Alhamdulillah, semalam mula mengajar 'anak didikku' mata pelajaran Sains dan Matematik.. Namanya Faiz Salimi.. Baru darjah dua.. Hari ni pula saya ajar Bahasa Inggeris.. Bila difikirkan secara logik, mengajar kanak-kanak darjah dua tidaklah mencabar sepertimana mengajar pelajar-pelajar yang sudah dewasa dan matang pemikirannya.. Yang mampu berfikir dan mengeluarkan idea-idea sendiri.. Tambahan pula, Faiz ni seorang yang sangat pendiam dan sangat mendengar kata.. Apa yang disuruh, dibuatnya..
Alhamdulillah, tugas saya mengajarnya agak mudah.. Dia seorang yang sangat pintar.. Sekali ajar saja dah faham. Cuma saya memahami, kanak-kanak lelaki tidak seperti kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan selalunya lebih ramah dan dapat mendengar untuk masa yang lama. Tetapi kanak-kanak lelaki lebih sukakan sesuatu yang praktikal dan benda yang boleh disentuh.. Maknanya dengan mereka, kena banyak buat aktiviti atau 'amali'..
Contohnya, semalam.. Mengajar mengenai Living things and non-living things.. Suruh dia buat origami bentuk 'non-living things' yang dia tahu.. Cepat je dia pergi ambil surat khabar lama, lipat-lipat dah dah jadi sebuah kapal.. Kan menarik tu? Tapi tu la, mengajar mereka kena lebih kreatif sikit.. Otak saya pun dah agak berkarat sebab lama tak diasah main permainan-permainan macam ni..
Pastu, bila subjek matematik pula.. Masuk bab duit.. Hah, ni satu lagi masalah nak bagi dia kenal duit tu.. Nanti pergi kedai senang, boleh beli barang sendiri.. Tahu kira duit.. (Penting tau ni, Faiz.. Hehe..). Tapi, semalam tak cukup la pula duit syiling dan duit-duit yang lain.. Takpe, minggu depan kita main 'beli-beli barang' pula.. Akak ajar Faiz berbelanja k.. n_n..
Mengajar kanak-kanak ni merupakan satu pengalaman baru buat saya.. Maklum la, saya takde adik kecil.. Adik pun cuma dua tahun lebih muda.. Sepupu pun semua dah besar.. Sebenarnya saja je saya nak cuba ajar Faiz, sebab nak biasakan diri macam mana nak berbual, bergaul dan mengajar kanak-kanak.. As a preparation untuk jadi seorang ibu in the future.. (Huhu.. ye la tu..)
Tapi.. perkara ni agak menakutkan saya.. Kanak-kanak sekarang semakin advance.. Tak macam kita dulu.. Terkejut saya melihat buku teks Faiz.. Perkara-perkara yang diajar kepadanya di sekolah adalah apa yang saya belajar semasa darjah 4! Sedangkan dia masih darjah 2.. Kalau buku kat dalam beg tu jangan cakap la, memang penuh beg.. Dahsyat2..
Itu satu hal.. Satu lagi.. Saya sangat takut.. Bila membandingkan diri saya dengan ibu-ibu di luar sana.. Bagaimanakah mereka mampu membesarkan anak-anak dengan baik pada zaman yang mencabar ni? Dengan kemudahan internet, ipad, video games, astro dan lain-lain..
Sebab.. Peribadi anak-anak itu dibentuk oleh ibunya.. Oleh bapanya dan juga ahli keluarganya.. Bagaimana didikan agama dan akhlak yang diterimanya atau ditunjukkan kepadanya dirumah, begitulah selalunya yang akan 'melekat' dalam peribadinya nanti.. Mungkin dia akan berubah menjadi lebih baik apabila besar, tetapi ia takkan dapat menandingi peranan ibu bapa sejak kecil..
Persoalannya, tanpa ilmu yang cukup di dalam diri yang sangat kekurangan ini.. Tanpa akhlak yang baik.. Tanpa persiapan sepenuhnya menjadi seorang ISTERI dan IBU, layakkah saya dan mungkinkah saya akan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak? Tidak, kan? Imposible saya akan jadi ibu yang baik tanpa semua tu..
Ia tidak boleh terus dibiarkan begitu.. Kita perlu bangkit dengan tekad untuk mempelajari ilmu-ilmu yang sahih, kerana kitalah yang akan menyampaikan ilmu itu kepada anak-anak kita, kan? Kita perlu berakhlak mulia, kerana akhlak itulah yang akan dicontohi oleh anak-anak kita.. Sanggupkah kita melihat anak-anak kita kelak 'rosak' akhlaknya disebabkan kegagalan kita? Semuanya bermula dari diri kita sendiri..
Renungkanlah hadith ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Mode : Jom baiki diri untuk jadi ibu bapa yang baik.. n_n
- Selamat Bermuhasabah -
No comments:
Post a Comment