Alhamdulillah dapat juga saya mengemaskinikan blog kesayangan ni. Baru sedap sikit mata memandang setelah ditukar 'template' dan 'background' yang baru.. Huhu..
Hmmm... Dah lama juga tak menulis ya.. Al maklum la, sibuk dengan hidup sebagai final year student.. Namun, segalanya telah berakhir sekarang. Bermula dari 21 April yang lepas, hidup saya agak kelam kabut sikit. Sebab waktu exam saya ialah daripada 21 April hingga 3 Mei..
Namun, pada 3 Mei, setelah penat memerah otak menjawab exam, saya masih tak boleh merdeka lagi. Sebab..... Minggu seterusnya ialah VIVA, iaitu perbentangan projek tahun akhir. Disinilah bermula cabarannya.. Malam sebelum VIVA tu baru saya siapkan slide power point.. Sempat la berlatih tiga empat kali.. Esoknya 11 Mei saya tawakal je la..
Pukul 9.20 pagi, saya present.. Alhamdulillah segala-galanya lancar.. Banyak sangat soalan yang ditanya oleh Dekan, yang juga pemeriksa thesis saya.. Huhu.. Maybe dalam enam atau tujuh soalan jugak la... Hmm.. Rasanya ok ler kot..(Sebab nampak kepala dekan duk angguk2 je...Hehe.. Hentam sajalah...)..
Lepas je habis sesi VIVA, Dekan pusat pengajian sains kajihayat tersebut, Prof Abu Hassan Ahmad selaku pemeriksa thesis saya dan isterinya Dr Che Salmah Md Rawi selaku penyelia saya ajak saya dengan kawan saya, shikin g makan kat bilik makan lecturer.. (Bestnya...Hehe.. Makan mee goreng + Air teh + benkang ubi + cucur badak..)
Tapi, final projek tak berakhir di sini..
Malam tu, saya dan kawan2 yang lain bertungkus-lumus membetulkan thesis.. Sebab esok kena tunjuk kat penyelia. Lepas penyelia puas hati, baru boleh hantar untuk dijilidkan.. Maka, hari Rabu tu sibuk la dengan aktiviti memprint thesis..
Khamis pagi pulak, saya ada meeting dengan Pusat Islam, bersama rakan-rakan lain untuk jadi fasi bagi prorgam BENGKEL KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM (BKPI) sekolah2 Pulau Pinang yang akan berlangsung keesokannya, hari Jumaat hingga Ahad.. Ingatkan meeting tu skejap je, rupa-rupanya 3 jam lebih.. Saya pun keluar la sekejap untuk hantar thesis ke kedai, sebab takut tak sempat nak hantar thesis untuk dijilidkan.. (Sebab penjilidan thesis selalunya memakan masa 3 hari).. Hari Isnin minggu depan tu hari last submit thesis..
Hari Jumaat pagi, saya jumpa pensyarah saya, Dr Mohd Nizam Sahad.. (Saya selalu panggil ustaz je. Sebab dia ajar subject Pengajian Islam saya..) Saya kerja dengan ustaz dan dikenali sebagai SA.. Student Assistant..(Sudah hampir 2 tahun rasanya..) Tapi saya bukan Research Assistant (RA) lagi sebab masih belum graduate.. Pagi tu, saya, ustaz dan seorang lagi SA ustaz iaitu Abdullah Abd Razak mengubahsuai bilik Dr agar muat untuk 3 orang.. Hehe.. Tak banyak kerja yang kami boleh lakukan hari tu.. Sebab petang Jumaat tu, kami terlibat pula dengan program BKPI tersebut.. Rasa bersalah sangat pada ustaz sebab kerja-kerja ustaz pun belum disiapkan lagi.. Maafkan saya ya ustaz..
BKPI bermula pukul 4 petang. Tapi para fasilitator masing-masing sibuk menguruskan persiapan sebelum adik2 form 4 datang mendaftar.. Best sebab kawan-kawan rapat saya ada bersam-sama masa program tersebut.. (Kak Kartina dan Kak Masyitoh... Kalian memang menghangatkan suasana!!) BKPI berjalan dengan lancar selama 3 hari 2 malam.. Kami dan adik2 peserta ditempatkan di Desasiswa Bakti Permai.. Best sangat!! Saya rasa, saya la akak fasi yang dapat paling ramai anak buah.. 13 Orang semuanya.. Harap, masih dapat berhubung dengan adik2 semua dan semoga berjaya dalam SPM, hidup di dunia dan akhirat.. Apapun, kenangan BKPI kali ni takkan saya lupakan seumur hidup, sebab terasa kemanisannya (Hehe...Rahsia ni..)
Setelah tamat program ahad petang tu, satu lagi masalah menimpa diri... Saya terpaksa berpindah bilik petang tu juga sebab tempoh penginapan di desasiswa Tekun telah tamat.. Namun, apakan daya, badan yang letih tidak membolehkan saya untuk berpindah keluar.. Malam tu, dengan ditemani kawan saya, Nor Ain, saya mengemas barang2.. Namun, keesokkan paginya ada orang dari pejabat datang dan mengetuk pintu bilik.. Alamak!! Betapa cuaknya saya masa tu.. Tapi nasib baik kami dah angkut semua barang turun ke bawah.. Dan orang yang ketuk pintu tu pun takde la kata apa2,.. Fuhhh.. lega..
Pagi isnin, saya dan Ain sam-sama menghantar thesis kami.. Saya hantar 3 copy thesis yang berjilid kepada kak Noriah dan 1 untuk diri sendiri.. Alhamdulillah.. Sudah selesai...
Hari selasa saya berjumpa dengan Prof Mashhor. Hehe, tak sangka prof baik juga ya.. Saya perlu mendapatkan tandatangan Prof untuk menghantar thesis kawan saya yang ketika itu sudah berada di Mekah.. Dia minta saya tolong hantarkan.. Semalam, hari isnin, saya ada juga cari Prof. Tapi tak jumpa.. Yang jumpanya orang lain. Student PhD Prof Mashhor dari Iran.. Dia minta tengok saya punya thesis... Fuh, berbelas-belas soalan dia tanya, memang nak menguji betul.. Dalam hati saya kata.. "Wahhh.. ni tanya soalan mengalahkan aku punya VIVA ni.. Prof Abu pun tanya aku enam soalan je.. Huhu...."
Tapi yang bestnya last skali dia ucap tahniah dan tanya samada saya nak sumbung master atau tak.. Hmm... Mungkin.. Ia masih dalam perancangan. Buat masa sekarang, saya nak habiskan kerja2 ustaz dulu, dan menulis untuk hasilkan buku "SOALNYA HATI".. Kawan-kawan doakanlah yer...
Dan, yang terakhirnya, mungkin minggu depan, selasa, saya akan berpindah lagi bersama-sama dengan shikin (yang buat satu projek dengan saya masa FYP dulu tu..) Kami akan berpindah ke U-Height, yang terletak depan USM memandangkan status kami sebagai undergraduate student akan 'gugur; tak lama lagi..
Harap2 semuanya O.K... =)
2 comments:
Assalamu'alaikum Farha..
hehehe...meriah la blog u..
awat setiap kali aku bace post ko aku rase senang hati ek???hehe=)
neway,aku nk terjah umah ko nanti...tp bln July la..hehe
Selamat berjuang di bumi Penang tu..aku kt umah,jgn jeles..hehe
K,semoga berbahagia bersama .... di sana..(^_^)v
-Ummu Fauzan 'Audah_
Oh.. Meh la meh..
Aku taktau lg bln 6 ni jadi ke tak g umah ko..
Kalau ada orang temankan, aku p la.
Sebab ayah aku tak bg rasanya aku g Sg. Buloh sorang2..
Post a Comment