Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul...???


Oleh : Fadlan Mohd Othman

Dalil Menyambut Maulid
Semasa saya menghadiri satu solat jenazah di Pertubuhan Kebajikan al-Khaadem malam tadi, sejurus selesai pelaksanaan solat, datang seorang lelaki bertanya tentang dalil menyambut maulid. Beliau mengatakan ada di kalangan para ustaz yang mengatakan sambutan maulid mempunyai dalil daripada hadith Nabi s.a.w. Dalil tersebut ialah hadith di mana Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasanya pada hari Isnin lalu Baginda menjawab,
“Pada hari itu aku dilahirkan…”
Tiba-tiba perbincangan kami terputus kerana perbualan dan sapaan daripada jemaah lain. Apabila pulang, teringat saya kepada persoalan itu.



Justeru, saya rasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini seperti berikut:
Pertama sekali, tentang dalil menyambut memang ada iaitu hadith berikut: Bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka baginda bersabda,
“Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.”
Kedua, berkenaan dengan pendalilan ataupun cara menggunakan dalil yang sahih itu.
Perkara ini ada dua sudut iaitu sudut betul dan sudut salah:

Adapun sudut betul:
Sekiranya kita ingin menyambut kelahiran Nabi s.a.w. adalah dengan amalan yang terdapat dalam hadith itu iaitulah berpuasa pada hari Isnin.

Berkenaan sudut salah:
Ialah apabila hadith itu digunakan untuk amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu. Antara amalan yang tidak terkandung dalam hadith itu ialah perarakan dan pembacaan puisi yang tidak berdasarkan maklumat ilmiah bahkan terdapat di dalamnya kenyataan-kenyataan yang menyalahi asas-asas ilmiah bahkan menyalahi logik akal yang sihat.

Perhatian: Adapun ceramah yang diadakan khusus apabila datangnya bulan Rabi‘ul Awwal, apabila kita lihat dengan teliti, kita akan dapati ceramah-ceramah itu adalah pada asalnya ceramah yang bersifat rutin yang tetap akan dilaksanakan juga pada bulan-bulan lain. Cuma, ceramah-ceramah itu bersifat istimewa disebabkan keistimewaan sambutan Maulid di Negara ini. Justeru, apapun tanggapan pendakwah samada sambutan itu sesuai ataupun tidak, tetap para pendakwah harus mengisi pelawaan ceramah-ceramah itu dengan pengisian yang ilmiah.

Janganlah diisi ceramah-ceramah itu dengan huraian tentang Nur Muhammad yang hanya berasaskan hadith palsu!

Di samping itu, hendaklah para pendakwah menekankan perihal ikutan terhadap Rasulullah s.a.w. dan penolakan terhadap amalan-amalan baru dalam Islam yang menyalahi sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga mendapat manfaat..
Sumber:

No comments: