Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Monday, January 24, 2011

Cemburulah! Namun, berhati-hatilah dengan cemburumu itu..


Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah

Jeles.. jeles..

"Wehh.. aku jeles la dengan budak pempuan tu... Cantik je dia kan? Mesti ramai peminat..."
"Aku cemburu tengok dia.. Asyik study jer.."
"Aku jeles la kat ko.. Apesal ko baik sangat? Dah la sopan pulak tu..."

CEMBURU

Kenapa kita selalu berasa cemburu pada orang lain?
Apa yang menyeabkan kita cemburu sebenarnya?


Selalunya.. Kita berasa cemburu apabila seseorang itu 'lebih' sesuatu daripada kita. Contohnya, jika dia lebih pandai dalam pelajaran, lebih cantik fizikalnya, lebih baik akhlaknya, lebih daripada segi harta bendanya dan lain-lainnya, yang semestinya kita tidak dapat mencapainya ketika itu.. Kita cemburu apabila sesuatu yang kita inginkan itu tiada pada diri kita sebaliknya ada pada diri orang lain.. (Ini teori saya sendiri ya..)

Namun, dalam Islam ada cemburu yang dibenarkan dan ada yang perlu dikawal. Hal ini kerana cemburu yang tidak kena pada tempatnya boleh menjerumuskan kita kepada syirik, dan penyakit iri hati.

Disebabkan kita cemburu kita yang berlebihan terhadap seseseorang itu, kita mula mempertikaikan nikmat yang Allah beri pada kita. Natijahnya, kita menjadi insan yang tidak bersyukur.

Disebabkan cemburu yang 'terover' juga, isteri yang terlalu cinta pada suami sanggup menggadaikan akidah dengan mempercayai dan menggunakan khidmat bomoh-bomoh.. Terjejaslah imannya.. Kerana cemburu juga, seorang suami sanggup membunuh. Fikiran sudah hilang kewarasan lantaran cemburu yang menguasai diri..


Disebabkan cemburu, kita akan cenderung untuk iri hati pada sahabat sendiri.. Kerana apa? Kerana dia lebih segalanya daripada kita.. Sesetengahnya sanggup menabur fitnah dan menjauhinya.. Apakah itu perkara yang dianjurkan Islam? Sesungguhnya itu hanyalah cemburu kerana dunia yang akhirnya menyesatkan dan memusnah diri sendiri..

Jika cemburu, salurkanlah ia ke arah kebaikan. Cemburulah dengan baik, cemburu secara positif.. Dengannya, kita akan dapat meningkatkan lagi keperibadian kita, memperelokkan sikap, lebih fokus dalam pelajaran, dan yang paling penting, cemburu yang baik itu dapat membuat kita bertambah cinta kepada Allah..

Namun sayangnya, ramai dalam kalangan kita tidak mempraktikkan cemburu jenis ini. Kerana hati manusia yang lalai daripada Allah cenderung mengikut bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menghanyutkan manusia. Apa salahnya jika seseorang itu lebih bijak daripada kita? Bukankah dia rajin berusaha? Kenapa kita tidak mahu menjadi seorang yang rajin berusaha juga? Sama seperti dia..

Apa salahnya jika orang itu cantik? Dia juga adalah makhluk ciptaan Allah sama seperti kita. Cantik itu kan subjektif.. Walaupun kita tidak mungkin dapat mengubah kecantikan luaran kita supaya cantik seperti 'model-model' jelita di luar sana, namun kita boleh mempercantik peribadi dan tingkah laku kita. Bukankah cantik peribadi itu lebih kekal dan lebih dicemburui semua orang?

Sebab, zaman ini memang senang nak jumpa orang yang cantik fizikalnya.. Cantik serba serbi. Matanya, bibirnya, kulitnya, badannya.. Yang kurang cantik pun, bila dah ada duit, segalanya boleh buat untuk tampil cantik di mata orang lain. Namun.. Senang ke kita nak jumpa orang yang cantik peribadinya?? Walaupun dia cantik atau tak cantik? Susah, bukan?? Alangkah bahagianya hidup jika kita mempunyai peribadi dan sikap yang cantik juga. Bukan sekadar cantik di luar, tapi sikapnya.. masyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu..

Dalam konteks suami isteri pula, bagi saya.. tidak salah untuk seorang isteri itu cemburu, namun berpada-padalah dan biarlah cemburu yang dirasai itu dapat mendorong diri sendiri supaya memperhebatkan lagi layanan dan ketaatan kepada suami. Bukannya pergi berjumpa bomoh-bomoh. Para suami juga perlu mempunyai rasa cemburu. Bukan tidak boleh langsung. Cemburu kerana Allah. Cemburu jika isteri menampak-nampakkan kecantikan pada lelaki lain, berikhtilat, cemburu jika isteri nusyuz dan sebagainya.. Jika cemburu seperti ini tiada pada suami, maka suami itu akan digelar seorang dayus kerana membenarkan sahaja perbuatan salah isterinya..

Sabda Nabi S.A.W:

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata :

"Tiga golongan yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA)

- ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Oleh itu.. Berhati-hatilah.. Mari kita berfikir semula. Sememangnya, cemburu itu lumrah manusia. Namun, jangan jadikan ia sebagai 'alat' untuk memusnah diri kita dan orang lain. Jadikanlah cemburu kita itu sebagai satu 'alat' atau 'senjata' untuk kita lebih termotivasi. Lebih mencabar kita untuk berubah ke arah kebaikan. Lebih mendekatkan kita kepada Allah.


Cemburulah kepada Rasulullah, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan semua generasi terdahulu. Betapa mulianya pekerti mereka, tingginya ilmu mereka dan betapa mereka sangat mencintai Allah dan Rasulnya berbanding suatu apapun di dunia ini.. Cemburuilah mereka, dengan berharap dan berusaha agar kita juga dapat menjadi seperti itu. Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna untuk dicemburui, melainkan mencemburui mereka yang sangat tinggi tahap kecintaan dan keimanannya kepada Allah S.W.T..

Cemburulah! Namun, berhati-hatilah dengan cemburumu itu..

No comments: