Sunnah Rasulullah adalah sumber kedua yang terpenting dalam memahami Islam setelah Al-Quran.. Memahami sunnah yang sebenarnya wajib bagi kita umat Islam. Apabila kita mempelajari dan memahami, henndaklah kita beramal dengannya. Hal ini bukanlah senang tetapi menuntut pengorbanan yang tinggi. Banyak halangan dan rintangan terpaksa kita tempuhi bagi memperjuangkan kebenaran pada akhir zaman ini. Yang betul dikata salah... Yang salah pula diterima secara membuta tuli dan dianggap sebagai sesuatu yang betul..
Firman Allah :
"..Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.." (Surah An-Nisa', 4: 59)
Kembali kepada sunnah yang sebenarnya dan membersihkannya daripada sebarang unsur bid'ah merupakan tanggungjawab berat yang perlu dipikul bagi menyelamatkan diri dan juga umat seluruhnya..
"Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk rasulullah, seburuk-buruk perkara adalah tambahan dalam agama, dan setiap tambahan dalam agama adalah bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu adalah sesat, dan setiap yang sesat, maka tempatnya dineraka.."
Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam melakukan sesuatu amalan, kerana ditakuti kita hanya taklid secara membuta tuli tanpa menyelidiki dan mengkajinya terlebih dahulu samada ia benar-benar menepati al-Quran dan Sunnah ataupun tidak. Walaupun ilmu di dada masih kurang, namun tiada salahnya untuk kita belajar memahaminya, bahkan ia adalah perkara yang sangat baik untuk menambah ilmu tentang islam.. Bukanlah semata-mata mempelajari ilmu akademik sahaja tanpa mempedulikan hal-hal lain sepertimana yang banyak berlaku pada masyarakat sekarang..
Semoga, kita dapat bersama-sama membangun dan menghidupkan semula sunnah rasulullah di zaman yang penuh dengan dugaan ini.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment