Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Wednesday, August 8, 2012

Popia Nestum


Assalamualaikom.. Resepi kali ni adalah resepi popia nestum yang sangat-sangat simple dan mudah untuk dibuat.. Balik cuti Nuzul Quran yang lepas, sempat jugak buat sikit, dalam 3 bekas kecik... Nanti raya insyaAllah nak buat lagi.. Wajib ni! Sangat sedap dimakan terutama ketika menonton atau tengah stress buat kerja.. Hehe.. Tapi tak elok juga makan berlebihan sebab popia Nestum ni sangat manis..


Bahan-bahan:
Susu tepung (Brand apa pun tak kisah)
Nestum (Nestle)
Gula halus
Kulit popia
Tepung Gandum (Sebagai pelekat)

Cara-cara:
1. Gaulkan susu tepung, nestum dan gula sehingga sebati. Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehinggga betul-betul halus. Simpan dalam bekas kedap udara. Ketepikan sebentar.
2. Setelah itu, gulung kulit popia sekeping demi sekeping, bermula dari bucu segitiga..
3. Sapukan sedikit tepung gandum yang sudah dibancuh dengan air pada hujung gulungan kulit popia tersebut. Ia penting sebagai 'gam' supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.
4. Kemuadian, gunting kulit popia yang dah digulung tu secara menyerong.
5. Goreng dengan menggunakan api sederhana.
6. Selepas digoreng, toskan dan gaulkan bersama bahan-bahan yang dah dikisar tadi sehingga rata.

7. Setelah siap, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara..

Tambahan: 

Popia ni jugak lagi sedap jika dicampurkan horlick sekali bersama-sama nestum, gula dan susu tepung.... Cubalah.. :)

No comments: