Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Tuesday, July 12, 2011

Antara Tauhid & Politik..


Oleh: Abdullah Abd Razak

Sememangnya politik atau siyasah ada disentuh dalam Islam tetapi segalanya dalam Islam itu bukanlah mengenai politik semata-mata. Politik atau daulah Islam itu bukan menjadi matlamat penting atau 'first priority' dalam Islam, tetapi yang seharusnya menjadi perkara utama adalah aqidah yang murni dalam mentauhidkan Allah S.W.T tanpa sebarang syirik kepada-Nya..

Lihatlah apakah intipati utama dalam dakwah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul.. Tujuan utamanya ialah TAUHID kepada Allah S.W.T, dan bukannya menegakkan daulah Islam atau berpolitik terlebih dahulu, kemudian baru hendak menegakkan tauhid.. Hal ini dinyatakan melalui firman Allah dalam surah an-Nahl: 36 dan surah al-Anbiya’: 25


"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulNya.." (an-Nahl, 16 : 36)

"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu." (al-Anbiya’, 21 : 25)


Daulah Islam hanya akan tertegak apabila tertegaknya TAUHID dan aqidah yang sahih dalam diri setiap Muslim. Lihatlah sejarah Islam sendiri bagaimana tertubuhnya sebuah negara Islam pertama iaitu Madinah apabila setiap umat Islam pada waktu itu mempunyai aqidah yang murni dan keimanan yang kuat. Ibadah yang mereka laksanakan juga adalah ibadah yang benar lagi sahih, ditambah pula dengan ikatan ukhwah yang kuat antara satu sama lain..

Namun, lihatlah pada zaman sekarang, berapa ramaikah umat Islam yang rosak aqidahnya. Masih mempunyai pemikiran tahyul dan khurafat lagi sesat. Dalam ibadah mereka berapa ramaikah lagi yang masih mempunyai elemen syirik kepada Allah seperti tawaf kubur, berdoa kepada para wali yang sudah mati dan sebagainya. Hal ini perlu diberikan penekanan yang lebih teliti dan jangan sekali-kali pemikiran kita disempitkan dengan menghadkan syirik itu adalah seperti menyembah berhala sahaja. Berapa banyak ibadah mereka yang menepati al-Quran dan as-Sunnah seperti yang disyariatkan oleh Allah S.W.T dan disampaikan oleh Rasulullah S.A.W???

Ditambah lagi dengan fahaman Syiah yang sesat lagi menyesatkan yang semakin menular dalam aqidah umat Islam di Malaysia sekarang ini, usaha penganut agama Kristian dan agama lain dalam memurtadkn umat Islam.. dan ditambah lagi isu ajaran sesat yang lain..

Percayalah, aqidah umat Islam di Malaysia masih lemah, lantaran ingin mendahulukan hal-hal siyasah ini berbanding hal akidah dan tauhid kepada Allah.. Sanggup memecah-belahkan hubungan persaudaran umat Islam hanya kerana perbezaan kumpulan politik.. Ditambah lagi dengan keadaan huru hara yang dicetuskan dan fitnah dalam negara... Kita memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk meyelinap masuk memusnahkan Islam dan negara kita apabila tercetusnya keadaan huru hara, berpecah belah dan fitnah. Oleh sebab itulah Islam amat menjaga dan melarang perkara yang boleh membawa kepada pintu perpecahan, fitnah dan huru hara seperti isu demonstrasi ini. Dimanakah prinsip al-Wala' dan al-Bara' kita sebagai muslim???

Ingatlah, walaupun sehebat mana pun daulah Islam atau hukum hakam Islam yang telah kita dirikan, tetapi jika aqidah kita masih tidak betul dan mengandungi unsur syirik kepada Allah S.W.T, maka sia-sia sahaja segala amalan kita itu. Ingat, perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah S.W.T di akhirat kelak adalah aqidah dan solat kita. Jika baik keduanya, maka baiklah amalan yang lain..

Ingatlah juga, Allah S.W.T yang Maha Pengampun akan mengampunkan segala dosa maksiat seperti zina, membunuh, mencuri, rasuah, riba’, tidak mengamalkan hukum Allah dan sebagainya tetapi Allah S.W.T tidak akan sesekali mengampunkan dosa-dosa syirik selagi mana orang itu tidak bertaubat atas dosa syirik tersebut. Firman Allah dalam surah an-Nisa’, 4 : 116 dan az-Zumar, 39 : 65:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (an-Nisa’, 4 : 116)

"Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.." (az-Zumar, 39 : 65)


Wallahu'alam..

Sumber:
https://www.facebook.com/groups/ALFATEHgeneration

No comments: