Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.
Wednesday, June 29, 2011
Mak Cik Asiah..
Hari ni, saya bukan nak bercerita tentang mak sedara saya ye.. Bukan juga mak atau mak sedara kepada kawan-kawan saya.. Tapi ni kisah saya bertemu dengan seorang mak cik...
Macam ni, pagi tadi.. Saya rasa sangat down.. Rasa sangat-sangat sedih... Sehingga telah meng'deactivate'kan Facebook.. Rasa macam nak duk sorang-sorang je.. Then, lepas subuh.. saya bersiap-siap g jogging.. Lepas balik dari berjogging, p relau.. Tengok2 pokok terung yang baru ditanam.. Check air semua.. Ok je.. Pastu balik bilik nak siap2 p lab...
Masa kat bilik air mak cik ni tegur saya..
"Takpe ke mak cik nak cuci bilik ayaq ni? Tak ganggu ka?
"Eh, takpe makcik.."
"Orang mana? Kelantan ka?"
"Saya orang perlis makcik.."
"Ohh.. mak cik ingatkan orang kelantan.. Sebab ramai orang kelantan kat sini..."
Dan seterusnya.. Banyak kami berbual.. Tak sangka makcik tu sorang yang sangat ramah.. Tanya nama, berborak pasal family dan lain2..
Mak cik tu namanya ASIAH.. Baik sangat.. Dia siap ajak p rumah.. Dan siap nak bagi buah durian lagi kat depan bilik saya.. Entah kenapa.. Orang luar, kadangkala lebih ramah dan mesra berbanding orang yang kita kenal..
Semasa nak berpisah dengan Makcik Asiah, saya salam dan cium tangannya.. Dan dia mencium pipi saya.. Terasa syahdu.. Alangkah bahagia sesiapa yang ada ibu sepertinya.. Dia hanya mempunyai seorang anak lelaki berusia 24 tahun.. Katanya, dia sangat suka jika ada anak perempuan...
Hmm.. Saya sangat cemburu dengan anak makcik Asiah.. Bertuah ada seorang ibu yang peramah, baik dan penyayang macam dia.. Antara ramai2 makcik yang pernah saya kenal.. Makcik Asiah adalah yang terbaik...
Semoga makcik bahagia ya makcik.. Terima kasih sebab gembirakan hari saya hari ni... ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment