bersuamikan lelaki bisu.


BANTUAN ORANG TENGAH

Jika sms dan email anda tidak berhasil, bicara dengan suara bernada rendah tidak berjaya, mungkin bantuan orang tengah boleh membantu.

Apakah anda mahu meminta bantuan best friend anda atau best friend suami?

Secara logiknya, usaha menggunakan orang tengah ini akan lebih berpotensi untuk berhasil jika anda cuba meminta bantuan orang kepercayaan suami.

Berhubung dan bincanglah dengannya sebaik mungkin. Anda mungkin juga terpaksa berjuang untuk membina kepercayaan di antara anda dengan teman akrab sang suami kerana ada kebarangkalian dia itu juga dari spesis yang sama dengan suami anda sendiri. Namun tanpa tekanan dan gangguan-gangguan kesilapan lalu, usaha untuk berkomunikasi dengan sahabat suami jauh lebih mudah berbanding usaha untuk berkomunikasi dengan suami sendiri.

Jika anda bernasib baik, beliau mungkin akan berkongsi dengan anda isi-isi hati suami tatkala beliau bercakap tanpa suara semasa di hadapan anda. Dia tidak meluahkannya kepada anda, tetapi kepada teman karibnya. Anda berhak untuk berkecil hati, tetapi abaikanlah perasaan itu. Sebaliknya rancangan strategi yang sesuai dengan ‘pendedahan’ yang telah anda perolehi daripada sahabatnya itu tadi.

Anda boleh jadikan pendedahan itu sebagai alat untuk memusnahkan terus rumahtangga, atau anda juga boleh menjadikannya sebagai alat penyelamat. Terpulang…

Apa yang pasti, hanyalah satu.

Perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising, lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri.

Belajarlah untuk mengurangkan kebisingan, wahai sang isteri. Belajarlah untuk bersuara, wahai sang suami.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang


Monday, April 19, 2010

KEKASIHKU, Kaulah Segala-galanya..


Saya cuma ingin berkongsi kembali satu artikel yang amat menyedarkan saya betapa ALLAH amat mencintai kita.. Sedangkan kita? Sering lupa padaNya. Artikel ni pertama kali saya dapat masa kat Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dulu.

KEKASIHKU...

Nak share tentang KEKASIH aku?
(Aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA……..)


Saturday, April 17, 2010

Masalah?? Masalah Apa Tu Yer..


Sebenarnya.................
Bukan senang untuk kita berubah.. Ikhlas kerana Allah.
BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK. Kan? Betul tak?
Mengungkapkan memanglah senang. Tapi praktikalnya.. Amat susah!!
Bukanlah saya mengatakan bahawa ia adalah mustahil..

Tak..
Tapi cabaran untuk berubah amat susah..
Hanya boleh ditempuh oleh orang yang betul-betul bertekad dan mempunyai azam yang kuat serta melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Saya mengatakan demikian setelah melaluinya sendiri.. Juga setelah mendengar luahan hati kawan-kawan saya yang sering mengadu mengenai masalah yang di alami. Saya juga, baru sahaja pulih dari rasa sedih (yang tak boleh diceritakan kenapa). Saya juga manusia biasa yang tak lari dari perasaan macam tu.


Saturday, April 10, 2010

Alhamdulillah.. Bahagianya Hidup Ni..



Pertama-tama sekali, saya memanjatkan stinggi-tinggi rasa syukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan rahmat Allah,  saya masih lagi diberi peluang menulis sesuatu di blog ni.. Agak lama juga tidak menulis. Cuma sempat post beberapa artikel yang dipetik dari blog-blog yang lain.

Semalam, tarikh keramat 9 April 2010 menjadi hari yang paling melegakan. Kenapa? Sebab  saya telah berjaya menghantar Thesis untuk projek tahun akhir (Diversity of Diptera Larvae in Selected Streams of Royal Belum State Park). Walaupun thesis tu tidaklah sebaik mana, namun  saya telah buat apa yang termampu untuk menyiapkan thesis tersebut. Setahun hidup saya kusut dan tidak tentu arah bila memikirkan thesis.. Tapi semalam, lega rasanya apabila ‘amanah’ yang ditanggung tu telah dilepaskan separuh, sebab lepas ni masih ada VIVA untuk thesis tu. Apa-apa pun saya ingin melupakannya buat sementara waktu ni. Alhamdulillah... Alhamdulillah... 

Yang penting, thesis dah dihantar.  Saya tak tahu macam mana nak lafazkan betapa saya bersyukur sangat sebab ALLAH telah permudahkan segala-galanya. 

Pada waktu menyiapkan thesis tu, 2 minggu  saya tidak terurus dari segi tidur.. Hidup dah serabut.. Tidur Cuma 2-3 jam dan kemudian bangun semula.. Yang ada dalam kepala hanya THESIS.. Huhu.. Hampir-hampir saya demam semalam. Tapi dalam keserabutan ketika tu,  saya rasa keadaan saya amat bahagia. Saya tiada perkara lain yang mengganggu fikiran, kecuali thesis.. Hati  saya tenteram, Alhamdulillah.. Dibandingkan dengan kawan-kawan  saya yang lain, yang mempunyai masalah yang lain semasa menyiapkan thesis tu, saya rasa saya amat bertuah. Ada kawan yang diuji dengan laptopnya rosak, dan sebahagian thesisnya yang hampir siap telah hilang. Terpaksa buat semula. Ujian.. Bersabar ye.. ALLAH takkan uji seseorang melebihi kemampuannya.. ALLAH tahu dia dapat hadapi, sebab tu ALLAH uji..

Ok, berbalik pada cerita thesis tadi, slepas je siap thesis pada pukul 12.05 tengah hari, hari Jumaat (9 April 2010),  saya bersama sama dengan roomate kesayangan telah pegi ke kedai untuk print. Hehe.. MasyaALLAH, kedai tu penuh dengan student-student Biologi tahun akhir yang juga nak hantar thesis. Setelah 2 jam kat kedai tu, maka selamatlah  saya buat 3 copy salinan thesis. Dua untuk diberi pada pejabat dan 1 untuk simpanan diri sendiri.. Terima kasih kepada roomateku, Shazwani Shaikh Bokhdi sebab sanggup menunggu diriku ini selama sejam lebih semasa proses mem’print’ tersebut. Then, kami pegi ke pejabat School BIO dan dengan bangganya menandatangani senarai nama penghantar thesis.. (Ingat nak tangkap gambar skali masa tu. Boleh wat kenangan dan cakap kat anak-anak nanti: “Tengoklah, ni masa mak nak hantar thesis dulu ni.. Kalau tak, takdenyer mak bleh grad..” Huhu..) Tapi disebabkan malu nak wat camtu, maka gambar tersebut pun tak diambil.. Hik3.. Maka, selepas tu thesis kami bagi pada orang yang paling femes kat Pejabat tu. KAK NORIAH! T.Q ye Kak Noriah..

Yes! Thesis have been submitted!! Terasa ringan je hati waktu tu. Kalau la saya ada sayap, dah lama saya terbang ke langit... Huhu.. Bawa motor balik ke desa dengan heppynya.. Macam nak terpelanting je Wani yang kat belakang.. Huhu.. Tak dapat nak cakap la perasaan masa tu.. =)

Waktu malam pulak, saya nampak kawan-kawan dengan gelagatnya masing-masing. Ada yang masih bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja, ada juga yang meraikan dengan kawan-kawan kat luar, makan-makan dan sbagainya.. Tapi malam tadi saya buat apa?? Hehe.. lepas je hantar Wani ke stesen bas Sg.Nibong.. Saya TIDUR!! 

Hal yang paling best selepas selesai segala tekanan.. Tentulah tidur, ye tak? Bila tidur, badan yang letih selama ni akan dapat berehat.. Sebagai seorang muslim, kita juga kan dituntut untuk menjaga hak-hak tubuh kita. Tak gitu?? Selepas tidur yang betul-betul nikmat, maka dapatlah saya bangun dan buat apa yang patut.. Dan mood untuk menulis blog pun tiba... Hehe.

Semalam, Wani ada cakap, “Wah Farhah, double joy la ye?”

”Hehe.. takla, aku dah triple joy dah rasanya.. Dah la hati gumbira, pastu dapat hantar thesis on time, pastu yang paling best dapat balik rumah!. Dah 2 bulan tak balik ni..”

Hehee... Jangan jeles ya kawan-kawan.. Pastu bila terserempak dengan kawan-kawan, ada yang tegur..

“Wah Farhah.. Heppy nampak! Berseri-seri je..” 

Hehe.. Biasa la kan.. saya merasakan betapa indahnya hidup ni. Segala nikmat yang Allah bagi.. Namun kita sebagai manusia biasa selalu je terlupa kan?? Ye tak? Apapun, tujuan asal saya menulis ni adalah sebab saya rasa saya perlu meluahkan sesuatu.. Meluahkan kegembiraan ni. Supaya saya ingat selalu yang saya pernah merasakan kebahagiaan ni. Saya tak nak suatu hari nanti bila ditimpa masalah, saya hanya berfikir yang hidup ini penuh dengan masalah je. Saya tak nak macam tu. Biarlah apa yang saya coretkan disini menjadi satu kenangan.. Kenangan yang membahagiakan dan juga sebagai satu peringatan.. At least jika saya sedih saya akan ingat yang saya dulu pernah merasakan bahagia. (Cewah2.. mula dah nak jiwang pulak ni..) 

Sebab...  Saya bertekad mulai hari ni, detik ni, pada pagi 10 APRIL 2010, NUR FARHAMIZAH BT ASKARALI akan berubah.!! Berubah untuk menjadi lebih baik.. Saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya akan berusaha mendisiplinkan diri dan membentuk jiwa, sentiasa muhasabah dan bermujahadah.. (Bak kata Dr. Shakirah, Pensyarah subjek Nilai-nilai Murni dari Perspektif Islam yang saya ambik sem ni..) Ops! Hadiah lupa pulak nak g ambik.. Mintak maaf yer Dr. =)

Hmm.. Saya rasa bahawa hidup kita ni cuma sekejap je kan? Teringat semula 2 orang kawan  yang telah terlebih dahulu meninggalkan dunia ni.. Sorang masa saya form 3 dan sorang lagi tahun ni.. MATI tak mengira usia.... Macam mana yer kalau la ALLAH cabut nyawa kita sekarang?? Ishh.. takut pulak memikirkan.. Bye-bye kepada kawan-kawan, kerjaya, kekasih hati, mak ayah, harta kekayaan, pangkat, dan lain-lain.. Tapi bukankah orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati? Yang sedikit tertawa?? Sebab bila kita ingat mati, ia akan mengurangkan keghairahan dan ketamakan kita pada hal-hal duniawi. 

Hmmm... rasanya cukuplah saya berceloteh stakat ni.. Saya amat mengharapkan bantuan dan dorongan daripada kawan-kawan untuk membantu diri ini dan diri anda sendiri untuk berubah! Berubah menjadi lebih baik kerana tiada orang yang sempurna di dunia ni..

Wallahu’alam..

- Farhah -


Saturday, April 3, 2010

For The Rest of My Life..



(Saya sangat suka kata2 di dalam lagu ni.. – Sekadar perkongsian)


For The Rest Of my Life - Maher Zain


I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there’s a couple words I want to say