Bagaimanakah jika dirimu tersesat tanpa pertolongan Allah? Siapakah yang dapat membantu? |
Penulis : Ummu Salamah Nur Farhamizah
Bila baca ayat kat bawah ni je, mesti rasa sebak je. Pastu air mata meleleh tak semena-mena.. Hati rasa sayu sangat-sangat.. Dia telah berjanji, dan janjiNya adalah sesuatu yang pasti..
Betapa Allah telah menjelaskan segala janjinya di dalam ayat ini.. Yakinlah dengan Allah.. Walaupun kita suka, tapi jika Allah tak suka, tinggalkanlah.. Kita tak tahu ganjaran yang bakal diberi.. Pasti lebih baik..
Memang bukan senang nak meninggalkan sesuatu atau melaksanakan sesuatu itu kerana Allah.. Perlukan mujahadah yang kuat! Sebab itulah dikatakan..
"Berjuang memang pahit.. kerana SYURGA ITU MANIS.."
Kann.. Kawan-kawan.. jom kita ubah diri kita.. Mulai sekarang.. Jom! Jangan tunggu lagi.. Mungkin hidup kita hanya sekadar esok hari sahaja.. Wallahu'alam..