Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah
Hipokritkah aku?
Diri menasihati orang lain..
Namun apa yang dinasihatkan, diri kita sendiri tak pernah buat.
Kalau buat pun ala kadar je,
Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak..
Hipokritkah aku?
Bersikap baik di depan orang,
Namun SOLAT masih di remehkan.
MULUT masih lagi mengumpat, mengata orang..
MATA masih lagi tidak dikawal
TELINGA masih lagi mendengar lagu yang sia-sia!
Kononnya.. Akulah PENGIKUT SUNNAH NABI yang sejati..(Sejati ke? erk..)
Hipokritkah aku?
Orang kata, dakwah terbaik melalui teladan peribadi..
Namun apa yang aku dakwahkan?
Sekadar hanya bicara TANPA PEMBUKTIAN, siapa pun boleh buat!
Sangat kurang akhlak dan sikap yang baik untuk dicontohkan..
Ohh.. diri, kenapakah? Hipokritkah dirimu??
Hipokritkah aku?
Bila banyak buku dibaca..
Sudah menganggap diri orang berilmu..
Mula pandai mengkritik orang lain.
BUTA akan kelemahan sendiri..
Itulah akibatnya ada ilmu tapi tidak amalkan,
tidak kelihatan melalui akhlak. (Ilmu tu untuk apa wahai diri?)
Hipokritkah aku?
Mengaku mencintai ALLAH dan RASUL
Namun selainnya lebih dicintai dan diingati setiap masa..
Menangis kerananya melebihi menangis kerana ALLAH
Takut kehilangannya lebih daripada TAKUT KEPADA ALLAH
Percaya pada Kata-katanya melebihi PERCAYA PADA JANJI ALLAH
Padahal diri mengaku cintakan Allah melebihi segalanya?? (Betul kerr..)
TANYAKANLAH PADA DIRI.. HIPOKRITKAH AKU??
Hipokritkah pada manusia, hipokritkah kita pada diri sendiri??
FIKIRLAH sendiri..!!
2 comments:
hipokrit kpd diri sendiri..huhuhu
terasa diri ini..perlu mahasabah lagi..tq :)
Huhuhu.. ur welcme.. Sedang bermuhasabah diri juga..
Post a Comment