Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Monday, June 10, 2013

I Need Someone.. I need you my friends.. :(



Bismillah..

Dah lama tak update pasal diri sendiri.. Entah macam nak tulis something pulak hari ni.. Sebenarnya takde pape sangat pun.. Cumanya, rasa diri semakin teruk..

Ye lah, dah takde kawan-kawan yang selalu bincang pasal hal-hal agama, macam dulu-dulu.. Takde kawan yang nak ingatkan, nak tegur.. Iman pun rasa macam lemah sesangat! Yup, sangat lemah.. Kadang-kadang naik sekejap iman tu.. Pastu, bila sibuk dengan urusan seharian, thesis dsb.. Diri jadi alpa.. Bahan-bahan ilmiah pun dah kurang dah baca, kuliah-kuliah online pun dah jarang dengar.. Memang rasa teruk sangat skarang ni..

Sebenarnya, tiap-tiap hari terfikir, 'aku kena berubah', 'aku nak berubah jadi lebih baik'.. Tapi, esoknya semua tu hanya tinggal kata-kata yang terpendam dalam hati..

Dah elok dah set dalam hati, 'aku nak solat awal waktu'.. 'aku nak bangun tahajjud'.. 'aku nak solat subuh awal, dan kalau boleh solat sunat sebelum subuh sekali..', 'aku nak jadi rajin',dan lain-lain..

Tapi.... susah sangat nak disiplin semua tu tiap-tiap hari.. Cuma kadang-kadang je boleh.. Entah la.. Nak sangat jadi wanita yang baik, yang solehah, kemas, bersih, sopan santun, solat awal waktu, konsisten baca Al-Quran tiap-tiap kali lepas solat, bangun tahajjud... Yang boleh konsisten tiap-tiap hari jadi wanita yang baik.. Yang jaga pandangan, cakap perkara-perkara yang penting sahaja.. Yang tak bertangguh kerja dan sebagainya..

Harap-harap lepas ni saya dapat buat yang lebih baik.. Doakanlah ye kawan-kawanku sekalian.. Jika ada yang tak kena tu, tolong la tegur ye.. Tolonglah post something yang dapat mengingatkan tentang agama, kat FB dan sebagainya.. Supaya saya tak leka.. I NEED SOMEONE TO REMIND ME..

Please... I miss you my friends.. Rindu sangat masa tengah program dulu.. Rindu dengan persekitaran yang penuh dengan majlis ilmu.. :(

Rasanya setakat ni dulu la kott.. Ni la sebabnya kenapa dah lama tak update blog.. Rasa diri ni tak layak nak tulis untuk orang lain baca, sebab diri ni pun tak seperti mana..

1 comment:

Zalikha Mohd Noor said...

Salam,
situasi di atas sama seperti apa yg sy rsakan,,susah sgt,,,kdg2 rsa aku nk berubah,tpi esok2 lagha,ntahla,,tetepkan lah imanku ya Allah,salam perkenalan