Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.
Friday, June 1, 2012
Kembali padaNya..
Tadi, buka file-file lama.. Then jumpa satu cerpen ni.. Dah lama juga tak baca pengisian motivasi macam ni.. Cerpen masa matrik dulu.. Ada kata-kata dalam cerpen tu yang menarik hati:
"Sahabatku, dekatilah Allah melalui solahmu.. Ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu.. Allah mendengar rintihan hatimu. Ikhlaskan hati mendekati Allah, bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia.. Perindahkan hubunganmu denganNya dalam tahajjudmu dinihari.. Perhatikanlah kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya, Al-Quran. Perbanyakkan taubat dan zikirmu.. Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita. Lihatlah sahabat Rasulullah, mereka bekerja untuk dunia seperti manusia yang tidak akan mati selama-lamanya, tetapi apabila kita melihat ibadah mereka, mereka seperti manusia yang tidak langsung memandang dunia.. Merekalah contoh kita, bukannya Mahatma Gandhi, Albert Einstine, mahupun artis yang kita kenali hari ini.. Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita adalah keimanan yang mampu malawan panggilan nafsu yang dibisiki syaitan.. Bukan sekadar menjadi manusia yang tau solah lima waktu, tapi dalam solah fikiran dan ruh mengingati selain Allah.. Kenalilah Allah, kau pasti akan menjumpai yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara. Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu, minta pada Allah agar tetapkan hati. Hati kita milik Allah, Allahlah yang beri petunjuk, Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran. Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hati mu sahabatku, tetapi Allah. Akhir kata, pandanglah langit nan biru, kau akan dapati Allah sentiasa bersamamu.. "
Ya, dari sehari ke sehari, semakin kita sibuk mengejar impian kita, kita kadang2 tak perasan pun yang sebenarnya kita dah semakin 'JAUH' dengan DIA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment