Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Sunday, December 5, 2010

Tips Urutan Leher dan Bahu



Urutan (massage) yang dilakukan boleh mengurangkan stress dan menjadikan kita lebih segar, melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Lepas urut tu, tidur pun jadi sangat lena.. Best sangat kalau ada orang urutkan.. Betul tak? Especially pasangan suami isteri kena belajar ni. Penting untuk pikat hati suami, mertua & etc.. 

Hehe.. Ok, kali ni saya nak share sikit mengenai urutan leher dan bahu. Sebab bahagian ni yang selalu terasa leguh2, bengkak2 dan selalu sakit bila terlalu banyak bekerja.. Artikel ni saya ambil dari satu laman web kesihatan. Selamat mencuba ye!! 


Anda boleh dapatkan bantuan orang lain untuk melakukannya. Langkah-langkah ini adalah bagi orang yang mengurut:-
1. Minta pasangan anda duduk dengan
selesa,pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan dan lapang (Cth : Awam biru, laut biru).
Berdiri dibelakangnya danletakkan tangan di atas bahunya.
(Tanggalkancermin mata jika ada).
2. Ibu jari di letakkan di bahagian tengkuk dan urut
dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk.
Ulang 3 kali.
3. Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan.
Ulang 3 kali.
4. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah
ke luar menjauhi tulang belakang.
Ulang 3 kali.
5. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk
menggunakan teknik 4 memutar.
6. Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk.
Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.
7. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke
bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar.
Ulang 3 kali
8. Letakkan kembali tangan di bahagian
bahu pasangan.

Ulang ler buat sampai puas dan setakat yang termampu yer.. =)

No comments: