Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Progress Masterku yang Tercinta..





Assalamualaikom..
Ok, kali ni nak cerita pasal master la pulak.. Sebenarnya,saya jarang sangat cerita pasal study saya kan? Study master tajuknya 'Effect of Selected Insecticides on Whitefly (Bemisia tabaci) Population and Parasitization of Whitefly on Brinjal (Solanum melongena).." 

Huhu.. Orang buat progress report dalam web IPS, saya buat report dalam blog ni.. Boleh pulak ye.. Hmm.. Sekadar nak share dan boleh baca-baca nanti, sebagai kenangan..

Mulanya, saya start research ni dengan tolong student PhD yang buat tajuk yang hampir sama dengan saya jugak.. Actually, saya share idea daripada dia untuk mulakan master ni.. Cadangan daripada supervisor, Prof Salmah.. Mula-mula dulu memang kosong la.. Tak tahu apa-apapun.. Maklum la, student Biologi Haiwan, tiba-tiba buat research Agrobiology.. Kena buat tentang Pokok terung, menanam segala.. Everything kena start daripada basic.. Seriously memang tak tahu sangat pasal pertanian! Hoho.. Apapun, segalanya telah saya redah jua.. Lama-kelamaan, minat tu timbul la sikit.. Ok la.. :)

Lepas saya buat literature review, proposal segala.. Project master saya start pada bulan March 2011.. Masa tu, tak register sebagai student lagi... Ni baru kira betul-betul start la bulan 3 tu.. Sebelum ni just ambil pengalaman tentang bidang baru ni.. Banyak yang saya belajar daripada student PhD tersebut, En. Rasdi Zaini sepanjang bulan Oktober 2010 - Februari 2011 sebelum saya start master tu.. Takde la 'buta kayu' sangat kan.. Bulan 5 2011, baru register.. (Officially become USM Student again!! :))


Proses sampling mengambil masa selama 8 bulan, sebab kena tanam dua kali.. Kali pertama tanam bulan March 2011-Jun 2011.. Kali kedua tanam bulan Septermber 2011-Disember 2011.. (Memang elok-elok je habis hujung tahun..).. Setiap hari yang dilalui memang sangat penat la.. Nak writing tu memang tak sempat la kan... Hari Ahad, saya p spray racun perosak kat pokok.. Hari isnin sampai Jumaat, tiap-tiap hari berulang alik ke Relau yang mengambil masa 20 minit waktu p dan 20 minit waktu balik.. P pagi, balik tengah hari, waktu matahari tengah atas kepala.. So, memang tade harapanlah kulit ni nak cerah.. Bertambah2 lagi la kegelapannya..


Setiap hari p sana, masukkan air dalam tangki, bancuh baja, sukat kepekatan baja, check drip system.. Check air tu tersumbat ke tak.. Bagi setiap satu pokok.. (Total semua 71 pokok.. Pokok treatment 40, buffer 31 pokok..).. Check la satu-satu.. Buang daun2 yang dah layu dan kering dan bersihkan kawasan tu.. Bila pokok terung dah besar plak, berbuah, dahan dia kena ikat dengan tali.. Kalau tak, nanti dahan tu patah tak dapat tampung berat buah..




Bila hari sabtu pulak, pada ketika semua orang sibuk bersuka-ria, keluar shopping bagai.. 
Saya sorang-sorang sampling bawah panas mentari yang terik tu dari pagi sampai petang.. 
(Sabar je la, ni la pengorbanan nak buat master kan..)






Sampling 20 pokok, kena ambil sample daun, masukkan dalam beg plastik, ukur ketingian pokok, kira jumlah daun setiap pokok, kira jumlah bunga, kutip buah, kira buah dan timbang berat buah..







Lepas tu, sample daun yang dikutip tadi, kena tengok pula satu-satu daun bawah mikroskop untuk kira jumlah larva whitefly yang ada kat daun tu... Serangga lain mcm aphid, mealybug, mites dan yang lain-lain pun dikira juga.. Setelah hampir setahun sampling, maka habislah proses ambil data..



Bulan 1 sampai bulan 3 tahun ni, saya duk arrange-arrange balik susunan data, susun masuk dalam SPSS (sebab sebelum ni simpan dalam excel je).. Pastu analyse semua data-data tu.. Ambil masa lama juga la.. Sebab saya ni memang lemah skit kalau bab nombor-nombor ni.. Memang sangat slow kat part analisis.. Pastu buat graf-graf.. Then, bulan 2 tu jugak sibuk dengan colloquium lagi.. Present lab meeting pulak bulan 3.. Dan bulan 4 baru saya dapat betul-betul boleh serius writing thesis.. Tu la akibatnya yang sekarang ni tak siap-siap lagi ni.. Jurnal pun beratus-ratus, tapi banyak lagi tak baca.. Huk3.. Tapi, rasanya tak lama dah kot nak abis ni (Ayat kena sentiasa positif ye!!)..

Dan, ni adalah saya punya perancangan la.. Cadangnya nak grad bulan 4 tahun depan.. 2013.. Tu pun kalau sempat la.. Kalau tak sempat pun, mungkin akan grad bulan 9 la kot.. Tapi pasal grad-grad ni tak kisah la.. Bila-bila pun O.K je.. Yang pentingnya VIVA Voce dan submit 10 copies tu.. Huhu.. Bila la nak boleh submit ni... Prof tak betulkan pun lagi.. Tesis tu masih terlalu banyak yang perlu dibaiki lagi.. Banyak lagi lompang-lompang, salah silapnya..

Setakat ni yang dah submit:

Table of Content
Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Literature Review
Chapter 3: Whitefly

Ni plannya:

9/7/2012: Submit Chapter 4: Parasitization (Ni sikit lagi tak siap.. Minggu depan boleh hantar dah rasanya)
18/7/2012: Submit Chapter 5: Comparison Plant performances
27/7/2012: Chapter 6: General Discussion
3/8/2012: Chapter 7: General Conclusion

Then, bulan 8 - bulan 10 tu untuk tempoh membaiki tesis.. Dan kalau nak grad juga bulan 4, 10 copies thesis kena submit bulan November 2012.. After dua bulan baru akan VIVA.. Tapi tempoh antara submit 10 copies thesis dengan VIVA tu depend jugak pada examiner kita.. Kalau cepat diorang semak, cepat la VIVA..

Kalau tak sempat submit bulan 11 pun, paling lewat saya kena hantar thesis bulan Februari 2013 rasanya.. Sebab bulan March tu dah sem baru.. Tak pasal-pasal pulak kena bayar yuran RM1400 nanti..

Hopefully, semuanya dapat berjalan lancar la.. INSYAALLAH..




Thursday, June 28, 2012

Sayang Tok..

My Grandmother.. I love her so much..

Aktiviti saya sepanjang hari ni, tak buat apa-apa pun.. Just tidur, mandi, makan dan tidur semula.. Sememangnya sakit belakang ni memang sangat sakit.. Betapa nikmatnya hidup kalau sihat kan? Tu pun kita tak reti nak bersyukur lagi..Saya tak tahu sebab apa boleh tiba-tiba sakit kat bahagian belakang sebelah kiri.. Kat bahagian 'tulang dayung'.. Huhu.. Tahu tak 'tulang dayung' tu apa? Try-try la cari sendiri kalau tak tau ye.. Ni bahasa orang tua-tua ke, loghat utara ke.. Entah la..

Hari isnin malam tu start mula-mula sakit.. Ingatkan biasa-biasa ja.. Tapi makin lama makin tak tahan.. Pagi tu saja dua tiga kali terbangun waktu tengah tidur.. Memang tak biasa la jadi macam ni seumur hidup.. Tidur tak boleh, duduk pun tak boleh.. Rasa sakit macam ditikam-tikam.. Puas la menjerit-jerit dan nangis sorang-sorang dalam bilik pagi selasa tu.. Dan, memang tak p lab la hari tu kan.. Nasib baik ada Kak Wani datang temankan kat bilik, belikan roti, tolong sapukan minyak panas dan temankan 
saya pi klinik Dr. Akbar (klinik penawar).. Dr cakap, mungkin sakit ni disebabkan muscle cramp.. Angkat benda berat ke, salah tidur ke.. So, dia bagi ubat untuk makan selama 3 hari.. Alhamdulillah, hari ni rasa ok la sikit..


Terima kasih sangat-sangat pada kak Shazuani Sobri.. Bukan senang ada kawan yang nak bantu kita waktu susah kan? Betul la kata orang, kawan waktu senang memang ramai, tapi kawan waktu susah sangat susah nak cari.. At that time, kita akan kenal siapa kawan yang sebenarnya.. Dulu, masa saya sakit kembung sebab angin masuk perut, Yati Abu yang tolong.. Dia masakkan air, dan buat tungku letak kat perut.. Sapukan minyak panas dan bagi makan ubat.. Thanks Yati.. Dah kahwin pun hang kann.. 



Actually, tak rugi pun tolong orang waktu sakit ni tau.. Sebab apa? Sebab, orang yang kita tolong tu sure akan TETAP INGAT KAT KORANG SAMPAI MATI.. Hyperbolakah ayat ni? Tak..  Saya rasa ayat ni takde la keterlaluan sangat kan.., sebab memang betul-betul berlaku kat saya dan apa yang saya rasai sendiri.. Orang yang pernah tolong saya time saya susah, especially time saya sakit, memang sangat kuat ingatan saya pada diorang..


Antara orang tu adalah TOK a.k.a nenek saya sendiri.. Setiap kali saya sakit je kan, mesti ingat kat tok.. Dan, automatik, air mata ni akan jatuh mencurah-curah basah kat pipi ni ha.. Bukan nangis sebab sakit tu, tapi sebab mengenangkan tiada sapepun yang dapat tandingi kasih sayang tok even mak ayah saya sendiri sekalipun.. Ni memang honest dari hati k.. Dalam semua orang dalam dunia ni, TOK ADALAH ORANG YANG PALING SAYA SAYANG.. Sebab apa? Sebab she take care of me since i was born till now... Yup, sampai sekarang!!

Ramai orang kata, muka
saya sangat iras dengan muka tok masa dia muda-muda dulu.. Hu.. Mesti nanti muka saya bila dah tua pun macam tok, kan? Agaknya lah.. :)

Tok lah yang selalu mandikan
saya masa kecik-kecik dulu, selalu sikatkan rambut, basuh baju dan kasut sekolah, iron baju, kemaskan bilik, masakkan untuk saya setiap pagi, tengah hari dan petang, dan macam-macam lagi.. Even sampai sekarang sekalipun, kadang-kadang tok still buat semua tu.. Dan tok jugak yang akan jaga saya setiap kali saya jatuh sakit.. Dia tak pernah biar saya sorang-sorang.. Daripada sakit yang sikit-sikit atau sakit yang paling teruk.. 24 jam dia jaga saya .. Bagi saya, tok adalah segala-galanya.. :(

Bila 
saya balik bercuti kat umah setiap sebulan sekali atau dua bulan sekali, saya mesti balik tidur dengan tok.. Walaupun ada bilik sendiri, tapi saya tak tahu kenapa saya suka sangat tidur kat bilik tok..

Walaupun kadang-kadang
saya pernah marah-marah kat tok, pernah tak suka kat dia.. Tapi tu dulu.. Ya, saya tak suka sebab dia banyak berleter.. Suruh bangun awal, jangan tidur lepas subuh, suruh belajar masak, basuh baju, jemur baju, kemas rumah, dan macam-macam lagi.. Tapi, sekarang bila dah besar baru saya faham.. Kenapa dulu tok suka sangat bising-bising.. SEBAB DIA NAK SAYA JADI ORANG YANG BERGUNA.. Sebab dia nak saya jadi sorang perempuan yang baik..

Memang, nanti orang pasti kata.. Bukan ke mak hang yang lahirkan hang? Bukan ke ayah yang bekerja siang malam bagi hang makan? Kenapa sayang pada tok lebih daripada mak dan ayah? That question,
saya sendiri pun tak tahu apa jawapannya.. Mungkin atas sebab-sebab di atas, saya sangat sayangkan tok berbanding manusia lain kat dunia ni.. She is both my mother and father..

Now, umur tok dah mencecah 80 tahun.. Dia asyik cakap, kalau boleh dia harap sangat nak tengok 
saya kahwin sebelum dia tinggalkan dunia ni.. Bila dia cakap macam tu, saya rasa sangat sedih..Tapi saya tak tunjuk la depan dia yang saya sedih.. Kalau korang nak tau, walaupun kadang-kadang saya menangis depan kawan-kawan dan selalu nangis sorang-sorang, saya tak pernah biarkan air mata menitis depan family..  Saya tak pernah menangis depan diorang.. Saya tak nak diorang susah hati kalau tau saya tengah sedih.. Saya tak dapat bayangkan macam mana nanti bila tok dah tak ada kat dunia ni lagi suatu hari nanti... Korang boleh bayangkan tak apa perasaannya jika hilang kedua mak dan ayah sekaligus?

Entah la,
saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba tulis entry ni.. Mungkin sebab saya tengah sakit, dan rindu kat tok.. Jika dia ada, mesti dia akan sapukan minyak angin dan urut-urut belakang yang sakit ni, buat bubur nasi bagi saya makan dan masakkan makanan favourite..

So, memang betul la satu quote yang
saya pernah baca ni..

"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.."

Friday, June 22, 2012

Hari yang Emo..




Hari ni kena tegur dengan Prof.. Haha.. Kantoi.. Benda basic pun boleh tak tahu.. Nampak sangat hang tak berapa tau apa yang hang buat ni Farhah..

Tu la.. Main-main sangat.. Lain kali orang belajar betul-betul.. Fokus.. Ni tak, banyak main je.. Kan dah kena.. So, lepas ni sila beringat-ingat ya.. Dah la macam-macam masalah yang melanda.. Nasib baik la bab 'hati dan perasaan' no problem.. Kalau tak, mahu lagi serabutnya otak ni kan..

Rutin harian pi ke lab dan stay lab sampai malam memang sangat memenatkan.. Penat tu lebih banyak daripada buat kerja sebenarnya.. Tak tau la sebab apa.. Mungkin penat disebabkan stress tu lebih daripada penat buat kerja kot.. Terfikir gak, apa gunanya duk kat lab kalau tak boleh nak fokus buat kerja kan? Tapi buat macam mana.. Dah tanggungjawab.. Suka tak suka, kena la buat..

Esok, jumaat pukul 6.30 petang nak bertolak balik umah.. Nak tenangkan fikiran jap.. Disamping membawa pulang hamster kesayanganku itu ke rumah.. Ada seseorang tak selesa kalau hamster tu ada.. Takpe la, biar je la.. Malas nak fikir.. Masih banyak perkara lain yang lebih penting yang perlu difikirkan, betul tak?

Kata orang, don't make your life so complicated.. Make it simple k.. Huhu.. Apa yang duk mengarut tetengah malam ni.. Haishh.. Ok la, jom tido.. Muhasabah balik, mungkin apa yang berlaku MEMANG SALAH DIRI SENDIRI..

~ Think to do something better in the future. Sesuatu yang suka dibuat, dan bukan macam terpaksa buat..


Wednesday, June 20, 2012

Dapat Mood dan Semangat Baru!!


Finally!! Rasa heppy gak la sebab dapat semangat baru sejak akhir-akhir ni.. 

Dan, sejak dah deactivate FB, rasa mood tu dah berubah jadi semakin baik dan semakin semangat nak buat kerja! So, memang berhenti seketika dari facebook adalah suatu tindakan yang baik untuk masa depan thesisku ini.. Baik tulis thesis daripada tulis kat FB buat masa sekarang.. Kan kan kannnn... ^^

FOKUS FARHA FOKUS!! 
YES.. I CAN DO IT!! 

Selamat Tinggal FACEBOOK..


Selamat tinggal rakan-rakan Facebook.. Mulai hari ini, saya ingin mengundurkan diri buat sementara waktu daripada laman sosial Facebook dan kemungkinan tidak akan meng'update' sebarang status.. Facebook saya hanya akan aktif semula setelah saya selesai VIVA master nanti, insyaAllah awal tahun depan.. Namun penulisan di blog insyaAllah masih ada.. Buat masa ini, apa-apa sahaja akan dikongsikan di blog.. Mohon doa semua.. Semoga diri ini diberi kekuatan untuk lebih fokus dalam menulis thesis, sentiasa tabah menempuh pelbagai dugaan dan dapat menyelesaikan master secepat mungkin.. Amin ya ALLAH..

Tuesday, March 6, 2012

Salam Perkhabaran.. ~




Assalamualaikom..
Salam Perkhabaran semuaa.. (Tah tatabahasa apa yang guna ni..Apa-apa je laa kan.. Hihi..~)

Actually, dah lama tak post something kat blog kesayangan ni, rindu plak kan.. Ni la post pertama tahun baru ni.. Sadis ye, bulan ke-3 baru nak post..

Hmm, bukan apa.. sebenarnya, fikiran agak berserabut dengan aktiviti harian sejak kebelakangan ni.. Sehinggakan FB pun saya dah deactivate (tapi tak tahu untuk berapa lama plak kan..)

Alhamdulillah, semenjak-dua menjak ni banyak juga benda yang berubah pada diri saya.. Rasa hepy gak la.. :)

Tapi masih banyak juga yang harus diperbaiki.. Ya, MASIH BANYAK! 

Tak perlu la nak disenaraikan apa yang dah berubah dan perlu diperbaiki tu kann.. 
Bak kata orang, tak semua benda kita boleh ceritakan, ye tak???

Saturday, August 20, 2011

The Man That Decided to Change on The 12th Hour Dies on The 11th..


"..The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.."

This is only a simple sentence.. Tapi maknanya sangat menusuk jiwa dan mendalam... Actually, rasa sangat-sangat keinsafan dalam diri ini.. Apakah ertinya hidup jika kita mati sebelum sempat bertaubat? Sebelum sempat berubah..

Thanks to HLOVATE.. 
Cerita yang dibawakan dalam CONTENGAN JALANAN sangat sampai ke hati ini..  T_T


ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH SAYANG...

Friday, July 1, 2011

Tidak akan Mengalah!! Bangunlah ~



Perjalanan hidup kian mencabar
Banyak yang diuji..
Lantas diri ini cuba bangun untuk melangkah..
Melangkah menuju redhaMu..

Namun, setiap kali melangkah aku terjatuh!
Aduh, sebegitu lemahkah diriku Ya ALLAH?
Inginku berlari ke arahMu
Namun bertatih pun sangat payah kurasakan..

Ya ALLAH, kuatkan hatiku
Kuatkan tekadku,
Kuatkan IMANku..
Jadikanlah aku SABAR dalam perjalananku menujuMu..

Walau berkali-kali ku rebah terjatuh, namun mengalah tidak sesekali!

Wednesday, June 29, 2011

Mak Cik Asiah..



Hari ni, saya bukan nak bercerita tentang mak sedara saya ye.. Bukan juga mak atau mak sedara kepada kawan-kawan saya.. Tapi ni kisah saya bertemu dengan seorang mak cik...

Macam ni, pagi tadi.. Saya rasa sangat down.. Rasa sangat-sangat sedih... Sehingga telah meng'deactivate'kan Facebook.. Rasa macam nak duk sorang-sorang je.. Then, lepas subuh.. saya bersiap-siap g jogging.. Lepas balik dari berjogging, p relau.. Tengok2 pokok terung yang baru ditanam.. Check air semua.. Ok je.. Pastu balik bilik nak siap2 p lab...

Thursday, June 2, 2011

Pengalaman Temuduga Biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM

Logo UiTM.. - UiTM di hatiku..

Ok, tiba-tiba rasa macam nak share pulak pengalaman pergi interview buat pertama kalinya.. Walaupun dah dekat dua bulan dah interview itu telah berlalu.. Huhu...

TEMUDUGA... memang betul-betul diduga la rasanya.. =p

Kisahnya begini.. Pada awal bulan 4 yang lepas.. Accuratenya, 6/4/2011.. Pukul 4.15 petang.. Mendapat satu panggilan telefon. Nombor yang tidak dikenali.

Saturday, January 22, 2011

Al-Fatihah..


Surah Al- Faatihah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ 
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tunjukkanlah diriku jalan kebenaran yang Engkau redahi.. 
Dan janganlah Engkau jadikan aku orang yang Engkau murka. 
Serta bantulah aku berakhlak mulia dan mempunyai hikmah yang tinggi..

Tuesday, December 28, 2010

Sometimes.. Its hard..


Sometimes..


It's hard to say 'No' when you really mean 'Yes'..

It's hard to close your eyes when you really want to see..

It's hard to forget when you really can't..

And the hardest is to 'Go' when you really want to 'Stay'..


Monday, November 1, 2010

'Kemerapuan' untuk DIRI dan SESAPE YANG TERASA..


Assalamu'alaikom Farhah..
Hehehe.. Boleh tak saya nak merepek sikit kat sini..
(Wat kerepek pun sodap gak.)
Kui3.. Huhu.. Nak cakap ape tah?

Hmmm..
Ok2.. Farha,
What the most important things in your life??
Apa yer.. 
Mesti la slalunya orang akan jawab.. 
ALLAH..
Ohh, itu dah semestinya!!!
Tak dapat dinafikan ALLAH yang paling penting dalam hidup kita..
Tanpa ALLAH, siapalah diriku ini.. Ye tak?

Friday, October 22, 2010

Keindahan...



Dari celahan tingkap bilikku di saujana...
Rembulan kelihatan samar-samar.
Cahayanya tidak secerah dahulu....
Walaupun begitu, ia tetap indah.. Menenangkan hati..

Ku lihat pula bangunan-bangunan di luar..
Amat indah pemandangan di waktu malam.
Tetapi indahnya lampu-lampu itu tidak mampu menandingi indahnya bulan ciptaan ilahi..
Sungguh menakjubkan ciptaanMu..

Tuesday, October 12, 2010

Rezeki Buah Terung..





Bismillah...

Saya memulakan tulisan ini dengan nama ALLAH, semoga ALLAH sentiasa membimbing saya atas segala yang saya lakukan mulai hari ini.. Sebenarnya saya tidak tahu apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat sekalian. Sudah lama saya tidak menulis di sebabkan kekangan masa dan banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini..

Kita selalu di uji... Sahabat-sahabat juga mungkin sedang melalui ujian yang getir... Mungkin ada masalah tersendiri.. Kita tidak lari daripada masalah dan ujian... Tapi, itu tandanya ALLAH sayangkan kita.. Betul tak? Sebab ALLAH nak didik kita jadi seorang yang tabah dan sabar..

Setiap kita pasti akan mengalami maslah. Tidak kira masalah perasaan, masalah keluarga, masalah kewangan, akademik, kesihatan dan lain-lain.. Sesungguhnya kita perlu menghadapinya.. Semua itu pasti menjadikan kita lebih matang dan dewasa menghadapi hidup di dunia ini. Kita kena sabar je.. Firman ALLAH:


Monday, August 16, 2010

Kurniakanlah Kekuatan Padaku Ya Allah..



Saya mencari-cari kekuatan itu.. Dimanakah ia?? Telah hilangkah ia??? Mana diri saya yang kuat??
Saya kata nak jadi seorang yang TABAH, SABAR dan KUAT...
Saya mesti dapatkannya semula... Saya tahu, kekuatan yang saya cari itu ada dalam diri ini... Bila ujian menimpa, ia akan menjelma..


Hari ini, bersamaan 6 Ramadhan 1431H, merupakan hari yang paling menguji... Seolah-olah kekuatan itu telah hilang... Tapi, mujurnya ia masih ada di situ... Masih ada dekat di hati ini... Walaupun pedih untuk mendapatkannya, Alhamdulillah saya berjaya..


Ya Allah, aku redha atas segala ketentuanMu, ketentuanMu adalah yang terbaik walaupun ia begitu menyakitkan..
Hanya Engkau yang lebih mengetahui... Namun biarlah ia menjadi suatu rahsia, yang akanku simpan sebagai kenanganku.. Hanya beberapa orang tertentu yang mengetahuinya. Pada yang lain, saya minta maaf.. Bukan bertujuan untuk mengelak atau menyembunyikan... Tapi rasanya ia lebih baik begitu.. Biarlah segalanya berlalu dengan masa... Yang penting, sabar..



Monday, June 14, 2010

Bila Terlalu Meluahkan..



Bismillah... 
Dengan namaMu Ya Allah, aku menuturkan baris ayat ini..
Aku memohon perlindungan kepadaMu dari syaitan yang sentiasa membisikkan perkara jahat kepada hati manusia..
Kau bimbinglah aku ke jalan yang Engkau Redhai..


Memang, sesungguhnya aku insan yang amat kerdil disisiMu.. Aku insan y hina dan tak punya apa2. Hanya keimanan kepadaMu yang akan menjadikan aku mulia.. Syukur padaMu Ya Allah, melalui seorang hambaMu aku ditegur atas kekhilafanku. Aku sedar, dan aku akan mencuba untuk tidak lagi banyak meluahkan perasaan pada orang lain seperti sebelum2nya.. Orang akan menganggap aku lemah. Ya Allah... Tapi, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya, kan? 


Saya berkeputusan, biarlah saya menjadi seorang yang pendiam daripada kata2 saya ini menyakiti perasaan orang lain.. BAGAIMANA MAHU MENJADI TABAH DAN SABAR ANDAI UJIAN YANG KECIL PUN SAYA MUDAH MELATAH?? TERGANGGU EMOSI?? Benar, tetapi sesiapa pun yang diuji, pasti emosinya akan terganggu.. Namun, kemampuan untuk mengawal emosi itu mungkin masih belum ada pada diri saya yang lemah ini.. Begitulah sifat perempuan, bilamana emosi terganggu, ia akan berkongsi dengan rakan2.. Baginya, itulah penyelesaian.. Masalahnya akan selesai dengan cara begitu.. Bukan bermakna ia berharap pada manusia, namun cuma melepas tekanan perasaan.. Kerana sebenarnya masalahnya bukan besar sangat pun, cuma masalah perasaan.. Dengan berkongsi dan bertukar pendapat, ia akan selesai dengn sendiri.. Namun, saya tahu mungkin cara saya salah.. Benarlah segala apa yang dikatakannya...


Benarlah juga sabda Rasulullah: 


“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam sahaja.” (HR Muslim).



Janganlah bersedih, BUKANKAN ALLAH ADALAH PERKARA PALING BESAR YANG KITA MILIKI? Ceritakan segalanya pada Allah... Semoga diberi kekuatan untuk insan seperti saya ini..


Apa2pun, saya memohon maaf pada rakan2 sekalian andai kata2 saya mengguris hati kalian.. Andai saya terlalu banyak bicara sehingga membuat kalian terluka. Semoga Allah akan mengampunkan dosa2 tersebut.. Dan menunjukkan jalan yang diredhaiNya.. 
Sahabat, doakanlah saya menjadi wanita yang baik walaupun sebenarnya saya masih belum layak untuk itu..


Terima kasih banyak kepada insan yang menegur.. Semoga Allah mengurniakan pahala yang besar disisiNya..



Friday, May 21, 2010

Minggu Yang Sangat Sibuk dan Penuh Kenangan..



Alhamdulillah dapat juga saya mengemaskinikan blog kesayangan ni. Baru sedap sikit mata memandang setelah ditukar 'template' dan 'background' yang baru.. Huhu..

Hmmm... Dah lama juga tak menulis ya.. Al maklum la, sibuk dengan hidup sebagai final year student.. Namun, segalanya telah berakhir sekarang. Bermula dari 21 April yang lepas, hidup saya agak kelam kabut sikit. Sebab waktu exam saya ialah daripada 21 April hingga 3 Mei.. 


Namun, pada 3 Mei, setelah penat memerah otak menjawab exam, saya masih tak boleh merdeka lagi. Sebab..... Minggu seterusnya ialah VIVA, iaitu perbentangan projek tahun akhir. Disinilah bermula cabarannya.. Malam sebelum VIVA tu baru saya siapkan slide power point.. Sempat la berlatih  tiga empat kali.. Esoknya 11 Mei saya tawakal je la..

Pukul 9.20 pagi, saya present.. Alhamdulillah segala-galanya lancar.. Banyak sangat soalan  yang ditanya oleh Dekan, yang juga pemeriksa thesis saya.. Huhu.. Maybe dalam enam atau tujuh soalan jugak la... Hmm.. Rasanya ok ler kot..(Sebab nampak kepala dekan duk angguk2 je...Hehe.. Hentam sajalah...)..


Saturday, April 17, 2010

Masalah?? Masalah Apa Tu Yer..


Sebenarnya.................
Bukan senang untuk kita berubah.. Ikhlas kerana Allah.
BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK. Kan? Betul tak?
Mengungkapkan memanglah senang. Tapi praktikalnya.. Amat susah!!
Bukanlah saya mengatakan bahawa ia adalah mustahil..

Tak..
Tapi cabaran untuk berubah amat susah..
Hanya boleh ditempuh oleh orang yang betul-betul bertekad dan mempunyai azam yang kuat serta melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Saya mengatakan demikian setelah melaluinya sendiri.. Juga setelah mendengar luahan hati kawan-kawan saya yang sering mengadu mengenai masalah yang di alami. Saya juga, baru sahaja pulih dari rasa sedih (yang tak boleh diceritakan kenapa). Saya juga manusia biasa yang tak lari dari perasaan macam tu.


Saturday, April 10, 2010

Alhamdulillah.. Bahagianya Hidup Ni..



Pertama-tama sekali, saya memanjatkan stinggi-tinggi rasa syukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan rahmat Allah,  saya masih lagi diberi peluang menulis sesuatu di blog ni.. Agak lama juga tidak menulis. Cuma sempat post beberapa artikel yang dipetik dari blog-blog yang lain.

Semalam, tarikh keramat 9 April 2010 menjadi hari yang paling melegakan. Kenapa? Sebab  saya telah berjaya menghantar Thesis untuk projek tahun akhir (Diversity of Diptera Larvae in Selected Streams of Royal Belum State Park). Walaupun thesis tu tidaklah sebaik mana, namun  saya telah buat apa yang termampu untuk menyiapkan thesis tersebut. Setahun hidup saya kusut dan tidak tentu arah bila memikirkan thesis.. Tapi semalam, lega rasanya apabila ‘amanah’ yang ditanggung tu telah dilepaskan separuh, sebab lepas ni masih ada VIVA untuk thesis tu. Apa-apa pun saya ingin melupakannya buat sementara waktu ni. Alhamdulillah... Alhamdulillah... 

Yang penting, thesis dah dihantar.  Saya tak tahu macam mana nak lafazkan betapa saya bersyukur sangat sebab ALLAH telah permudahkan segala-galanya. 

Pada waktu menyiapkan thesis tu, 2 minggu  saya tidak terurus dari segi tidur.. Hidup dah serabut.. Tidur Cuma 2-3 jam dan kemudian bangun semula.. Yang ada dalam kepala hanya THESIS.. Huhu.. Hampir-hampir saya demam semalam. Tapi dalam keserabutan ketika tu,  saya rasa keadaan saya amat bahagia. Saya tiada perkara lain yang mengganggu fikiran, kecuali thesis.. Hati  saya tenteram, Alhamdulillah.. Dibandingkan dengan kawan-kawan  saya yang lain, yang mempunyai masalah yang lain semasa menyiapkan thesis tu, saya rasa saya amat bertuah. Ada kawan yang diuji dengan laptopnya rosak, dan sebahagian thesisnya yang hampir siap telah hilang. Terpaksa buat semula. Ujian.. Bersabar ye.. ALLAH takkan uji seseorang melebihi kemampuannya.. ALLAH tahu dia dapat hadapi, sebab tu ALLAH uji..

Ok, berbalik pada cerita thesis tadi, slepas je siap thesis pada pukul 12.05 tengah hari, hari Jumaat (9 April 2010),  saya bersama sama dengan roomate kesayangan telah pegi ke kedai untuk print. Hehe.. MasyaALLAH, kedai tu penuh dengan student-student Biologi tahun akhir yang juga nak hantar thesis. Setelah 2 jam kat kedai tu, maka selamatlah  saya buat 3 copy salinan thesis. Dua untuk diberi pada pejabat dan 1 untuk simpanan diri sendiri.. Terima kasih kepada roomateku, Shazwani Shaikh Bokhdi sebab sanggup menunggu diriku ini selama sejam lebih semasa proses mem’print’ tersebut. Then, kami pegi ke pejabat School BIO dan dengan bangganya menandatangani senarai nama penghantar thesis.. (Ingat nak tangkap gambar skali masa tu. Boleh wat kenangan dan cakap kat anak-anak nanti: “Tengoklah, ni masa mak nak hantar thesis dulu ni.. Kalau tak, takdenyer mak bleh grad..” Huhu..) Tapi disebabkan malu nak wat camtu, maka gambar tersebut pun tak diambil.. Hik3.. Maka, selepas tu thesis kami bagi pada orang yang paling femes kat Pejabat tu. KAK NORIAH! T.Q ye Kak Noriah..

Yes! Thesis have been submitted!! Terasa ringan je hati waktu tu. Kalau la saya ada sayap, dah lama saya terbang ke langit... Huhu.. Bawa motor balik ke desa dengan heppynya.. Macam nak terpelanting je Wani yang kat belakang.. Huhu.. Tak dapat nak cakap la perasaan masa tu.. =)

Waktu malam pulak, saya nampak kawan-kawan dengan gelagatnya masing-masing. Ada yang masih bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja, ada juga yang meraikan dengan kawan-kawan kat luar, makan-makan dan sbagainya.. Tapi malam tadi saya buat apa?? Hehe.. lepas je hantar Wani ke stesen bas Sg.Nibong.. Saya TIDUR!! 

Hal yang paling best selepas selesai segala tekanan.. Tentulah tidur, ye tak? Bila tidur, badan yang letih selama ni akan dapat berehat.. Sebagai seorang muslim, kita juga kan dituntut untuk menjaga hak-hak tubuh kita. Tak gitu?? Selepas tidur yang betul-betul nikmat, maka dapatlah saya bangun dan buat apa yang patut.. Dan mood untuk menulis blog pun tiba... Hehe.

Semalam, Wani ada cakap, “Wah Farhah, double joy la ye?”

”Hehe.. takla, aku dah triple joy dah rasanya.. Dah la hati gumbira, pastu dapat hantar thesis on time, pastu yang paling best dapat balik rumah!. Dah 2 bulan tak balik ni..”

Hehee... Jangan jeles ya kawan-kawan.. Pastu bila terserempak dengan kawan-kawan, ada yang tegur..

“Wah Farhah.. Heppy nampak! Berseri-seri je..” 

Hehe.. Biasa la kan.. saya merasakan betapa indahnya hidup ni. Segala nikmat yang Allah bagi.. Namun kita sebagai manusia biasa selalu je terlupa kan?? Ye tak? Apapun, tujuan asal saya menulis ni adalah sebab saya rasa saya perlu meluahkan sesuatu.. Meluahkan kegembiraan ni. Supaya saya ingat selalu yang saya pernah merasakan kebahagiaan ni. Saya tak nak suatu hari nanti bila ditimpa masalah, saya hanya berfikir yang hidup ini penuh dengan masalah je. Saya tak nak macam tu. Biarlah apa yang saya coretkan disini menjadi satu kenangan.. Kenangan yang membahagiakan dan juga sebagai satu peringatan.. At least jika saya sedih saya akan ingat yang saya dulu pernah merasakan bahagia. (Cewah2.. mula dah nak jiwang pulak ni..) 

Sebab...  Saya bertekad mulai hari ni, detik ni, pada pagi 10 APRIL 2010, NUR FARHAMIZAH BT ASKARALI akan berubah.!! Berubah untuk menjadi lebih baik.. Saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya akan berusaha mendisiplinkan diri dan membentuk jiwa, sentiasa muhasabah dan bermujahadah.. (Bak kata Dr. Shakirah, Pensyarah subjek Nilai-nilai Murni dari Perspektif Islam yang saya ambik sem ni..) Ops! Hadiah lupa pulak nak g ambik.. Mintak maaf yer Dr. =)

Hmm.. Saya rasa bahawa hidup kita ni cuma sekejap je kan? Teringat semula 2 orang kawan  yang telah terlebih dahulu meninggalkan dunia ni.. Sorang masa saya form 3 dan sorang lagi tahun ni.. MATI tak mengira usia.... Macam mana yer kalau la ALLAH cabut nyawa kita sekarang?? Ishh.. takut pulak memikirkan.. Bye-bye kepada kawan-kawan, kerjaya, kekasih hati, mak ayah, harta kekayaan, pangkat, dan lain-lain.. Tapi bukankah orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati? Yang sedikit tertawa?? Sebab bila kita ingat mati, ia akan mengurangkan keghairahan dan ketamakan kita pada hal-hal duniawi. 

Hmmm... rasanya cukuplah saya berceloteh stakat ni.. Saya amat mengharapkan bantuan dan dorongan daripada kawan-kawan untuk membantu diri ini dan diri anda sendiri untuk berubah! Berubah menjadi lebih baik kerana tiada orang yang sempurna di dunia ni..

Wallahu’alam..

- Farhah -