Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Thursday, December 15, 2011

Menghayati Sifat Wudhu Rasulullah Dengan Hadis Yang Sahih


Pengertian Wudhu’

Menurut bahasa, kalimah wudhu’ apabila dibaca dengan (أَلْوُضُوْءُ) iaitu dengan didhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud perbuatan berwudhu’. Dan apabila difathahkan wawnya, maka (أَلْوَضُوْءُ) ia bermaksud air wudhu’.

Wudhu’ menurut syara ialah: Menggunakan air bersih (suci lagi mensucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syara.

Berwudhu’ untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah Azza wa-Jalla sebagaimana firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”. (Surah al-Ma’idah, 5: 6)

Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwudhu’ terlebih dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadis-hadis yang sahih:

“Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’.” (H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwudhu’)”. (H/R Muslim, 1/60)

“Tidak diterima solat seseorang antara kamu jika berhadas sehinggalah dia berwudhu’”. (H/R Bukhari, 1/206. Muslim, No. 225)

“Sesungguhnya aku diperintah agar berwudhu’ apabila aku ingin mendirikan solat”. (H/R Abu Daud, no. 3760. Disahihkan oleh al-Albani, Lihat: as-Sahihah)


Tuesday, December 13, 2011

Jika Ingin Mengenal Seseorang..



Ada benarnya juga kata-kata ni.. 
Tapi, jangan nilai orang secara keseluruhan berdasarkan yang ni semata-mata k.. 
Sesaje share..^^

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang,
Lihatlah sikapnya sewaktu dia sangat marah;

Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya,
Lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya;

Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, 
Lihatlah cara dia berbincang dengan orang yang berbeza pandangan dengannya;

Jika ingin lihat amanahnya seseorang, 
Lihatlah cara dia berurusan wang dan duit denganmu;

Jika ingin lihat kawalan nafsunya, 
Lihatlah cara dia berbicara dan berurusan dengan orang berlainan jantina yang disukainya..

~ Copy from others ~

Monday, December 5, 2011

Ya ALLAH, Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus..





JALAN YANG LURUS..

Sedar tak, setiap hari kita bermohon, berdoa pada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang lurus? 

Di mana? 
Bila? 

Dalam solat kita.. 

Setiap hari, kita memohon sebanyak 17 kali.. Ia suatu permohonan & doa yang amat besar & mendalam maknanya.. Namun, sedikit sekali kita menghayatinya.. Apatah lagi betul2 ingin ke jalan yang lurus itu.. Hanya ucapan yang meniti di bibir tanpa rasa yang bergetar di hati.. Bersungguhkah doa kita?

Lihatlah ke dalam SURAH AL-FATIHAH, AYAT 6..

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..


Mengapa kita memohon kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang lurus?

Sebab, jalan yang lurus ialah jalan yang ALLAH redhai, jalan yang dilalui untuk ke syurgaNya.. Ia jalan yang selamat dan bukanlah jalan orang2 yang ALLAH sesatkan.. (Ayat 7).. Jalan yang lurus ini tidak dapat dicapai kecuali dengan petunjuk ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya..

Oleh sebab itulah kita dituntut untuk berdoa kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang benar, agar ALLAH memberikan hidayahnya kepada kita.. Dalam surah ini juga, kita mengakui hanya ALLAH yang kita sembah dan hanya Dia tempat kita memohon pertolongan.. HANYA ALLAH! Begitu besar makna ayat ini..

Siapakah yang dapat memberikan hidayah jika ALLAH telah sesatkan seseorang itu? Siapakah yang dapat menyesatkan seseorang jika ALLAH telah memberinya hidayah dan pertolongan? Hanya ALLAH yang berkuasa atas segalanya.. Dia yang berkuasa menentukan syurga atau neraka seseorang itu. Oleh itu, sebagai hamba Allah yang lemah, marilah kita selalu berdoa agar ALLAH menetapkan iman kita, menjaga hati kita agar sentiasa berada di atas landasan yang benar hingga ke akhir hayat kita.. BERDOALAH..

Amalkanlah juga membaca doa ini agar ALLAH menetapkan iman kita:

"Ya Rabb kami, jangan engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia).." [Surah Ali-Imran, 3 : 8]

Sesungguhnya sekarang, kita masih mencari Ilmu, mengenal ALLAH, mentaati ALLAH.. Namun kita tiadak tahu masa depan.. Dengan kesibukan kita terhadap hal-hal duniawi, dimanakah masa kita untuk ALLAH? Dengan maksiat dan dosa yang kita lakukan, apakah kita telah memohon ampun kepadaNya?

Muhasabah diri.. Kerana diri kita sangat banyak kekurangannya..

Semoga ALLAH terus kekalkan kita dalam nikmat Iman dan Islam.. Hinggalah ke akhirat nanti..

Wednesday, September 21, 2011

Jangan Mencintai Sesuatu yang lain seperti mencintai ALLAH..



"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal)." [Surah al-Baqarah, 2 : 165]

Janganlah kita mencintai tandingan yang lain selain ALLAH, baik ia adalah harta, pangkat, saudara-mara mahupun kekasih.. Janganlah kita mensyirikkan ALLAH dengan selainnya.. Mempercayai bomoh-bomoh, tangkal, azimat serta pelbagai perkara syirik dan khurafat yang lain..

Saturday, August 20, 2011

The Man That Decided to Change on The 12th Hour Dies on The 11th..


"..The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.."

This is only a simple sentence.. Tapi maknanya sangat menusuk jiwa dan mendalam... Actually, rasa sangat-sangat keinsafan dalam diri ini.. Apakah ertinya hidup jika kita mati sebelum sempat bertaubat? Sebelum sempat berubah..

Thanks to HLOVATE.. 
Cerita yang dibawakan dalam CONTENGAN JALANAN sangat sampai ke hati ini..  T_T


ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH SAYANG...

Monday, July 25, 2011

Jom Exercise!!



Hari ni, cukup 2 bulan saya berusaha menurunkan berat.. Tanpa senaman.. Ok.. Dah turun dah dekat 6 kg dalam masa 2 bulan.. Tu pun main-main je.. Tak serius.. But, thanks HERBALIFE, Thank You ALLAH!!

Mulai minggu ni, saya nak mulakan latihan untuk shape up badan ni pulak la.. Lagipun nak bagi cepat sikit berat ni turun.. Agak-agaknya dah tepu kot lemak-lemak dalam badan ni semua..

Sunday, July 17, 2011

Anak-Anak, Kitalah Yang Mencoraknya..


Alhamdulillah, semalam mula mengajar 'anak didikku' mata pelajaran Sains dan Matematik.. Namanya Faiz Salimi.. Baru darjah dua.. Hari ni pula saya ajar Bahasa Inggeris.. Bila difikirkan secara logik, mengajar kanak-kanak darjah dua tidaklah mencabar sepertimana mengajar pelajar-pelajar yang sudah dewasa dan matang pemikirannya.. Yang mampu berfikir dan mengeluarkan idea-idea sendiri.. Tambahan pula, Faiz ni seorang yang sangat pendiam dan sangat mendengar kata.. Apa yang disuruh, dibuatnya..

Alhamdulillah, tugas saya mengajarnya agak mudah.. Dia seorang yang sangat pintar.. Sekali ajar saja dah faham. Cuma saya memahami, kanak-kanak lelaki tidak seperti kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan selalunya lebih ramah dan dapat mendengar untuk masa yang lama. Tetapi kanak-kanak lelaki lebih sukakan sesuatu yang praktikal dan benda yang boleh disentuh.. Maknanya dengan mereka, kena banyak buat aktiviti atau 'amali'..

Tuesday, July 12, 2011

Antara Tauhid & Politik..


Oleh: Abdullah Abd Razak

Sememangnya politik atau siyasah ada disentuh dalam Islam tetapi segalanya dalam Islam itu bukanlah mengenai politik semata-mata. Politik atau daulah Islam itu bukan menjadi matlamat penting atau 'first priority' dalam Islam, tetapi yang seharusnya menjadi perkara utama adalah aqidah yang murni dalam mentauhidkan Allah S.W.T tanpa sebarang syirik kepada-Nya..

Lihatlah apakah intipati utama dalam dakwah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul.. Tujuan utamanya ialah TAUHID kepada Allah S.W.T, dan bukannya menegakkan daulah Islam atau berpolitik terlebih dahulu, kemudian baru hendak menegakkan tauhid.. Hal ini dinyatakan melalui firman Allah dalam surah an-Nahl: 36 dan surah al-Anbiya’: 25

Friday, July 1, 2011

Tidak akan Mengalah!! Bangunlah ~



Perjalanan hidup kian mencabar
Banyak yang diuji..
Lantas diri ini cuba bangun untuk melangkah..
Melangkah menuju redhaMu..

Namun, setiap kali melangkah aku terjatuh!
Aduh, sebegitu lemahkah diriku Ya ALLAH?
Inginku berlari ke arahMu
Namun bertatih pun sangat payah kurasakan..

Ya ALLAH, kuatkan hatiku
Kuatkan tekadku,
Kuatkan IMANku..
Jadikanlah aku SABAR dalam perjalananku menujuMu..

Walau berkali-kali ku rebah terjatuh, namun mengalah tidak sesekali!

Wednesday, June 29, 2011

Mak Cik Asiah..



Hari ni, saya bukan nak bercerita tentang mak sedara saya ye.. Bukan juga mak atau mak sedara kepada kawan-kawan saya.. Tapi ni kisah saya bertemu dengan seorang mak cik...

Macam ni, pagi tadi.. Saya rasa sangat down.. Rasa sangat-sangat sedih... Sehingga telah meng'deactivate'kan Facebook.. Rasa macam nak duk sorang-sorang je.. Then, lepas subuh.. saya bersiap-siap g jogging.. Lepas balik dari berjogging, p relau.. Tengok2 pokok terung yang baru ditanam.. Check air semua.. Ok je.. Pastu balik bilik nak siap2 p lab...

Saturday, June 11, 2011

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” 
(H.R. al-Bukhari)

Thursday, June 2, 2011

Pengalaman Temuduga Biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM

Logo UiTM.. - UiTM di hatiku..

Ok, tiba-tiba rasa macam nak share pulak pengalaman pergi interview buat pertama kalinya.. Walaupun dah dekat dua bulan dah interview itu telah berlalu.. Huhu...

TEMUDUGA... memang betul-betul diduga la rasanya.. =p

Kisahnya begini.. Pada awal bulan 4 yang lepas.. Accuratenya, 6/4/2011.. Pukul 4.15 petang.. Mendapat satu panggilan telefon. Nombor yang tidak dikenali.

Sunday, May 29, 2011

Pasrah Segalanya


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Tuesday, May 3, 2011

Doa Istikharah..



‎"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib..

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."



(Hadith Riwayat al-Bukhari, no.1162)

6 Aktiviti Pembakar Kalori Terbaik





Pasti semua orang sudah mengetahui secara asasnya sebenarnya tidak ada formula rahsia untuk mengurangkan berat badan, Berat badan berkait dengan kalori. konsep asas pengurangan berat badan adalah cukup mudah iaitu setiap individu perlu lebih banyak membakar kalori di dalam badannya, kegagalan membakar kalori dalam badan pastinya akan menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan satu kerja sia-sia.

Untuk membkar kalori dalam badan, individu memerlukan aktiviti yang boleh meransang degupan jantung yang akan mengeluarkan peluh dan seterusnya membakar kalori yang ada di dalam badan. Artikel kali ini ingin berkongsi 6 aktiviti pembakar kalori yang terbukti paling efektif yang boleh dilakukan oleh setiap individu.


Tuesday, April 26, 2011

Panduan Elak Diri Daripada SIHIR



Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " (Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)  
   

Monday, April 18, 2011

KECEWA Dalam Bercinta



Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Wednesday, April 6, 2011

Ujian Itu Memperkuat Hati..



Oleh: Nur Farhamizah Askarali

Kita sering di uji, kan? Tak kiralah ujian tu besar atau kecil.. Pasti ada saja ujian yang menimpa.. Pedihnya hati akibat diuji itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.. Namun, siapalah kita hendak menyingkap tabir kekuasaan dan hikmah ALLAH kepada kita?

ALLAH memberi ujian untuk membuatkan hati kita bertambah kuat.. Supaya kita sentiasa ingat kepadaNya.. Jika tidak, kita akan terus terleka dengan angan-angan dunia kita sendiri..

Thursday, March 24, 2011

Aurat dan hubungan Mahram


Post kali ini membincangkan persoalan mengenai AURAT yang sering ditanyakan.. Dan saya telah berkongsi tajuk post ini dalam facebook.. Ini cuma perbincangan antara saya dan sahabat saya, Nor'Ain.. Cuma rasanya elok juga dimuatkan ke dalam blog.. Semoga ada manfaatnya.. Trima kasih juga kepada blog yang menjadi rujukan saya dalam post kali ini iaitu blog Ummu 'Abdillah..


PERSOALAN:

Apa kaitannya AURAT dengan MAHRAM?
Apa hubungan atau kaitannya menutup aurat (Surah an-Nur ayat 31) dan haram dikahwini (Surah an-Nisa' ayat 23)?
Apakah aurat dengan bapa saudara? Haram berkahwin dengan bapa saudara .. Namun apakah batasan aurat kita dengannya??
Boleh ke kahwin dengan sepupu? Bukan ke sepupu tu Wali?

Tuesday, March 22, 2011

Akhirnya dah ok.. Alhamdulillah..

Blog yang ku sayang...

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tak boleh nak post.. Akhirnya dah ok juga blog ni.. 
Rindu rasanya nak post something.. Semoga ia adalah sesuatu yang lebih bermakna dan bermanfaat buat semua. (^___^)v

Thursday, February 24, 2011

Cukuplah hanya ALLAH.. Sesungguhnya DIA telah berjanji..

Bagaimanakah jika dirimu tersesat tanpa pertolongan Allah? Siapakah yang dapat membantu?

Penulis : Ummu Salamah Nur Farhamizah

Bila baca ayat kat bawah ni je, mesti rasa sebak je. Pastu air mata meleleh tak semena-mena.. Hati rasa sayu sangat-sangat.. Dia telah berjanji, dan janjiNya adalah sesuatu yang pasti..

“..Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu..” (Surah at-Talaq, 65 : 2-3)

Betapa Allah telah menjelaskan segala janjinya di dalam ayat ini.. Yakinlah dengan Allah.. Walaupun kita suka, tapi jika Allah tak suka, tinggalkanlah.. Kita tak tahu ganjaran yang bakal diberi.. Pasti lebih baik..

Memang bukan senang nak meninggalkan sesuatu atau melaksanakan sesuatu itu kerana Allah.. Perlukan mujahadah yang kuat! Sebab itulah dikatakan.. 

"Berjuang memang pahit.. kerana SYURGA ITU MANIS.."

Kann.. Kawan-kawan.. jom kita ubah diri kita.. Mulai sekarang.. Jom! Jangan tunggu lagi.. Mungkin hidup kita hanya sekadar esok hari sahaja.. Wallahu'alam..

Berbalaskah Cintaku?



Penulis: Ummu Husna Noraslina Jusin

"Kita selalu mengucapkan cinta kepada ALLAH. Tetapi pernah tak kita terfikir, adakah ALLAH juga cinta kepada kita?"kata-kata suami di suatu petang, cukup menyentak jiwa ini.

Kuat!

Saya terdiam tidak membalas. Merenung-renung kebenaran dari bicaranya. Bukan tidak pernah terfikir, cuma selalu terlupa.

Layar Keinsafan..



Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Friday, February 11, 2011

Cantik Itu Subjektif


Post kali ini saya ingin berkongsi satu artikel yang sangat menarik. Semoga ia sentiasa memotivasi dan membuat kita berfikir akan erti kecantikan yang sebenar..



Artikel IluvIslam

Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Thursday, February 10, 2011

Tepati Janji Terhadap Diri Sendiri



Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah

Manusia, sering lupa akan janji yang pernah ia katakan pada diri. Lihatlah, betapa ramai yang berazam di permulaan tahun, namun segalanya hanyalah azam yang terus kekal sebagai azam. Tidak terlaksana juga. Berapa ramai dalam kalangan kita berjanji itu dan ini, padahal satu perkara pun tidak dibuatnya..

Berjanji pada orang lain, amat di tuntut dalam Islam untuk kita menepatinya. Bahkan, menepati janji merupakan satu kebajikan. Firman Allah:

Wednesday, February 9, 2011

Hipokritkah Aku??



Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah

Hipokritkah aku?
Diri menasihati orang lain..
Namun apa yang dinasihatkan, diri kita sendiri tak pernah buat.
Kalau buat pun ala kadar je,
Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak..

Monday, February 7, 2011

Jangan Minum Air Sejuk Sangat Ye.. =)

Ni peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Tadi baca dalam Metro.. Hmm.. Best info ni.. Confirm pasni tak nak minum minuman y sejuk-sejuk ni lagi.. =p



Penulis: Fairul Asmaini Mohd Pilus


"LIMAU Ais satu bang”, pesanan biasa yang sering kita dengar apabila menikmati hidangan di warung atau restoran tempatan.
Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sunday, February 6, 2011

Berhati-hati Dengan Syubhat


Berhati-hatilah dengan perkara syubhat..

Hal ini menurut hadis Riwayat Bukhari:


Diriwayatkan dari Al Nu'man bin Basyir ra: Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"..Halal dan haram adalah perkara yang jelas, dan diantara keduanya terdapat perkara yang syubhat (sesuatu yang meragukan, tidak jelas apakah halal atau haram). Maka siapapun yang meninggalkan syubhat kerana khuatir melakukan dosa, ia benar-benar telah menghindari yang haram; dan siapapun yang berani melakukan syubhat, ia hampir jatuh kepada perkara yang jelas haramnya. Dosa adalah Hima (tempat penggembalaan peribadi) milik Allah, dan siapapun yang menggembalakan (domba-dombanya) di dekatnya, pada saat itu ia benar-benar hampir masuk ke dalamnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Telitilah setiap yang kita lakukan, walaupun sekecil-kecil perkara. Takut-takut ia mendatangkan dosa tanpa kita sedari..

Friday, February 4, 2011

Are You The Eraser or The Pencil?


Penulis: Ukhtiza li

Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 

Pencil: I'm sorry coz you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you'll lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. 

Thursday, January 27, 2011

Cinta Kepada Allah & Ibadah


Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi


Ada apa antara cinta dengan ibadah?

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata:

“…Pokok semua amalan adalah kecintaan. Seorang manusia tidak akan melakukan amalan/perbuatan kecuali untuk apa yang dicintainya, boleh berupa keinginan untuk mendapatkan manfaat atau demi menolak madharat. Apabila dia melakukan sesuatu; maka boleh jadi hal itu terjadi kerana untuk mendapatkan sesuatu yang disenangi seperti makanan, atau kerana sebab luar yang mendorongnya seperti memakan ubat.

Adapun ibadah kepada Allah itu dibangun di atas kecintaan, bahkan ia merupakan hakikat/inti daripada ibadah. Sebab seandainya kamu melakukan sebentuk ibadah tanpa ada unsur cinta nescaya ibadahmu akan terasa hampa tak ada ruhnya sama sekali padanya…” (al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid [2/3] cet. Makt. al-’Ilmu)

Monday, January 24, 2011

Cemburulah! Namun, berhati-hatilah dengan cemburumu itu..


Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah

Jeles.. jeles..

"Wehh.. aku jeles la dengan budak pempuan tu... Cantik je dia kan? Mesti ramai peminat..."
"Aku cemburu tengok dia.. Asyik study jer.."
"Aku jeles la kat ko.. Apesal ko baik sangat? Dah la sopan pulak tu..."

CEMBURU

Kenapa kita selalu berasa cemburu pada orang lain?
Apa yang menyeabkan kita cemburu sebenarnya?

Sunday, January 23, 2011

Kursus Asas Ulum Al-Quran (28 - 30 Januari 2011)

Assalamu'alaikom.. Di sini ada pengumuman.. 


Satu kursus asas Ulum al-Quran akan diadakan di Institut Al-Qayyim Bukit Mertajam. Bayaran dan lain-lain maklumat boleh lihat kat poster di bawah ini:


Saturday, January 22, 2011

Al-Fatihah..


Surah Al- Faatihah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ 
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ 
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tunjukkanlah diriku jalan kebenaran yang Engkau redahi.. 
Dan janganlah Engkau jadikan aku orang yang Engkau murka. 
Serta bantulah aku berakhlak mulia dan mempunyai hikmah yang tinggi..

Friday, January 21, 2011

Akhlak Mulia Rasulullah..


Penulis : Ummu Salamah Nur Farhamizah

Bismillah..

Pasti kebanyakan kita sudah mengatahui hal ini, bahawa Rasulullah S.A.W mempunyai akhlak yang sangat mulia..  Namun, sejauh manakah kita mengatahui apakah akhlak mulia Rasulullah dalam hadith-hadith sahih? Dan apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang perlu dihindari untuk mempunyai akhlak yang mulia?

Mari kita lihat dan hayati serba sedikit hadith-hadith mengenai akhlak Rasulullah:

Firman Allah:

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) betul-betul di atas akhlak yang agung.” 
(QS. Al-Qalam: 4)

“Sungguh telah ada bagi kalian suri tauladan yang baik pada diri Rasulullah.” 
(QS. Al-Ahzab: 21)

Thursday, January 20, 2011

Fikirkan Boleh!


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan

Engkau boleh!

Wednesday, January 19, 2011

Ciri-ciri Suami Pilihan



Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah


Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.
          Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.
          Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.
          Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Saturday, January 15, 2011

Nama-Nama yang Disunnahkan


Berikut adalah Nama-Nama yang Disunnahkan untuk Diberikan kepada Bayi:

1. Nama Abdullah dan Abdurrahman.

Berdasarkan hadits yang diriwayatkan Muslim dalam Kitab Shahihnya dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu dari Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
“Sesungguhnya nama yang paling dicintai Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman.” (HR. Muslim no. 2132)
Kerana nama tersebut adalah nama terbaik, sehinggakan di kalangan para sahabat terdapat sekitar 300 orang yang bernama Abdullah.

Tuesday, January 11, 2011

Berhijrahlah Dengan Hati..



Penulis: Ummu Salamah Nur Farhamizah


Berilah Manfaat Kepada Orang Lain

Entri kali ini saya ingin berkongsi isi kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, P.Pinang pada ahad lepas.. Kuliah mingguan Dr Danial diadakan stiap ahad jam 3 - 5 petang. Beliau mengupas dan menyampaikan isi kuliah dengan merujuk kitab tafsir yang sahih dan banyak digunapakai sekarang iaitu Tafsir Ibn Katsir. Isi kuliahnya juga sangat menarik kerana sambil mengupas mengenai ayat al-Quran, beliau turut menghubungkannya dengan keadaan semasa dan realiti yang berlaku pada masa ini..

Seperti kata Dr, diri kita boleh dianalogikan sebagai rama-rama.. Yang mana ia berhijrah daripada dirinya yang berbentuk ulat, kemudian berada di dalam kepompong dan seterusnya menjadi rama-rama yang cantik.. Jadikanlah kita pun  begitu. Seperti rama-rama yang aktif, yang memberi sumbangan kepada dunia ini walau sementara dan kecil sumbangannya.. 

Thursday, January 6, 2011

Isteriku, Apakah Itu Masih Cinta?


Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Kata orang yang arif, “Jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”  Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki. Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris..

Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini.  Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al-hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan.  Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…

Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.