Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Wednesday, December 29, 2010

Tips Mendisiplinkan Diri



Assalamu'alaikom...

Hai kawan-kawan!! 
Sempena kita nak melangkah ke tahun 2011 ni, mesti ramai dah ada azam baru kan? Kan?? Nak buat itu.. Nak buat ini.. Tapi at the end of the year, tetap tak menjadi jugak.. Sebabnya, mungkin kita termasuklah diri saya sendiri juga kurang berdisiplin bila melakukan sesuatu..

Ok, di sini saya just nak kongsikan Tips-tips Mendisiplinkan Diri yang saya baca dari blog 'Achik Solehah' dengan sedikit penambahan.. Bagus dan agak simple untuk kita amalkan.. Semoga target kita tahun 2011 nanti berjaya dicapai ya!

1. Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.

2. Lekatkan poster, cogan kata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat. Jangan malu, isytiharkan pada semua tentang apa yang anda akan capai. Yang penting, pengisytiharan itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.

3. Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari. Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari berlalu sepi tanpa sesuatu pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda.

4. Setiap perkara penting yang hendak dilaksanakan hendaklah ditulis tarikhnya. Ini akan memberikan satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh itu berjaya ditepati. Anda akan rasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat hari ke hari.

5. Bagi satu tugasan yang terlalu sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), eloklah mulakan secara sedikit-sedikit. Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ia akan menjerumuskan anda ke satu keadaan “tidak berbuat apa-apa”. Ingatlah, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung.
6. Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting. Dan ingat, jangan terus pergi ke bahagian yang sukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu. Ini akan memberikan anda satu momentum untuk melakukan bahagian-bahagian tersukar dalam tugasan yang paling mencabar. 

7. Amalkan dialog diri yang positif. Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, “Aku boleh.” Aku boleh berjaya kerana aku adalah orang yang berdisiplin. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif sama ada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina. Pernah dengar dan tahu lirik lagu "Fikirkan Boleh"? Lirik lagu itu bagus untuk menaikkan semangat dan keyakinan anda..

8. Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup. Contohnya, “Sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan hadiahkan sesuatu yang bermakna untuk diri aku” =)

9. Jadikan disiplin adalah sebuah permainan. Disiplin menunjukkan fikiran yang dibiasakan. Anda tidak boleh mengharapkan diri anda tiba-tiba berdisiplin. Disiplin bukanlah sesuatu yang doleh dinyalakan atau dimatikan. Ia adalah fikiran yang perlu dilatih dan dibiasakan. Buatlah sebuah komitmen untuk melakukan sesuatu setiap hari. Tentukan sebuah hukuman jika anda gagal. Ingatlah, jangan dibiasakan untuk mentoleransi kegagalan anda dalam melakukan komitmen tersebut kerana bila dibiasakan maka anda tetap akan menjadi “disiplin,” namun dalam hal ini “disiplin menunda sesuatu.”

10. Jangan gunakan kegagalan sebagai alasan untuk menurunkan disiplin, segeralah kembali ke jalur secepatnya.Disiplin bukanlah hal yang dilakukan sekali saja. Ia mesti dilakukan secara terus menerus agar terbiasa. Sebagai manusia tentu kita tak luput dari kesalahan. Pada suatu waktu kita pasti tergelincir dan tidak disiplin. Apabila seperti itu maka segeralah kembali ke asalnya, jangan ditunda. Sekali anda mempunyai sasaran yang jelas dalam fikiran, dengan gangguan yang minimal, maka disiplin akan menjadi mudah.

3 comments:

Anonymous said...

Sangat8 bermanfaat utk ak yg comel ni...hihi..thanx kakak...ak pun nk apply la..:p

Ummu Aiman said...

Mcm kenal je 'pengomen' ni.. Cik Ain ke.. Huhu..

Anonymous said...

:p