Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Thursday, January 27, 2011

Cinta Kepada Allah & Ibadah


Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi


Ada apa antara cinta dengan ibadah?

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata:

“…Pokok semua amalan adalah kecintaan. Seorang manusia tidak akan melakukan amalan/perbuatan kecuali untuk apa yang dicintainya, boleh berupa keinginan untuk mendapatkan manfaat atau demi menolak madharat. Apabila dia melakukan sesuatu; maka boleh jadi hal itu terjadi kerana untuk mendapatkan sesuatu yang disenangi seperti makanan, atau kerana sebab luar yang mendorongnya seperti memakan ubat.

Adapun ibadah kepada Allah itu dibangun di atas kecintaan, bahkan ia merupakan hakikat/inti daripada ibadah. Sebab seandainya kamu melakukan sebentuk ibadah tanpa ada unsur cinta nescaya ibadahmu akan terasa hampa tak ada ruhnya sama sekali padanya…” (al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid [2/3] cet. Makt. al-’Ilmu)

Monday, January 24, 2011

Cemburulah! Namun, berhati-hatilah dengan cemburumu itu..


Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah

Jeles.. jeles..

"Wehh.. aku jeles la dengan budak pempuan tu... Cantik je dia kan? Mesti ramai peminat..."
"Aku cemburu tengok dia.. Asyik study jer.."
"Aku jeles la kat ko.. Apesal ko baik sangat? Dah la sopan pulak tu..."

CEMBURU

Kenapa kita selalu berasa cemburu pada orang lain?
Apa yang menyeabkan kita cemburu sebenarnya?

Sunday, January 23, 2011

Kursus Asas Ulum Al-Quran (28 - 30 Januari 2011)

Assalamu'alaikom.. Di sini ada pengumuman.. 


Satu kursus asas Ulum al-Quran akan diadakan di Institut Al-Qayyim Bukit Mertajam. Bayaran dan lain-lain maklumat boleh lihat kat poster di bawah ini:


Saturday, January 22, 2011

Al-Fatihah..


Surah Al- Faatihah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ 
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tunjukkanlah diriku jalan kebenaran yang Engkau redahi.. 
Dan janganlah Engkau jadikan aku orang yang Engkau murka. 
Serta bantulah aku berakhlak mulia dan mempunyai hikmah yang tinggi..

Friday, January 21, 2011

Akhlak Mulia Rasulullah..


Penulis : Ummu Salamah Nur Farhamizah

Bismillah..

Pasti kebanyakan kita sudah mengatahui hal ini, bahawa Rasulullah S.A.W mempunyai akhlak yang sangat mulia..  Namun, sejauh manakah kita mengatahui apakah akhlak mulia Rasulullah dalam hadith-hadith sahih? Dan apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang perlu dihindari untuk mempunyai akhlak yang mulia?

Mari kita lihat dan hayati serba sedikit hadith-hadith mengenai akhlak Rasulullah:

Firman Allah:

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) betul-betul di atas akhlak yang agung.” 
(QS. Al-Qalam: 4)

“Sungguh telah ada bagi kalian suri tauladan yang baik pada diri Rasulullah.” 
(QS. Al-Ahzab: 21)

Thursday, January 20, 2011

Fikirkan Boleh!


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan

Engkau boleh!

Wednesday, January 19, 2011

Ciri-ciri Suami Pilihan



Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah


Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.
          Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.
          Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.
          Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Saturday, January 15, 2011

Nama-Nama yang Disunnahkan


Berikut adalah Nama-Nama yang Disunnahkan untuk Diberikan kepada Bayi:

1. Nama Abdullah dan Abdurrahman.

Berdasarkan hadits yang diriwayatkan Muslim dalam Kitab Shahihnya dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu dari Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
“Sesungguhnya nama yang paling dicintai Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman.” (HR. Muslim no. 2132)
Kerana nama tersebut adalah nama terbaik, sehinggakan di kalangan para sahabat terdapat sekitar 300 orang yang bernama Abdullah.

Tuesday, January 11, 2011

Berhijrahlah Dengan Hati..



Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah


Berilah Manfaat Kepada Orang Lain

Entri kali ini saya ingin berkongsi isi kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, P.Pinang pada ahad lepas.. Kuliah mingguan Dr Danial diadakan stiap ahad jam 3 - 5 petang. Beliau mengupas dan menyampaikan isi kuliah dengan merujuk kitab tafsir yang sahih dan banyak digunapakai sekarang iaitu Tafsir Ibn Katsir. Isi kuliahnya juga sangat menarik kerana sambil mengupas mengenai ayat al-Quran, beliau turut menghubungkannya dengan keadaan semasa dan realiti yang berlaku pada masa ini..

Seperti kata Dr, diri kita boleh dianalogikan sebagai rama-rama.. Yang mana ia berhijrah daripada dirinya yang berbentuk ulat, kemudian berada di dalam kepompong dan seterusnya menjadi rama-rama yang cantik.. Jadikanlah kita pun  begitu. Seperti rama-rama yang aktif, yang memberi sumbangan kepada dunia ini walau sementara dan kecil sumbangannya.. 

Thursday, January 6, 2011

Isteriku, Apakah Itu Masih Cinta?


Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Kata orang yang arif, “Jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”  Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki. Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris..

Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini.  Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al-hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan.  Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…

Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.