Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Tuesday, July 24, 2012

Berdoa, mintalah apa sahaja pada ALLAH.. ~ Hlovate


Nice and Good advice indeed.. 
Thanks Hlovate.. Really love your novels.. :D


Monday, July 23, 2012

Quote 1 - If Allah Brings Us To It..


" If Allah brings us to it, He will bring us through it.. "

Sunday, July 8, 2012

Kenduri Kesyukuran..


Geng Lab ento bersama Prof.. Tapi Jurukameranya takde dalam ni.. Hehe


Alhamdulillah.. Semalam pi kenduri kesyukuran supervisor saya kat Bandar Bharu Kedah.. Ramai jugak yang pi tu.. Semuanya geng-geng lab Ento.. 13 orang tak silap.. Naik empat buah kereta.. Tiga bertolak sekali.. Satu lagi sampai lewat sikit.. Marcela dan "kawannya".. Hehe.. 


Kami semua berkumpul kat lab pukul 11 pagi, dan bertolak lebih kurang pukul 11.15 pagi camtu.. Pukul 12 tengah hari sampai kat Bandar Bharu, rumah mak ayah Prof.. Tapi, ayah prof dah takde.. Baru meninggal tahun lepas..

Rumah Adik Prof.. Cantikkan?
Sampai kat sana je, kami terpikat dengan kecantikan design satu rumah ni.. Sangat cantik bata pada dinding luar rumah tu.. Rumah adik Prof kalau tak silap.. Sebelah rumah kenduri..

Makanan kat sana sangat banyak sampai tak muat nak ambik semua.. (Huhu.. tamaknya la kan..). Ada kari ikan + terung (macam kenal je terung tu.. Kekeke..), ada ayam goreng, masak lemak pisang (masakan orang kedah), hati ayam, petai, jering, sambal dll.. (Tapi, petai, jering dan sambal saya memang tak pernah makan seumur hidup.. So, memang tak ambik..)

Tapai.. :)
Yang paling best, masa makan tapai.. Sampai 4 bungkus tapai saya makan sorang.. Orang lain makan 1 atau 2 je.. Hamek kau.. Dulu bukan main lagi 'anti' kat tapai.. Nak muntah la, tak lalu nak makan la.. Skarang dah suka pulak... Betul la kan, kalau mula-mula kita tak suka something tu, tak semestinya kita takkan suka sampai bila-bila kan? Silap-silap hari bulan boleh jatuh cinta tak sudah.. (Ni masuk mood jiwang la plak.. Hihi..)

Pastu, makan punya makan.. Tiba part sembang-sembang pulak.. Keluar semua cerita hantu bagai.. Hantu School Bio la, hantu penanggal la.. Tah camne, boleh masuk bab orang Afrika tak mandi.. Ishh3.. Ni cerita Haimi la ni.. Kelakar pun ada.. :D

Bila jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kami pun berkira-kira la untuk berangkat.. Tapi, sempat lagi berposing kat depan pintu rumah pulak kan.. Saya selaku 'Jurugambar Lab' (yang tak bertauliah) ni pun memainkan peranan.. Huhu.. Walaupun kamera Nikon Coolpix 12.2 pix je.. (Bukan DSLR pun..). Tapi, nasib baik ada juga kamera kan.. Kena bersyukur Farha.. Ingat tu.. (Hidup kena bersyukur & qannaah pada apa yang telah ada ye kawan-kawan..)

Kesian sangat kat diorang.. :(
Masa nak balik tu jugak, nampak sarang burung dengan anak-anaknya sekali.. Tiga ekor.. Kesian sangat.. Diorang lapar kot.. Sob3.. Rasa nak nangis je tengok anak burung tu.. Sabar ye nakk.. Mak korang p cari makan tu.. :(

Setelah berangkat pulang dengan kereta yang dipandu oleh pemandu yang terer lagi 'professional', Dhiya, kami selamat tiba di USM pukul 3 lebih gitu.. Hehe.. T.Q Dhiya sebab drive pi dan balik.. 


Sekian.. Alhamdulillah..

Saturday, July 7, 2012

Puding Karamel





Ni resepi masakan saya yang pertama.. 

(Hehe.. Sejak bila jadi chef masak memasak pulak ni?)

Hmm.. Tak kisah la, semua perempuan kena belajar memasak, ye tak?

Rupa-rupanya seronak sangat rupanya memasak ni yaa.. 
Tambah-tambah lagi bila cuba sesuatu masakan baru dan menjadi.. =)

Resepi ni mula-mula saya ambil daripada kawan saya Cik Yati Basha.. Hehe.. Disebabkan puding yang dia buat tu sangat sedap, maka saya terus jatuh cinta pada puding karamel ni dan sampai mintak resepi.. Huhu.. 1st time try dah menjadi! Tapi saya ubah sikit, letak tepung kastard.. T.Q ye yati..

Puding karamel @ puding telur gula hangus ni pulak ada orang yang sangat-sangat suka, ada yang biasa-biasa je, dan ada jugak yang tak suka! Huhu.. Mungkin sebab bau kot.. Tapi rasanya puding ni takde la berbau hanyir pun, sebab dah masukkan esen vanila kan.. Ok la, apa-apa pun, jom try resepi ni.. Best tau.. :D


Bahan2:

- 2 biji telur
- 1 tin susu Cair
- 1 sudu Tepung Kastard
- 20 besar sudu gula
- Satu sudu teh esen Vanilla


Cara-caranya:

Puding:
1. Pertama sekali, pukul telur dan 5 sudu besar gula sehingga sebati.. 
(Pukul dengan tangan je, untuk elakkan terlalu berbuih, nanti tekstur tak cantik..
2. Masukkan susu cair dan kacau.
3. Setelah itu, masukkan esen vanilla dan tepung kastard
4. Setelah siap, ketepikan sebentar.

Gula Karamel:
1. Untuk gulanya, masukkan 15 sudu besar gula didalam periuk kecil dan ditambah dengan sedikit air (biar sama paras dengan gula tu je)
2. Panaskan gula tadi di atas api dan biarkan ia cair sehingga menjadi keperangan (tapi jangan sampai hangus pula)
3. Setelah itu, gula tersebut diagkat dan dimasukkan ke dalam loyang. Ratakan diseluruh permukaan loyang tersebut..
4. Biarkan beberapa saat (sekejap je tau, jangan lama2 sangat, nanti gula akan mengeras dan puding akan melekat jika terlalu lama)
5. Diatas lapisan gula tadi, tuangkan adunan puding yang telah siap..
6. Kukus selama lebih kurang 20-30 min..
7. Setelah siap, loyang ditelangkupkan dan lihatlah hasilnya..

Selamat Mencuba!! =)

Friday, July 6, 2012

Progress Masterku yang Tercinta..





Assalamualaikom..
Ok, kali ni nak cerita pasal master la pulak.. Sebenarnya,saya jarang sangat cerita pasal study saya kan? Study master tajuknya 'Effect of Selected Insecticides on Whitefly (Bemisia tabaci) Population and Parasitization of Whitefly on Brinjal (Solanum melongena).." 

Huhu.. Orang buat progress report dalam web IPS, saya buat report dalam blog ni.. Boleh pulak ye.. Hmm.. Sekadar nak share dan boleh baca-baca nanti, sebagai kenangan..

Mulanya, saya start research ni dengan tolong student PhD yang buat tajuk yang hampir sama dengan saya jugak.. Actually, saya share idea daripada dia untuk mulakan master ni.. Cadangan daripada supervisor, Prof Salmah.. Mula-mula dulu memang kosong la.. Tak tahu apa-apapun.. Maklum la, student Biologi Haiwan, tiba-tiba buat research Agrobiology.. Kena buat tentang Pokok terung, menanam segala.. Everything kena start daripada basic.. Seriously memang tak tahu sangat pasal pertanian! Hoho.. Apapun, segalanya telah saya redah jua.. Lama-kelamaan, minat tu timbul la sikit.. Ok la.. :)

Lepas saya buat literature review, proposal segala.. Project master saya start pada bulan March 2011.. Masa tu, tak register sebagai student lagi... Ni baru kira betul-betul start la bulan 3 tu.. Sebelum ni just ambil pengalaman tentang bidang baru ni.. Banyak yang saya belajar daripada student PhD tersebut, En. Rasdi Zaini sepanjang bulan Oktober 2010 - Februari 2011 sebelum saya start master tu.. Takde la 'buta kayu' sangat kan.. Bulan 5 2011, baru register.. (Officially become USM Student again!! :))


Proses sampling mengambil masa selama 8 bulan, sebab kena tanam dua kali.. Kali pertama tanam bulan March 2011-Jun 2011.. Kali kedua tanam bulan Septermber 2011-Disember 2011.. (Memang elok-elok je habis hujung tahun..).. Setiap hari yang dilalui memang sangat penat la.. Nak writing tu memang tak sempat la kan... Hari Ahad, saya p spray racun perosak kat pokok.. Hari isnin sampai Jumaat, tiap-tiap hari berulang alik ke Relau yang mengambil masa 20 minit waktu p dan 20 minit waktu balik.. P pagi, balik tengah hari, waktu matahari tengah atas kepala.. So, memang tade harapanlah kulit ni nak cerah.. Bertambah2 lagi la kegelapannya..


Setiap hari p sana, masukkan air dalam tangki, bancuh baja, sukat kepekatan baja, check drip system.. Check air tu tersumbat ke tak.. Bagi setiap satu pokok.. (Total semua 71 pokok.. Pokok treatment 40, buffer 31 pokok..).. Check la satu-satu.. Buang daun2 yang dah layu dan kering dan bersihkan kawasan tu.. Bila pokok terung dah besar plak, berbuah, dahan dia kena ikat dengan tali.. Kalau tak, nanti dahan tu patah tak dapat tampung berat buah..




Bila hari sabtu pulak, pada ketika semua orang sibuk bersuka-ria, keluar shopping bagai.. 
Saya sorang-sorang sampling bawah panas mentari yang terik tu dari pagi sampai petang.. 
(Sabar je la, ni la pengorbanan nak buat master kan..)






Sampling 20 pokok, kena ambil sample daun, masukkan dalam beg plastik, ukur ketingian pokok, kira jumlah daun setiap pokok, kira jumlah bunga, kutip buah, kira buah dan timbang berat buah..







Lepas tu, sample daun yang dikutip tadi, kena tengok pula satu-satu daun bawah mikroskop untuk kira jumlah larva whitefly yang ada kat daun tu... Serangga lain mcm aphid, mealybug, mites dan yang lain-lain pun dikira juga.. Setelah hampir setahun sampling, maka habislah proses ambil data..



Bulan 1 sampai bulan 3 tahun ni, saya duk arrange-arrange balik susunan data, susun masuk dalam SPSS (sebab sebelum ni simpan dalam excel je).. Pastu analyse semua data-data tu.. Ambil masa lama juga la.. Sebab saya ni memang lemah skit kalau bab nombor-nombor ni.. Memang sangat slow kat part analisis.. Pastu buat graf-graf.. Then, bulan 2 tu jugak sibuk dengan colloquium lagi.. Present lab meeting pulak bulan 3.. Dan bulan 4 baru saya dapat betul-betul boleh serius writing thesis.. Tu la akibatnya yang sekarang ni tak siap-siap lagi ni.. Jurnal pun beratus-ratus, tapi banyak lagi tak baca.. Huk3.. Tapi, rasanya tak lama dah kot nak abis ni (Ayat kena sentiasa positif ye!!)..

Dan, ni adalah saya punya perancangan la.. Cadangnya nak grad bulan 4 tahun depan.. 2013.. Tu pun kalau sempat la.. Kalau tak sempat pun, mungkin akan grad bulan 9 la kot.. Tapi pasal grad-grad ni tak kisah la.. Bila-bila pun O.K je.. Yang pentingnya VIVA Voce dan submit 10 copies tu.. Huhu.. Bila la nak boleh submit ni... Prof tak betulkan pun lagi.. Tesis tu masih terlalu banyak yang perlu dibaiki lagi.. Banyak lagi lompang-lompang, salah silapnya..

Setakat ni yang dah submit:

Table of Content
Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Literature Review
Chapter 3: Whitefly

Ni plannya:

9/7/2012: Submit Chapter 4: Parasitization (Ni sikit lagi tak siap.. Minggu depan boleh hantar dah rasanya)
18/7/2012: Submit Chapter 5: Comparison Plant performances
27/7/2012: Chapter 6: General Discussion
3/8/2012: Chapter 7: General Conclusion

Then, bulan 8 - bulan 10 tu untuk tempoh membaiki tesis.. Dan kalau nak grad juga bulan 4, 10 copies thesis kena submit bulan November 2012.. After dua bulan baru akan VIVA.. Tapi tempoh antara submit 10 copies thesis dengan VIVA tu depend jugak pada examiner kita.. Kalau cepat diorang semak, cepat la VIVA..

Kalau tak sempat submit bulan 11 pun, paling lewat saya kena hantar thesis bulan Februari 2013 rasanya.. Sebab bulan March tu dah sem baru.. Tak pasal-pasal pulak kena bayar yuran RM1400 nanti..

Hopefully, semuanya dapat berjalan lancar la.. INSYAALLAH..