Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Friday, July 6, 2012

Progress Masterku yang Tercinta..





Assalamualaikom..
Ok, kali ni nak cerita pasal master la pulak.. Sebenarnya,saya jarang sangat cerita pasal study saya kan? Study master tajuknya 'Effect of Selected Insecticides on Whitefly (Bemisia tabaci) Population and Parasitization of Whitefly on Brinjal (Solanum melongena).." 

Huhu.. Orang buat progress report dalam web IPS, saya buat report dalam blog ni.. Boleh pulak ye.. Hmm.. Sekadar nak share dan boleh baca-baca nanti, sebagai kenangan..

Mulanya, saya start research ni dengan tolong student PhD yang buat tajuk yang hampir sama dengan saya jugak.. Actually, saya share idea daripada dia untuk mulakan master ni.. Cadangan daripada supervisor, Prof Salmah.. Mula-mula dulu memang kosong la.. Tak tahu apa-apapun.. Maklum la, student Biologi Haiwan, tiba-tiba buat research Agrobiology.. Kena buat tentang Pokok terung, menanam segala.. Everything kena start daripada basic.. Seriously memang tak tahu sangat pasal pertanian! Hoho.. Apapun, segalanya telah saya redah jua.. Lama-kelamaan, minat tu timbul la sikit.. Ok la.. :)

Lepas saya buat literature review, proposal segala.. Project master saya start pada bulan March 2011.. Masa tu, tak register sebagai student lagi... Ni baru kira betul-betul start la bulan 3 tu.. Sebelum ni just ambil pengalaman tentang bidang baru ni.. Banyak yang saya belajar daripada student PhD tersebut, En. Rasdi Zaini sepanjang bulan Oktober 2010 - Februari 2011 sebelum saya start master tu.. Takde la 'buta kayu' sangat kan.. Bulan 5 2011, baru register.. (Officially become USM Student again!! :))


Proses sampling mengambil masa selama 8 bulan, sebab kena tanam dua kali.. Kali pertama tanam bulan March 2011-Jun 2011.. Kali kedua tanam bulan Septermber 2011-Disember 2011.. (Memang elok-elok je habis hujung tahun..).. Setiap hari yang dilalui memang sangat penat la.. Nak writing tu memang tak sempat la kan... Hari Ahad, saya p spray racun perosak kat pokok.. Hari isnin sampai Jumaat, tiap-tiap hari berulang alik ke Relau yang mengambil masa 20 minit waktu p dan 20 minit waktu balik.. P pagi, balik tengah hari, waktu matahari tengah atas kepala.. So, memang tade harapanlah kulit ni nak cerah.. Bertambah2 lagi la kegelapannya..


Setiap hari p sana, masukkan air dalam tangki, bancuh baja, sukat kepekatan baja, check drip system.. Check air tu tersumbat ke tak.. Bagi setiap satu pokok.. (Total semua 71 pokok.. Pokok treatment 40, buffer 31 pokok..).. Check la satu-satu.. Buang daun2 yang dah layu dan kering dan bersihkan kawasan tu.. Bila pokok terung dah besar plak, berbuah, dahan dia kena ikat dengan tali.. Kalau tak, nanti dahan tu patah tak dapat tampung berat buah..




Bila hari sabtu pulak, pada ketika semua orang sibuk bersuka-ria, keluar shopping bagai.. 
Saya sorang-sorang sampling bawah panas mentari yang terik tu dari pagi sampai petang.. 
(Sabar je la, ni la pengorbanan nak buat master kan..)






Sampling 20 pokok, kena ambil sample daun, masukkan dalam beg plastik, ukur ketingian pokok, kira jumlah daun setiap pokok, kira jumlah bunga, kutip buah, kira buah dan timbang berat buah..







Lepas tu, sample daun yang dikutip tadi, kena tengok pula satu-satu daun bawah mikroskop untuk kira jumlah larva whitefly yang ada kat daun tu... Serangga lain mcm aphid, mealybug, mites dan yang lain-lain pun dikira juga.. Setelah hampir setahun sampling, maka habislah proses ambil data..



Bulan 1 sampai bulan 3 tahun ni, saya duk arrange-arrange balik susunan data, susun masuk dalam SPSS (sebab sebelum ni simpan dalam excel je).. Pastu analyse semua data-data tu.. Ambil masa lama juga la.. Sebab saya ni memang lemah skit kalau bab nombor-nombor ni.. Memang sangat slow kat part analisis.. Pastu buat graf-graf.. Then, bulan 2 tu jugak sibuk dengan colloquium lagi.. Present lab meeting pulak bulan 3.. Dan bulan 4 baru saya dapat betul-betul boleh serius writing thesis.. Tu la akibatnya yang sekarang ni tak siap-siap lagi ni.. Jurnal pun beratus-ratus, tapi banyak lagi tak baca.. Huk3.. Tapi, rasanya tak lama dah kot nak abis ni (Ayat kena sentiasa positif ye!!)..

Dan, ni adalah saya punya perancangan la.. Cadangnya nak grad bulan 4 tahun depan.. 2013.. Tu pun kalau sempat la.. Kalau tak sempat pun, mungkin akan grad bulan 9 la kot.. Tapi pasal grad-grad ni tak kisah la.. Bila-bila pun O.K je.. Yang pentingnya VIVA Voce dan submit 10 copies tu.. Huhu.. Bila la nak boleh submit ni... Prof tak betulkan pun lagi.. Tesis tu masih terlalu banyak yang perlu dibaiki lagi.. Banyak lagi lompang-lompang, salah silapnya..

Setakat ni yang dah submit:

Table of Content
Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Literature Review
Chapter 3: Whitefly

Ni plannya:

9/7/2012: Submit Chapter 4: Parasitization (Ni sikit lagi tak siap.. Minggu depan boleh hantar dah rasanya)
18/7/2012: Submit Chapter 5: Comparison Plant performances
27/7/2012: Chapter 6: General Discussion
3/8/2012: Chapter 7: General Conclusion

Then, bulan 8 - bulan 10 tu untuk tempoh membaiki tesis.. Dan kalau nak grad juga bulan 4, 10 copies thesis kena submit bulan November 2012.. After dua bulan baru akan VIVA.. Tapi tempoh antara submit 10 copies thesis dengan VIVA tu depend jugak pada examiner kita.. Kalau cepat diorang semak, cepat la VIVA..

Kalau tak sempat submit bulan 11 pun, paling lewat saya kena hantar thesis bulan Februari 2013 rasanya.. Sebab bulan March tu dah sem baru.. Tak pasal-pasal pulak kena bayar yuran RM1400 nanti..

Hopefully, semuanya dapat berjalan lancar la.. INSYAALLAH..




No comments: