Alhamdulillah dapat juga saya mengemaskinikan blog kesayangan ni. Baru sedap sikit mata memandang setelah ditukar 'template' dan 'background' yang baru.. Huhu..
Hmmm... Dah lama juga tak menulis ya.. Al maklum la, sibuk dengan hidup sebagai final year student.. Namun, segalanya telah berakhir sekarang. Bermula dari 21 April yang lepas, hidup saya agak kelam kabut sikit. Sebab waktu exam saya ialah daripada 21 April hingga 3 Mei..
Namun, pada 3 Mei, setelah penat memerah otak menjawab exam, saya masih tak boleh merdeka lagi. Sebab..... Minggu seterusnya ialah VIVA, iaitu perbentangan projek tahun akhir. Disinilah bermula cabarannya.. Malam sebelum VIVA tu baru saya siapkan slide power point.. Sempat la berlatih tiga empat kali.. Esoknya 11 Mei saya tawakal je la..
Pukul 9.20 pagi, saya present.. Alhamdulillah segala-galanya lancar.. Banyak sangat soalan yang ditanya oleh Dekan, yang juga pemeriksa thesis saya.. Huhu.. Maybe dalam enam atau tujuh soalan jugak la... Hmm.. Rasanya ok ler kot..(Sebab nampak kepala dekan duk angguk2 je...Hehe.. Hentam sajalah...)..