Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Wednesday, April 6, 2011

Ujian Itu Memperkuat Hati..



Oleh: Nur Farhamizah Askarali

Kita sering di uji, kan? Tak kiralah ujian tu besar atau kecil.. Pasti ada saja ujian yang menimpa.. Pedihnya hati akibat diuji itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.. Namun, siapalah kita hendak menyingkap tabir kekuasaan dan hikmah ALLAH kepada kita?

ALLAH memberi ujian untuk membuatkan hati kita bertambah kuat.. Supaya kita sentiasa ingat kepadaNya.. Jika tidak, kita akan terus terleka dengan angan-angan dunia kita sendiri..


Ya ALLAH, janganlah Engkau menimpakan keatasku ujian yang tidak sanggup aku memikulnya Ya ALLAH.. Aku hambaMu yang lemah...

Bila diri menghadapi saat-saat sedih sendirian, siapakah yang dapat membantu? Tiada.. Sahabat karib hanya mampu mendengar, orang tersayang hanya mampu bersimpati.. Tetapi, ingatlah wahai diri, HANYA ALLAH sahajalah yang mampu membantu dan memperbaiki keadaanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya..

Kembali merenung keadaan diriku 10 tahun dahulu.. Aku hanyalah seorang gadis yang tak mengenal apa-apa.. Pelajaran agama hanya setakat yang diajar di sekolah sahaja.. Namun, ALLAH telah banyak mengujiku dari sehari ke sehari sehinggakan aku terasa bagai tidak mampu bangun kembali.. Aku merasakan hampir berputus asa.. Keadaanya sangat pedih dan azab!! Sungguh menyakitkan bila diuji dengan perasaan, perhubungan dan kepercayaan..

Kini, aku tak sangka segala detik yang pedih itu berlalu begitu sahaja dan menjadikan diriku bertambah matang menghadapi hidup ini.. Aku mula mendekati ALLAH, aku mencari ilmu-ilmunya.. Ku beli berpuluh-puluh buah buku agama.. Terasa bagaikan diri ini dirasuk untuk terus membaca.. dan akhirnya! Aku berubah.. Kerana ujian itu.. Ia adalah permulaan untukku berubah menjadi lebih baik..

Tanpaku sedari Ya ALLAH, UjianMu itulah yang telah memperkuatkan hatiku ini.. Menjadikan aku bertambah dekat denganMu.. Ku harap, ujian yang ku hadapi dan bakal ku lalui akan menjadikan diriku lebih kuat.. Ameen Ya ALLAH...

No comments: