Bismillah...
Saya memulakan tulisan ini dengan nama ALLAH, semoga ALLAH sentiasa membimbing saya atas segala yang saya lakukan mulai hari ini.. Sebenarnya saya tidak tahu apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat sekalian. Sudah lama saya tidak menulis di sebabkan kekangan masa dan banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini..
Kita selalu di uji... Sahabat-sahabat juga mungkin sedang melalui ujian yang getir... Mungkin ada masalah tersendiri.. Kita tidak lari daripada masalah dan ujian... Tapi, itu tandanya ALLAH sayangkan kita.. Betul tak? Sebab ALLAH nak didik kita jadi seorang yang tabah dan sabar..
Setiap kita pasti akan mengalami maslah. Tidak kira masalah perasaan, masalah keluarga, masalah kewangan, akademik, kesihatan dan lain-lain.. Sesungguhnya kita perlu menghadapinya.. Semua itu pasti menjadikan kita lebih matang dan dewasa menghadapi hidup di dunia ini. Kita kena sabar je.. Firman ALLAH:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.. (Surah al-Baqarah, 2 : 155)
Tadi, saya betul2 perlukan duit untuk makan sementara ayah saya memasukkan duit di dalam bank untuk saya.. Sesungguhnya saya amat malu untuk minta pada ayah. Tapi, apakan daya, saya beritahu juga pada ayah yang saya perlukan duit untuk bayar sewa bilik, makanan dan lain-lain sementara duit gaji RA akan masuk bulan depan..
Jadi, tadi saya berfikir bagaimana mahu mendapatkan duit untuk makan? Kemudian, apabila berada di Pusat Pertanian Relau, saya terfikir untuk jual sedikit drp terung2 yang saya tanam kat situ.. Kawan saya Nor'ain temankan time tu.. Lepas kutip buah terung, kami jual kat tempat biasa, iaitu kat Khaleel.. Tak sempat lagi nak turun motor, abang2 Khaleel tu dah kenal saya... Hehe.. Maklumlah, 'Gadis Penjual Terung'.. Kih3.. Lawak plk... Tapi terung tadi dalam 3 kg je.. Slalunya saya jual 10-12 kg tiap2 minggu.. Duit hasil jualan terung tu dapat la beli nasi dan air.. Alhamdulillah, dah kenyang pun saya makan.. Tu namanya rezeki dari ALLAH, kan?
Saya rasa amat bahagia bila dapat berdikari mcm tu.. Ia menjadikan saya rasa tenang dan lebih berani..
Semoga ALLAH sentiasa kuatkan hati saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk menghadapi sebarang masalah dlm hidup. Sesungguhnya ALLAH takkan mengainayai kita.. DIA sekadar ingin menguji... ALLAHUAKBAR!!
- Sekadar Perkongsian -
No comments:
Post a Comment