Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Thursday, June 28, 2012

Sayang Tok..

My Grandmother.. I love her so much..

Aktiviti saya sepanjang hari ni, tak buat apa-apa pun.. Just tidur, mandi, makan dan tidur semula.. Sememangnya sakit belakang ni memang sangat sakit.. Betapa nikmatnya hidup kalau sihat kan? Tu pun kita tak reti nak bersyukur lagi..Saya tak tahu sebab apa boleh tiba-tiba sakit kat bahagian belakang sebelah kiri.. Kat bahagian 'tulang dayung'.. Huhu.. Tahu tak 'tulang dayung' tu apa? Try-try la cari sendiri kalau tak tau ye.. Ni bahasa orang tua-tua ke, loghat utara ke.. Entah la..

Hari isnin malam tu start mula-mula sakit.. Ingatkan biasa-biasa ja.. Tapi makin lama makin tak tahan.. Pagi tu saja dua tiga kali terbangun waktu tengah tidur.. Memang tak biasa la jadi macam ni seumur hidup.. Tidur tak boleh, duduk pun tak boleh.. Rasa sakit macam ditikam-tikam.. Puas la menjerit-jerit dan nangis sorang-sorang dalam bilik pagi selasa tu.. Dan, memang tak p lab la hari tu kan.. Nasib baik ada Kak Wani datang temankan kat bilik, belikan roti, tolong sapukan minyak panas dan temankan 
saya pi klinik Dr. Akbar (klinik penawar).. Dr cakap, mungkin sakit ni disebabkan muscle cramp.. Angkat benda berat ke, salah tidur ke.. So, dia bagi ubat untuk makan selama 3 hari.. Alhamdulillah, hari ni rasa ok la sikit..


Terima kasih sangat-sangat pada kak Shazuani Sobri.. Bukan senang ada kawan yang nak bantu kita waktu susah kan? Betul la kata orang, kawan waktu senang memang ramai, tapi kawan waktu susah sangat susah nak cari.. At that time, kita akan kenal siapa kawan yang sebenarnya.. Dulu, masa saya sakit kembung sebab angin masuk perut, Yati Abu yang tolong.. Dia masakkan air, dan buat tungku letak kat perut.. Sapukan minyak panas dan bagi makan ubat.. Thanks Yati.. Dah kahwin pun hang kann.. 



Actually, tak rugi pun tolong orang waktu sakit ni tau.. Sebab apa? Sebab, orang yang kita tolong tu sure akan TETAP INGAT KAT KORANG SAMPAI MATI.. Hyperbolakah ayat ni? Tak..  Saya rasa ayat ni takde la keterlaluan sangat kan.., sebab memang betul-betul berlaku kat saya dan apa yang saya rasai sendiri.. Orang yang pernah tolong saya time saya susah, especially time saya sakit, memang sangat kuat ingatan saya pada diorang..


Antara orang tu adalah TOK a.k.a nenek saya sendiri.. Setiap kali saya sakit je kan, mesti ingat kat tok.. Dan, automatik, air mata ni akan jatuh mencurah-curah basah kat pipi ni ha.. Bukan nangis sebab sakit tu, tapi sebab mengenangkan tiada sapepun yang dapat tandingi kasih sayang tok even mak ayah saya sendiri sekalipun.. Ni memang honest dari hati k.. Dalam semua orang dalam dunia ni, TOK ADALAH ORANG YANG PALING SAYA SAYANG.. Sebab apa? Sebab she take care of me since i was born till now... Yup, sampai sekarang!!

Ramai orang kata, muka
saya sangat iras dengan muka tok masa dia muda-muda dulu.. Hu.. Mesti nanti muka saya bila dah tua pun macam tok, kan? Agaknya lah.. :)

Tok lah yang selalu mandikan
saya masa kecik-kecik dulu, selalu sikatkan rambut, basuh baju dan kasut sekolah, iron baju, kemaskan bilik, masakkan untuk saya setiap pagi, tengah hari dan petang, dan macam-macam lagi.. Even sampai sekarang sekalipun, kadang-kadang tok still buat semua tu.. Dan tok jugak yang akan jaga saya setiap kali saya jatuh sakit.. Dia tak pernah biar saya sorang-sorang.. Daripada sakit yang sikit-sikit atau sakit yang paling teruk.. 24 jam dia jaga saya .. Bagi saya, tok adalah segala-galanya.. :(

Bila 
saya balik bercuti kat umah setiap sebulan sekali atau dua bulan sekali, saya mesti balik tidur dengan tok.. Walaupun ada bilik sendiri, tapi saya tak tahu kenapa saya suka sangat tidur kat bilik tok..

Walaupun kadang-kadang
saya pernah marah-marah kat tok, pernah tak suka kat dia.. Tapi tu dulu.. Ya, saya tak suka sebab dia banyak berleter.. Suruh bangun awal, jangan tidur lepas subuh, suruh belajar masak, basuh baju, jemur baju, kemas rumah, dan macam-macam lagi.. Tapi, sekarang bila dah besar baru saya faham.. Kenapa dulu tok suka sangat bising-bising.. SEBAB DIA NAK SAYA JADI ORANG YANG BERGUNA.. Sebab dia nak saya jadi sorang perempuan yang baik..

Memang, nanti orang pasti kata.. Bukan ke mak hang yang lahirkan hang? Bukan ke ayah yang bekerja siang malam bagi hang makan? Kenapa sayang pada tok lebih daripada mak dan ayah? That question,
saya sendiri pun tak tahu apa jawapannya.. Mungkin atas sebab-sebab di atas, saya sangat sayangkan tok berbanding manusia lain kat dunia ni.. She is both my mother and father..

Now, umur tok dah mencecah 80 tahun.. Dia asyik cakap, kalau boleh dia harap sangat nak tengok 
saya kahwin sebelum dia tinggalkan dunia ni.. Bila dia cakap macam tu, saya rasa sangat sedih..Tapi saya tak tunjuk la depan dia yang saya sedih.. Kalau korang nak tau, walaupun kadang-kadang saya menangis depan kawan-kawan dan selalu nangis sorang-sorang, saya tak pernah biarkan air mata menitis depan family..  Saya tak pernah menangis depan diorang.. Saya tak nak diorang susah hati kalau tau saya tengah sedih.. Saya tak dapat bayangkan macam mana nanti bila tok dah tak ada kat dunia ni lagi suatu hari nanti... Korang boleh bayangkan tak apa perasaannya jika hilang kedua mak dan ayah sekaligus?

Entah la,
saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba tulis entry ni.. Mungkin sebab saya tengah sakit, dan rindu kat tok.. Jika dia ada, mesti dia akan sapukan minyak angin dan urut-urut belakang yang sakit ni, buat bubur nasi bagi saya makan dan masakkan makanan favourite..

So, memang betul la satu quote yang
saya pernah baca ni..

"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.."

Friday, June 22, 2012

Hari yang Emo..




Hari ni kena tegur dengan Prof.. Haha.. Kantoi.. Benda basic pun boleh tak tahu.. Nampak sangat hang tak berapa tau apa yang hang buat ni Farhah..

Tu la.. Main-main sangat.. Lain kali orang belajar betul-betul.. Fokus.. Ni tak, banyak main je.. Kan dah kena.. So, lepas ni sila beringat-ingat ya.. Dah la macam-macam masalah yang melanda.. Nasib baik la bab 'hati dan perasaan' no problem.. Kalau tak, mahu lagi serabutnya otak ni kan..

Rutin harian pi ke lab dan stay lab sampai malam memang sangat memenatkan.. Penat tu lebih banyak daripada buat kerja sebenarnya.. Tak tau la sebab apa.. Mungkin penat disebabkan stress tu lebih daripada penat buat kerja kot.. Terfikir gak, apa gunanya duk kat lab kalau tak boleh nak fokus buat kerja kan? Tapi buat macam mana.. Dah tanggungjawab.. Suka tak suka, kena la buat..

Esok, jumaat pukul 6.30 petang nak bertolak balik umah.. Nak tenangkan fikiran jap.. Disamping membawa pulang hamster kesayanganku itu ke rumah.. Ada seseorang tak selesa kalau hamster tu ada.. Takpe la, biar je la.. Malas nak fikir.. Masih banyak perkara lain yang lebih penting yang perlu difikirkan, betul tak?

Kata orang, don't make your life so complicated.. Make it simple k.. Huhu.. Apa yang duk mengarut tetengah malam ni.. Haishh.. Ok la, jom tido.. Muhasabah balik, mungkin apa yang berlaku MEMANG SALAH DIRI SENDIRI..

~ Think to do something better in the future. Sesuatu yang suka dibuat, dan bukan macam terpaksa buat..


Wednesday, June 20, 2012

Dapat Mood dan Semangat Baru!!


Finally!! Rasa heppy gak la sebab dapat semangat baru sejak akhir-akhir ni.. 

Dan, sejak dah deactivate FB, rasa mood tu dah berubah jadi semakin baik dan semakin semangat nak buat kerja! So, memang berhenti seketika dari facebook adalah suatu tindakan yang baik untuk masa depan thesisku ini.. Baik tulis thesis daripada tulis kat FB buat masa sekarang.. Kan kan kannnn... ^^

FOKUS FARHA FOKUS!! 
YES.. I CAN DO IT!! 

Selamat Tinggal FACEBOOK..


Selamat tinggal rakan-rakan Facebook.. Mulai hari ini, saya ingin mengundurkan diri buat sementara waktu daripada laman sosial Facebook dan kemungkinan tidak akan meng'update' sebarang status.. Facebook saya hanya akan aktif semula setelah saya selesai VIVA master nanti, insyaAllah awal tahun depan.. Namun penulisan di blog insyaAllah masih ada.. Buat masa ini, apa-apa sahaja akan dikongsikan di blog.. Mohon doa semua.. Semoga diri ini diberi kekuatan untuk lebih fokus dalam menulis thesis, sentiasa tabah menempuh pelbagai dugaan dan dapat menyelesaikan master secepat mungkin.. Amin ya ALLAH..

Friday, June 15, 2012

Permata Yang Dicari



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Friday, June 1, 2012

Kembali padaNya..





Tadi, buka file-file lama.. Then jumpa satu cerpen ni.. Dah lama juga tak baca pengisian motivasi macam ni.. Cerpen masa matrik dulu.. Ada kata-kata dalam cerpen tu yang menarik hati:

"Sahabatku, dekatilah Allah melalui solahmu.. Ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu.. Allah mendengar rintihan hatimu. Ikhlaskan hati mendekati Allah, bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia.. Perindahkan hubunganmu denganNya dalam tahajjudmu dinihari.. Perhatikanlah kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya, Al-Quran. Perbanyakkan taubat dan zikirmu.. Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita. Lihatlah sahabat Rasulullah, mereka bekerja untuk dunia seperti manusia yang tidak akan mati selama-lamanya, tetapi apabila kita melihat ibadah mereka, mereka seperti manusia yang tidak langsung memandang dunia.. Merekalah contoh kita, bukannya Mahatma Gandhi, Albert Einstine, mahupun artis yang kita kenali hari ini.. Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita adalah keimanan yang mampu malawan panggilan nafsu yang dibisiki syaitan.. Bukan sekadar menjadi manusia yang tau solah lima waktu, tapi dalam solah fikiran dan ruh mengingati selain Allah.. Kenalilah Allah, kau pasti akan menjumpai yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara. Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu, minta pada Allah agar tetapkan hati. Hati kita milik Allah, Allahlah yang beri petunjuk, Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran. Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hati mu sahabatku, tetapi Allah. Akhir kata, pandanglah langit nan biru, kau akan dapati Allah sentiasa bersamamu.. "

Ya, dari sehari ke sehari, semakin kita sibuk mengejar impian kita, kita kadang2 tak perasan pun yang sebenarnya kita dah semakin 'JAUH' dengan DIA..